Cuaca kelihatan baik sekali. Di dada langit kelihatan amat cerah. Kebiruan langit dan tompokan putih awan kelihatan cantik, bagaikan sebuah lukisan. Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup lembut mengitari seluruh ruang.Pokok-pokok besar di pinggir pagar meredupkan lagi suasana. Bunyi siulan burung memeriahkan petang ini.
Di tengah-tengah kawasan perkuburan. Kelihatan seorang gadis, berbaju kurung sedang duduk merenung. Merenung hiba sekeping papan yang tertera nama Fatimah binti Mohd.
Perlahan ditutup matanya, bergerak mulutnya membaca ayat suci Al Quran. Usai bersedekah Al Fatihah untuk si mati. Gadis itu mengusap sayu papan di depannya dengan perlahan.
"Ibu, Nadia berjaya. Nadia lulus Ibu," bersuara sendiri gadis itu.
Perlahan nada suaranya. Sedih mimik wajahnya.Gadis itu begitu terharu kerana ibu tidak dapat melihat kejayaannya.
Ibu meninggal dunia seminggu sebelum keputusan peperiksaan diumumkan.Nadia menunduk muka, menangis teresak-esak di depan pusara emaknya.
Ibunya tiada lagi di dunia, itu yang paling menyedihkan dirinya. Dirinya tinggal sebatang kara.Tangan kanannya kekal memegang erat papan itu.
***
"Nadia, Nadia," panggil suara perempuan.
"Ya Mak Long," jawap Nadia.
"Ini Mak Long hadiahkan pen untuk Nadia. Nadia belajar rajin-rajin ya untuk ujian Spm nanti," nasihat Mak long untuk anak saudaranya.
"Terima kasih Mak Long, Insha Allah Nadia akan belajar sungguh-sungguh," jawab Nadia dengan wajah gembira.
Gembira menerima hadiah daripada kakak kepada ibunya.Mak Long hanya tersenyum melihat anak saudaranya yang sedang teruja membelek-belek pemberiannya.
Sejak kematian ibu, hanya Mak Long yang sudi menerima Nadia.
Hanya Mak Long yang mahu menjaga Nadia.Nadia sungguh berterima kasih dengan Mak Long atas segala kebaikan yang dilakukan Mak Long.Kini sudah dua minggu Nadia tinggal bersama Mak Long.
***
Ibu Nadia mempunyai lima orang adik beradik. Empat orang perempuan dan seorang lelaki.
Yang lelaki nombor dua dipanggil Pak Ngah oleh Nadia.
Ibu Nadia anak bongsu dalam adik beradiknya.
***
"Nadia, buat rumah ni macam rumah sendiri ya. Insha Allah Mak Long akan jaga Nadia seperti anak sendiri," kata Mak Long pada Nadia di ruang tamu.
"Terima kasih Mak Long sudi terima dan jaga Nadia," jawap Nadia.
Wajah Mak Long di tenung lama.Mak Long diam hanya tangannya menyentuh bahu Nadia dan diusupnya.
Ada kesedihan di wajah Mak Long melihat nasib Nadia yang begini rupa pada umur yang masih muda."Nadia jangan dengar cakap orang. Nadia kena kuat tau. Apa orang cakap Nadia pekakkan telinga saja. Boleh buat tak," tanya Mak Long.
"Insha Allah Mak Long, Nadia akan cuba buat," jawab Nadia yang menurut kata Mak Long.
"Bagus Nadia, ada apa-apa bagitau Mak Long," kata Mak long, tersenyum dibibirnya di hujung bicara.
Nadia merenung wajah Mak Long hanya mengangguk kepala.
Pada wajahnya kosong tiada senyuman.***
Nadia sedang menyapu di beranda rumah. Peluh halus memenuhi di wajah putihnya. Tekun matanya memandang ke lantai simen.
"Kak Nadia," satu suara kecil muncul di belakangnya.
Nadia menoleh ingin tahu.
"Adik, kenapa ni?" terkejut Nadia melihat anak bongsu Mak Long dengan kesan luka di sikunya.
"Adik jatuh basikal, kak," ada keluh kesakitan dilontarnya.
"Ala, kesian Yana. Meh sini. Kak sapukan ubat," Nadia memegang tangan sepupunya.
Nadia membawa sepupunya ke ruang tamu. Disuruh duduk sepupunya di kerusi.
Seketika Nadia membawa minyak gamat.
Disapu minyak itu diluka tangan sepupunya.
"Sakit kak, pedih," berkerut wajah sepupunya. Matanya tertutup rapat.
"Tahan sikit ya Yana. Kak letak minyak ni sikit saja," pujuk Nadia.
"Kak jangan bagitahu mak ya,"
"Kenapa lak, kan Yana sakit ni?" tanya Nadia.
"Abang-abang kata Yana gemuk. Mereka tak bagi Yana bawa basikal sorang-sorang. Dah macam ni tentu Yana kena marah nanti," berkerut wajah Yana seperti ketakutan. Takut dimarahi oleh maknya.
"Oh takpe. Yana cakap saja dengan mak. Kak Nadia ada sekali. Lagipun Yana bukan gemuk, cuma badan Yana semangat saja," Nadia yakinkan sepupunya. Ada senyuman kecil di bibir Nadia.
"Boleh ke macam tu?" Tanya Yana.
"Boleh, Kak Nadia izinkan," jawab Nadia sambil tersenyum.
"Terima kasih kak," jawab Yana, berlapis kulit pipinya apabila senyuman dilakukan.
"Sama-sama adik," jawab Nadia.
Tangan Nadia menyapu minyak gamat pada siku sepupunya.Yana berusia sembilan tahun.
Zambri Perasan.
Dj ZambriMari dapatkan karya-karya penulis Zambri Perasan.
Harga-rm35 (SS)-termasuk post.
Harga-rm30 (SM)-termasuk post
YOU ARE READING
Cerita Cinta Nadia
Short StoryPenulis : Zambri Perasan Page FB : Dj Zambri Nadia. Satu susuk tubuh yang akrab dengan derita dan dugaan. Bergelar yatim piatu pada usia yang muda remaja dan dipinggirkan saudara-mara yang lain, membuatkan dia pasrah digulingkan dengan segala panca...