Kejadian yang berlaku pada Nadia, berulang berkali-kali. Bertahun juga Nadia menjadi mangsa rogol kepada tiga anak lelaki Mak Long.
Jika Nadia engkar, Nadia akan diugut seperti akan di bunuh atau dicederakan.
***
Nadia duduk di pangkin depan rumah. Pandangannya tidak bertepi, merayap matanya sejauh pandangan. Wajahnya muram, sesekali kening tebalnya terangkat. Fikirannya serabut tidak tenteram. Melayang fikiran memikirkan akan nasibnya.
Bodoh kah aku kerana terpaksa mengikut kata anak-anak Mak Long?
Aku terpaksa kerana hanya Mak Long satu-satunya adik beradik Ibu aku yang sanggup menjaga, membela dan memberi makan pada aku. Aku tiada sesiapa lagi. Aku tiada tempat bergantung yang boleh aku mengadu.Jika hal yang terjadi pada diri aku diceritakan pada Mak Long. Sudah pasti Mak long tidak dapat menerima kenyataan bahawa tiga-tiga anak lelakinya jahat.
Apakah Mak Long akan percaya dengan kata aku?
Ke mana aku akan pergi jika Mak Long menghalau aku keluar dari rumah?
Aku tidak sangup berbuat begitu pada orang yang telah buat baik pada aku.
Aku tidak sanggup merosakkan keluarga yang menjaga aku.Kata-kata dan persoalan itu bermain di dalam kepala Nadia.
Nadia pasrah akhirnya, biar pun yang di telan itu bara api, yang bisa membakar dirinya.
Hanya di dalam hati segala duka lara ini tersimpan.Bertahun Nadia menjadi mangsa rogol. Bertahun juga Nadia hidup dalam kegelapan. Tapi Nadia tetap bersyukur dirinya masih hidup dan masih boleh berdoa pada Tuhan.
Berdoa agar segala dugaan buat dirinya akan berakhir. Berdoa agar ada cahaya menunggu di depan langkahnya.
Hanya Tuhan yang tahu bila segalanya derita Nadia akan berakhir.***
"Nadia, jangan lupa telepon Mak Long selalu ya," kata Mak Long sambil duduk sebelah Nadia.
"Insha Allah Mak Long, Nadia akan selalu telepon. Nadia bukan pergi mana-mana pun," jawap Nadia sambil mengukir senyuman pada perempuan yang sangggup menjaganya.
"Kak, nanti Yana pun nak masuk University macam kak," sampuk Yana disisinya.
"Kalau nak masuk University kena belajar rajin-rajin," kata Nadia sambil mencubit pipi tembam sepupunya.
"Insha Allah Yana akan belajar rajin-rajin. Tapi kan, mesti Yana rindu dengan kak Nadia,"
"Kenapa lak," soal Nadia.
"Sebab dah tak ada orang suap Yana lagi. Dah tak ada orang ajar Yana belajar lagi. Yana rindu dan sayang Kak Nadia," sedih dan tangis kelakuan Yana.
"Ala jangan nangis Yana, malu tau. Yana dah besar. kalau Yana rindu kak, Yana telepon saja. Nanti Kak video call ya. Suka tak!"
"Suka sangat,"
Nadia memeluk sepupu kesayangan erat-erat.
Akhirnya tubuh perempuan yang menjaganya, Nadia peluk seperti tidak mahu dilepaskan.
Tubuh yang menjaga dan memberi Nadia makan dan pelajaran sehingga Nadia berjaya ke Menara Gading.***
Semasa Nadia lintas di ruang tamu. Nadia sempat menjeling pada wajah-wajah anak lelaki Mak Long yang sedang duduk di kerusi.
Serius wajah Nadia. Tiada senyuman Nadia lontarkan pada mereka. Tiada sepatah perkataan Nadia ucapkan pada mereka.
Nadia hanya memandang wajah-wajah yang telah merosak maruah dirinya.Nadia telah berjaya memasuki University yang ternama di Kuala lumpur.
Hanya suami Mak Long yang menghantar Nadia.Zambri Perasan.
Dj ZambriDapatkan buku-buku daripada penulis Zambri Perasan.
Harga-rm30 (SM)-termasuk post.
Harga-rm35 (SS)-termasuk post
YOU ARE READING
Cerita Cinta Nadia
Short StoryPenulis : Zambri Perasan Page FB : Dj Zambri Nadia. Satu susuk tubuh yang akrab dengan derita dan dugaan. Bergelar yatim piatu pada usia yang muda remaja dan dipinggirkan saudara-mara yang lain, membuatkan dia pasrah digulingkan dengan segala panca...