Cerita Cinta Nadia - Siri 16

844 2 0
                                    

Zam hanya merenung wajah Nadia.
Nadia yang tahu dirinya diperhatikan. Nadia mengerakkan wajahnya memandang sekeliling. Yang pasti wajah Zam, cuba dielak dari memandangnya.

Seketika pelayan datang dengan dua cawan Milo panas. Zam menolong mengambil cawan itu lalu diletak dua cawan itu di depannya.

Keadaan di meja Zam masih senyap.
Nadia seperti tidak mahu bersuara pada malam ini.

Zam hanya melihat wajah kekasihnya yang tidak mahu melihat dirinya. Zam tersenyum sedikit, perlahan tangannya merayap di permukaan meja.

Perlahan tangan Zam menyentuh anak jari tangan Nadia. Diketuk-ketuk perlahan jarinya pada anak jari runcing Nadia. Tersentak Nadia apabila terasa jarinya disentuh. Pantas dilihat apa yang berlaku. Kemudian dijeling matanya memandang Zam.

Zam hanya tersenyum saja, tidak berkata apa. Kepalanya bergerak-gerak perlahan mengikut irama lagu. Selamba muka Zam.

Nadia mengelak, tangannya berganjak sedikit daripada tangan Zam. Dalam beberapa detik tangan Zam merayap lagi menyentuh jari Nadia. Nadia menjeling lagi. Dianjak tangannya lagi, begitu juga Zam tangannya tetap bergerak menyentuh jari Nadia.

Nadia menjeling lagi dengan mimik muka tidak puas hati. Zam hanya tersenyum, kali ini senyumnya makin ketara. Mukanya tetap selamba seperti tiada apa-apa berlaku.

"Alaa, jangan lah macam ni. I nak balik lah," rajuk Nadia.

"Ala-ala intan payung, ala busuk-busuk kanda, ala asam pedas kanda," pujuk dan gurau Zambri.

Nadia hanya diam, jelingnya makin tajam tetapi terselit kemanjaan diwajahnya. Zam hanya tersenyum saja. Zam tahu kelemahan kekasihnya. Rajuk kekasihnya tidak lama. Kekasihnya tidak pandai marah.

Kerana itu Zambri bercinta dengan perempuan di depannya. Ciri-ciri perempuan yang diingini oleh Zambri ada dalam diri perempuan di depannya.

"Semua orang tak sayang I," Nadia mula melontar suaranya.

"I, sayang you," jawap Zambri sambil mengangkat tangannya tinggi. Senyum dibibirnya makin ketara.

Nadia hanya memandang, wajah rajuknya kekal. Dicebik bibirnya seperti menyindir Zambri.

"Kenapa you tak percaya? You belah dada I dan you lihat nikotin yang bersarang di dada I," kata Zambri lagi. Zam mula membuat lawak untuk memujuk kekasihnya. Menbuat lawak agar kekasihnya ketawa.

Zam tahu Nadia tidak dapat hadir pada kenduri Arwah Mak Long. Apa yang dilakukan hanya untuk mengembirakan hati kekasihnya.

"Padam muka, siapa suruh hisap rokok," kata Nadia sambil menjelir lidahnya, mengejek.

"I tension tau, lama sangat nak tunggu jawapan daripada seseorang," sambil tersenyum Zam bersuara.

"Tension! Tunggu jawapan apa?" tanya Nadia yang mungkin terlupa sedangkan jawapannya Nadia tahu.

"Betul nak tahu ni?" Soal Zambri.

"Ya, serius I nak tahu,"

"Tunggu jawapan, I love you, dari you," pantas Zambri menjawab. Terburai gelak besarnya.

"Hishhh!" Laju Nadia memukul ke tangan Zambri. Gelaknya Nadia menjelma akhirnya. Zam turut ketawa bersama.

"Macam ni I nak, I nak you sentiasa ketawa. Tuti dengar ni, zaman muram, sedih dan murung you akan berakhir tidak lama lagi. Itu janji I,"

"Maksud you," tanya Nadia.

"I tak nak cakap apa-apa tapi you kena percaya dengan I. You kena ikut cakap I," perlahan tangan Zambri memegang tangan Nadia.

Nadia menerima dan saling menggenggam erat tangan kekasihnya.
Nadia tersenyum tanda percaya pada kekasihnya Zambri bin Mohd. Pantas tangan Nadia mengambil cawan didepan Zam.

"Hai, kata tak nak minum," kata Zam sambil tersenyum.

"Biarlah," jawab Nadia yang turut ketawa juga.

Zambri Perasan.
Dj Zambri

Dapatkan buku-buku daripada penulis Zambri Perasan.

Harga-rm30 (SM)-termasuk post.
Harga-rm35 (SS)-termasuk post

Harga-rm35 (SS)-termasuk post

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Cerita Cinta NadiaWhere stories live. Discover now