Di restoran Makanan melayu. Di meja yang terletak agak tersorok.
Kelihatan seorang lelaki yang bergaya bagaikan pengurus kewangan. Kepala Botak licin berkilat. Bentuk mukanya agak bujur sedikit. Dengan baju kemeja biru, disulami dengan kot hitam legam. Seluar slick. Memang maskulin lelaki itu.
Semua yang tersarung ditubuhnya berjenama mahal "The Perasan Butik"Anak mata lelaki itu merayap memandang suasana di dalam restoran yang bertaraf empat bintang. Sesekali terbias senyum kecilnya kepada orang yang memandangnya.
Senyumnya semakin jelas apabila wanita yang dinantikan kelihatan di depannya.
Wanita yang sangat di sayang dan dicintai. Tetapi semua itu masih tersimpan di dalam hatinya.
Tepuknya masih tidak berbunyi lagi kerana lelaki itu masih bertepuk sebelah tangan. Perempuan yang dicintai tidak memberi kata putus lagi.Lelaki itu bangun apabila wanita kesayangan semakin hampir.
"Hai Tuti," tegur lelaki itu.
"Hai Zam," sapa Nadia.
Lelaki itu menarik kerusi disebelahnya memberi Nadia ruang untuk duduk.
"Terima kasih Zam,"
"Sama-sama dinda kesuma dewi," jawap Zam tersenyum, bergurau.
Nadia hanya memandang lelaki di depannya dengan senyuman terindah.
Lelaki yang bisa membuat jiwanya merasa tenang dengan lawak dan perbuatan gurau yang agak melampau.Nadia sayang akan lelaki bernama Zambri bin Mohd tetapi tragedi silam membuat Nadia terhenti melafaz cinta atau menerima cinta lelaki Botak di depannya.
Nadia mahu Zam mendapat perempuan yang terbaik sebagai teman hidupnya. Nadia tidak dapat memberikan kerana dirinya bukan yang terbaik lagi. Dirinya telah kotor.
"Tuti order sayang," tegur Zam.
Tersentak Nadia dari lamunan.
Hanya tersenyum memandang wajah Zam."Tuti, i suruh order. Bukan senyum pandang I," kata Zam bergurau.
"Zam, kita order macam biasa saja,"
"Ok, Asam pedas ya, untuk dua orang," kata Zam pada pelayan yang berdiri di depan.
"Tuti, macam mana Sekarang? Dah buat keputusan ke menerima i, suami you. Lama dah I tunggu," kata Zam berterus terang sambil menatap wajah Nadia. Wajah kesayangan pujaan hatinya.
"Zam, kan I dah kata dulu biar kita berkawan seperti ni. Tak perlu ada ikatan. Bila I dah bersedia, I bagitau ya," agak berat juga lidah Nadia menyusun kata-kata itu. Sekilas saja di pandang wajah Zam.
"Tuti kita kenal dah lama. Semasa di University dulu alasan you tak nak bercinta sebab nak belajar. Sekarang kita dah berkerja, dah besar. Tapi you masih tak beri kata putus. You tak nak bercinta dengan I ke?" Zam merenung wajah wanita yang sangat disayangi. Wajah yang akan menjadi isteri dan ibu pada anak-anaknya. Itu pun jika wanita itu bersetuju.
"Zam, I minta maaf sangat-sangat I masih belum bersedia untuk ada ikatan dengan you. Banyak perkara I kena fikirkan dan kena selesaikan. Bagi i stabilkan hidup i. I mean bagi i selesaikan masalah I dulu," tipu Nadia.
Alasan yang biasa digunakan kepada Zam."You dah ada orang lain ke, lelaki lain," Zam membuat andaian.
"Oh my god, merepek saja you ni. You only one kawan lelaki yang I ada. Ada ke selama ni ajakkan you yang I tak penuhi. Tak ada kan, so jangan nak buat andaian ya," senyum Nadia pada lelaki yang sememangnya satu-satu lelaki dalam hidupnya.
Nadia mengerakkan tangan lalu memegang tangan kasar lelaki didepannya.
Erat pegangan dilakukan.Zam hanya memandang wajah Nadia, pelahan anak matanya jatuh memandang ke arah pegangan tangan kekasihnya.
"Baiklah Nadia, I tunggu you selama-lamanya. I tidak kisah kalau I ibarat menunggu buah yang tidak gugur. Sebab you kekasih awal dan akhir I," pelahan Zam lontarkan kata-kata itu.
Wajah Nadia direnungnya.
Wajahnya terukir senyuman untuk Nadia.Pegangan tangan mereka semakin rapat dan saling membalas keeratan.
Tuti Nur Nadia binti Zamani nama penuh Nadia.
Zambri Perasan
Dj ZambriDapatkan buku-buku daripada penulis Zambri Perasan.
Harga-rm30 (SM)-termasuk post.
Harga-rm35 (SS)-termasuk postTksh...
YOU ARE READING
Cerita Cinta Nadia
Short StoryPenulis : Zambri Perasan Page FB : Dj Zambri Nadia. Satu susuk tubuh yang akrab dengan derita dan dugaan. Bergelar yatim piatu pada usia yang muda remaja dan dipinggirkan saudara-mara yang lain, membuatkan dia pasrah digulingkan dengan segala panca...