Cerita Cinta Nadia - Siri 20

697 2 0
                                    

"Tuti betul ke jalan ni? Nampak macam jalan mati saja," tanya Zam yang agak keliru bila di depannya kelihatan semak samun.

"Betul, kan jalan kampung ni. You ingat jalan rumah you ke? Jalan bertar, besar. Lampu jalan terang. Rumah orang kayalah katakan," sindir Nadia sambil menjeling Zam.

"Amboi panjangnya huraian you. I tanya pendek saja. Tapi kan rumah i, rumah you juga, kan, kan," gelak Zam juga seperti menyindir Nadia.

"Tak ingin I. I dah ada rumah. Buat apa nak rumah you," Nadia mencebik bibirnya pada Zam.

Zam hanya ketawa saja. Zam suka dengan perangai kekasihnya yang tidak memandang harta dan wang orang lain.

"Tuti, nanti kita kahwin nak beli rumah baru tak?" Soalan Zam.

"Buat apa nak membazir," pantas Nadia memberi jawapan.

"Betul tu, I setuju dengan pendapat you,"

"Betul setuju ni?" soal Nadia.

"Ya, serius I setuju," pengakuan Zam.

"Bagus macam tu, so nanti kita kahwin, I duduk rumah I. You duduk rumah you," gelak besar Nadia kedengaran tiba-tiba.
Dipekup kedua-dua tangan ke mulut.
Wajah Zam dijelingnya seolah bangga dapat mengenakan kekasihnya.

"Kahwin apa macam tu? Duduk asing-asing," Zam memandang Nadia dengan rasa tidak puas hati.

Nadia masih ketawa sepuasnya. Bergoyang tubuhnya cuba menahan ketawa tetapi tidak mampu.

"Amboi seronoknya dapat kenakan orang," kata Zam tahu dirinya dipermainkan.

"Apa pulak? Boleh apa kahwin macam tu. Janji kahwin," gelak Nadia tiada tanda untuk berhenti.

Zam melihat Nadia dengan bosan. Bosan menjadi mangsa gurauan kekasihnya.

"Ok, I nak patah balik. Dah tak ada mood dah," gertak Zam.

"Ala-ala Kanda, Dinda gurau saja," pantas tangan Zam dipegang oleh Nadia. Tetapi dibibirnya masih berbaki senyuman.

"Tahu takut, kena kan I lagi. Last warning," amaran Zam tapi senyuman di bibirnya terukir. Gurauan Nadia kenakan pada dirinya sememangnya lucu.

"Zam tu rumah yang dinding warna hitam," Nadia menuding jari ke depan sebelah kanan menunjuk sebuah rumah yang mereka akan singgah.

Zam membelok kereta pacuan empat rodanya ke kanan dengan berhati-hati.

Mak cik Esah telah menunggu mereka.

"Assalamualaikum Makcik Esah,"
Nadia memberi salam sebaik kakinya menjejak ke tanah.

"Waalaikumussalam Nadia," jawab makcik Esah.

Putera, anak Nadia berdiri di sisi Makcik Esah. Tangannya memegang erat tangan Makcik Esah. Seronok mimik wajahnya melihat ibunya datang.

Nadia berjalan seiring dengan Zam.

Nadia memandang anaknya dengan perasaan teruja. Teruja kerana merindu yang amat.

Tidak sempat Nadia mendekati, Putera menyentap tangan daripada Makcik Esah pantas berlari mendapat ibunya.

"Mama! Mama!" Jerit Putera semasa berlari.

Nadia duduk mendepa tangan menunggu anaknya merapat.

"Aduh, besarnya badan Putera! Berat sangat ni," Kata Nadia memeluk seeratnya. Dicium berkali-kali pipi tembam anaknya. Kerinduan yang melampau dilepaskan semasa memeluk itu.

"Mama, Putera lemas ni," tidak tentu arah anaknya digomol oleh ibunya.

"Hihihi, Mama rindu ni," dalam ketawa Nadia bersuara. Tapi dipipinya ada jernihan air mata.

Zam yang berada di belakang Nadia hanya melihat. Terharu dan tersenyum Zam melihat tindak laku ibu dan anak.

"Makcik Esah, kenalkan Zambri Mohd bakal suami Nadia," kata Nadia pada Makcik Esah sambil tersenyum. Tangan kanan Nadia memimpin tangan anaknya.

"Ya Allah, Nadia. Syukur pada Tuhan dugaan pada mu telah berakhir," Makcik Esah menadah tangan di depan Nadia.
Lalu di peluk tubuh Nadia tanda bersyukur.

Nadia membalas pelukkan itu dengan seikhlasnya. Bagi Nadia tubuh dalam pelukkannya salah seorang wanita yang banyak membantu dan berjasa kepada dirinya selain Mak Long.

Menangis Nadia kerana tidak tahan apabila memikirkan semua itu. Sememangnya jasa wanita yang tidak mempunyai anak ini Nadia akan ingat hingga ke hujung hayat.

"Mama, suami tu pa?" sampuk anak Nadia.

Nadia hanya memandang pada wajah anaknya dengan senyuman kemudian di alih mukanya memandang Zam dengan seruis.

"Amboi pandang anak you ketawa, pandang bakal suami you serius," kata Zam bergurau. Mungkin juga menyindir pada Nadia

Nadia dan Makcik Esah ketawa apabila mendengar kata-kata Zam.

Zambri Perasan.
Dj Zambri.

Dapatkan buku-buku daripada penulis Zambri Perasan.

Harga-rm30 (SM)-termasuk post.
Harga-rm35 (SS)-termasuk post

Harga-rm35 (SS)-termasuk post

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Cerita Cinta NadiaWhere stories live. Discover now