Cerita Cinta Nadia - Siri 29

823 1 0
                                    

"Dinda majlis kita tak lama lagi. Dinda tak nak apa-apa ke," tanya Zam.

Di antara jarinya terselit sebatang rokok yang masih berasap.

"Nak apa lagi kanda? Kan kita dah beli semua yang sepatutnya," jawab Nadia sambil memandang wajah Zam.

"You tak nak pergi Honeymoon ke nanti?" tanya Zam.

Zam meletak rokok di bibirnya lalu disedut dalam-dalam kemudian dihembus keluar. Berselerak asap rokok berterbangan di udara. Berkemutih keadaan yang berhampiran.

"Mesti lah I nak," semangat Nadia menjawab.

"Tu yang I maksudkan. Ok-ok kita nak pergi mana, Korea, Jepun, Eropah, Australia, Kashmir. You sebut saja nak honeymoon kat mana, I pasti setuju," beria-ia Zam berkata. Disedut rokok sekali lagi

"Rumah Mak cik Esah!" Pantas Nadia menjawab.

"Koh! Koh! Koh!"

Terbatuk-batuk Zam apabila mendengar jawapan daripada Nadia. Dijeling melihat wajah Nadia dengan muka yang tidak puas hati.

Nadia hanya tersenyum saja.

"Kenapa you pandang I macam tu? Kata sanggup ikut i bercuti ke mana saja," Nadia bersuara sambil ketawa.

"Kenapa jauh sangat you nak pergi bercuti?" sindir Zam.

"Biarlah. I suka kat sana, damai dan tenang. You dah janji kan nak ikut. Jangan lupa apa hukumnya mungkir janji dengan isteri," kata Nadia yang gelak tidak berhenti.

"Yalah Dinda, Kanda ikut," jawab Zam dengan wajah yang bosan dan tidak puas hati.

"Ok-ok, itu tempat pertama honeymoon kita. Tempat kedua honeymoon kita kat mana pulak?" tanya Zam bersungguh-sungguh lagi. Ditatap wajah Nadia menunggu jawapan yang akan mengembirakan dirinya. Anggapan Zam.

"Rumah Makcik Esah!" Nadia bersuara tanpa menatap wajah Zam. Tetapi senyuman manisnya memperlihatkan garisan gigi putihnya.

Wajah Zam kaku, kosong. Tiada reaksi pada mulanya. Perlahan-lahan wajah Zam berubah mempamerkan reaksi bosan sebab terkena lagi kali kedua dengan kekasihnya.

Nadia hanya ketawa, sesekali tangannya memegang pada perut kerana tidak tahan ketawa.

Kerana sayang pada Nadia, Zam turuti saja. Tidak dipertikaikan. Dibiarkan bakal isterinya ketawa sepuasnya.

Berkunjung ke rumah Mak Esah semenangnya rutin mingguan baginya menghantar Nadia.

Zambri Perasan.
Dj Zambri

Dapatkan buku-buku daripada penulis Zambri Perasan.

Harga-rm30 (SM)-termasuk post.
Harga-rm35 (SS)-termasuk post

Harga-rm35 (SS)-termasuk post

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tksh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Tksh...

Cerita Cinta NadiaWhere stories live. Discover now