Pekarangan hospital begitu sesak dengan manusia. Sememangnya hospital salah satu tempat yang ramai orang kunjungi.
Petanda didunia ini manusia yang sakit meningkat setiap tahun.
Masing-masing mempunyai dua tujuan bila datang ke hospital.
Pertama, diri sendiri yang sakit dan kedua, melawat orang yang sakit.
Nadia telah keluar daripada pintu Utama hospital. Dipimpin tangan Yana semasa berjalan. Berat tubuh Yana semakin melampau. Tongkat di tangan kiri Yana membantu Yana untuk bergerak.
"Yana jangan risau apa-apa lagi. Kak tanggung semua kos pembedahan nanti. Ingat kata doktor makan ubat dan jaga pemakanan," pesan Nadia semasa berjalan.
"Terima kasih kak. Yana tak tahu macam mana nak balas budi baik kak," perlahan Yana bersuara. Nafasnya agak tercungup-cungup seolah berlari 100 meter.
"Kenapa cakap macam ni? Kak pun tak tahu macam mana nak balas budi baik Mak Yana. Tuhan saja yang dapat membalas," jawab Nadia sambil memandang wajah tembam Yana.
Yana diam, hanya merenung wajah Nadia.
"Sekarang ni jangan cakap apa-apa boleh tak? Yang penting kak nak Yana sihat dan selamat dalam pembedahan nanti. Jaga makan tau. Boleh janji tak?" Nadia berkata sambil tersenyum sikit pada Yana.
"Insha Allah kak, Yana janji," Yana turut tersenyum pada Nadia. Senyuman yang tidak meleret.
"Macam tu adik kak. Sekejap Yana, kak nak telefon Ayah Yana," Nadia memegang erat tangan Yana.
Nadia menekan pada skrin telepon.
"Hello! Assalamualaikum Pak Long,"
"Waalaikumussalam Nadia. Macam mana urusan hospital?" tanya Pak Long.
"Syukur, semua berjalan lancar. Insha Allah dalam masa terdekat ni Yana boleh buat pembedahan. Insha Allah Pak Long, kita doakan yang terbaik untuk Yana," kata Nadia tapi anak matanya melihat ke wajah Yana. Tangan Nadia mengusap-usap bahu Yana.
"Terima kasih banyak Nadia. Pak Long tak tahu nak cakap apa. Semoga Allah luaskan rezeki Nadia seluas-luasnya," doa Pak Long.
"Amin, sama-sama Pak Long. Nanti Nadia akan ambil Pak Long lepas tu terus duduk dengan Nadia ya,"
"Baik Nadia, terima kasih banyak,"
"Jangan lah cakap terima kasih banyak kali. Nadia yang sepatutnya berterima kasih dengan Pak Long dan arwah Mak Long sebab sudi bela dan bagi makan Nadia sampai besar," ada nada sedih suara yang dilontarkan oleh Nadia.
"Itu semua tanggung jawab Pak Long dan arwah. Tak perlu diungkitkan Nadia,"
"Baik Pak Long terima kasih banyak. Oh tentang Man, Nadia dah uruskan, mungkin dalam minggu ni atau minggu depan pihak pusat itu akan datang ambil Man. Jadi Pak Long tak perlu risau. Pak Long boleh lawat Man bila-bila masa,"
"Ya Allah, Allah saja yang membalas kebaikan Nadia," Pak Long ulang ayat yang sama.
"Jangan terima kasih pada Nadia, abang Zam yang uruskan," ada gelak nada suara Nadia dalam talian. Nada seakan ingin bergurau.
"Oh ya ke. Semoga Nadia dan Zam bahagia hingga ke Syurga,"
"Amin, terima kasih Pak Long. Baiklah Pak Long, anak Pak Long dah buat muka ni. Tentu laparlah tu," jenaka Nadia.
"Hihihi, Pak Long faham tu. Bagitahu Yana jaga makan dan kirim Salam kt dia,"
"Baik Pak Long. Nadia tutup telefon ya. Assalamualaikum Pak Long,"
Perbualan tamat.
"Pandai kak teka ya, Yana lapar. Lama sangat borak dengan ayah," keluh Yana.
"Ala macam lah kak baru kenal Yana, hehehe. Jaga makan tu, jangan nak makan ayam goreng lagi. Makan sayur je. Lagi satu Ayah Yana kirim salam," ada leteran dalam perbualan Nadia.
"Waalaikumussalam. Memang Yana dah jaga makan dah," mencebik bibir Yana seperti bosan dengan leteran sepupunya.
Nadia hanya tersenyum saja melihat tingkah laku sepupu kesayangannya.
Mereka berdua berpegangan tangan menuju ke medan selera yang ada berdekatan.
Zambri Perasan.
Dj ZambriDapatkan buku-buku daripada penulis Zambri Perasan.
Harga-rm30 (SM)-termasuk post.
Harga-rm35 (SS)-termasuk post.Tksh...
YOU ARE READING
Cerita Cinta Nadia
Short StoryPenulis : Zambri Perasan Page FB : Dj Zambri Nadia. Satu susuk tubuh yang akrab dengan derita dan dugaan. Bergelar yatim piatu pada usia yang muda remaja dan dipinggirkan saudara-mara yang lain, membuatkan dia pasrah digulingkan dengan segala panca...