Cerita Cinta Nadia - Siri 18

723 4 2
                                    


"Aku nak kauorang hentikan semua ni. Cukup selama ni aku merana atas perbuatan kauorang, 3 beradik. Sekarang tak ada siapa boleh menahan aku. Mak Long dah tak ada, aku dah tak perlu rasa terhutang budi pada sesiapa lagi, kau faham tak?" bulat mata Nadia memandang dua sepupunya.

"Hahaha, kau ingat kau bebas? Ya Mak kami dah mati tapi kami belum mati. Adik yang dalam seluar kami pun belum mati, hahaha. Hoi! ALP kau tak boleh lari mana-mana! Tak ada siapa boleh tolong kau. Termasuk Tuhan!" bertalu-talu jari telunjuk  Lan menuding ke arah Nadia. Riak kata Lan.

Nadia diam seketika. Matanya kekal merenung wajah sepupunya. Tetapi bibirnya masih tersenyum.

"Hihihi! Kau yakin ke boleh buat macam tu?" soalan Nadia.

"Selama ni boleh saja tak ada masalah pun. Betul tak Lan?" kata Amir sambil ketawa.

"Nak order ke abang?" tegur pelayan kepala Botak yang muncul tiba-tiba.

"Tak apa adik, diaorang tak pandai minum. Diaorang ni syaitan," balas Nadia serius wajahnya.

"Oh ok, baiklah," jawab pelayan itu terpinga-pinga lalu beredar.

"Sekarang ni kauorang tak nak hentikan semua ni. Kauorang masih nak ugut aku, masih nak rogol aku. Macam tu?" kata Nadia

"Hahaha, apa kau boleh buat. Kau nak lari kat mana? Sampai hujung dunia pun aku cari, faham tak?" yakin kata Lan.

"Baiklah kalau itu pilihan kauorang,"

"Pilihan apa? Itu kenyataan untuk kau, ALP," Terburai gelak besar Lan.

"Assalamualaikum semua," satu suara tiba-tiba mencelah. Suara itu datang dari belakang sepupu Nadia.

Nadia hanya tersenyum sahaja melihat heronya datang.

"Hai Tuti," kata Zambri apabila berada di sebelah Nadia.

"Hai, Zam," jawaplb Nadia tersenyum

"Maaf saudara, Saya Zambri Mohd kekasih Tuti Nur Nadia. Saya dah tahu tentang keadaan Nadia dan apa terjadi pada dirinya. Belakang saudara tu yang berbaju putih dan biru adalah pegawai Polis kenalan Saya. Saya tak nak cakap banyak. Sekarang ni kalau saudara masih menganggu Nadia atau merogol Nadia, Saya akan panggil kawan saya menangkap saudara. Saudara tahu tak hukuman yang akan saudara kena? Dah tentu penjara belas tahun dan rotan berapa sebatan. Sepatutnya saudara dah kena tangkap. Tapi Nadia yang minta jangan. Sebab perempuan sebelah saya ni, baik. Masih ingat saudara sepupunya dan terhutang budi dengan mak saudara," Zambri bercakap dengan serius di depan sepupu Nadia. Berterus-terang Zam berkata tanpa menunggu lama.

Sepupu Nadia diam sediamnya. Tiada sepatah perkataan yang keluar dari mulut mereka.

"Zul! Zul!" Panggil Zam pada kawannya yang berbaju biru.

Lelaki itu berjalan menuju ke arah Zam. Tubuh sasa, tinggi. Spek mata jenama Rayban tersepit kemas di matanya.

"Ya Zam," sahit lelaki itu apabila berdepan dengan Zambri.

"Ni orang yang aku ceritakan. Kau kenalkan diri pada mereka," Zam minta tolong pada kawannya.

Lelaki itu mengeluarkan kad kuasanya.

"Saya Inspektor Zulkifli bin Omar.
Dari Jenayah Berat Bukit Aman. Muka encik kami dah cam. Jika perempuan ni buat laporan tentang encik...nahas encik semua." Jelas Inspektor Zul. Wajah bengis menghiasi mukanya.

Sepupu Nadia masih diam, kaku seperti ayam kesejukan. Wajah mereka berubah seratus peratus. Keringat menenuhi muka mereka. Ketakutan menguasai wajah dan diri mereka. Menggigil kaki mereka. Mereka tidak sangka Nadia boleh sejauh bertindak seperti ini.

"Ada apa-apa saudara nak berbincang atau tak puas hati. Silakan bersuara," tambah Zambri lagi.

Senyap sepupu Nadia.
Di depan Zam seperti tiada manusia.

"Saudara boleh ikut kehendak Nadia. Jangan ganggu dia lagi atau saudara berdua boleh menginap hotel free di Sungai Buloh," keras suara Zam.

"Booleh encik, kaami berjanji. Kaami berjanji tak akan ganggu Nadia lagi. Sumpah! Baiklah kami minta diri dulu," kata Lan dengan suara menggigil dan tergagap-gagap. Wajah mereka dalam ketakutan.

Sepupu Nadia terus melangkah laju meninggalkan Botak Cafe.

Zam, Nadia dan Inspektor Zul hanya memandang mereka pergi.

Zambri Perasan.
Dj Zambri

Mari dapatkan buku-buku daripada penulis Zambri Perasan

Harga-rm35 (SS)-termasuk post.
Harga-rm30 (SM)-termasuk post

Harga-rm30 (SM)-termasuk post

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Cerita Cinta NadiaWhere stories live. Discover now