Nadia tersenyum sendiri melihat anaknya yang sedang bermain bola sepak. Terkadang sepakan anaknya tersasar dari bola yang hendak disepak.
Nadia hanya membiarkan, mampu ketawa saja.Anak lelakinya kini sudah besar. Bertubuh tinggi sekarang. Tidak lama lagi akan menjadi remaja.
"Cepat betul masa berjalan," kata hatinya.
Makcik Esah menghampiri Nadia dengan dulang di tangan. Karipap panas menjadi menu petang ini.
"Aduh! Makcik Esah susah-susah saja. Kenapa tak panggil Nadia tolong?" kejut Nadia apabila Makcik Esah yang muncul tiba-tiba.
"Tak de yang susah pun. Kamu tu yang Makcik Esah banyak susahkan. Segalanya Nadia bantu. Sampaikan duit rawatan Pak cik pun Nadia yang bayarkan," Makcik Esah berkata yang benar.
"Syhhhh!" Nadia meletak jari terlunjuk ke mulutnya kemudian tersenyum.
Nadia tidak mahu Makcik Esah panjangkan cerita.Makcik Esah faham dan turut ketawa juga.
"Oh ya Makcik Esah. Tahun depan Putera darjah 3 dah boleh duduk asrama sekolah agama. Macam mana Makcik Esah setuju tak?" tanya Nadia. Di pandang wajah Makcik Esah.
"Nadia, emaknya. Makcik Esah ikutkan saja," perlahan suara Makcik Esah menjawab.
"Kan Makcik yang jaga Putera sebab tu Nadia tanya. Lagi pun Putera ada 2 mak, Nadia dan Makcik Esah. Betul tak? Makcik bagi pendapat saja setuju tak Putera duduk asrama," tanya Nadia lagi.
"Kalau ikutkan hati Makcik Esah biar Putera tinggal di sini, tak payah duduk asrama. Lagi pun nanti Makcik Esah rindu Putera lama tak jumpa," pengakuan Makcik Esah.
Nadia diam, di bibirnya hanya tersenyum. Ditatap wajah Makcik Esah sepuasnya.
Makcik Esah bekas pekerja dipejabat Nadia. Makcik Esah berkerja sebagai pembuat minuman di pejabat Nadia.
Itulah detik permulaan Nadia kenali wanita yang mungkin sebaya maknya. Jika maknya masih bernyawa."Baik Makcik Esah. Kalau macam tu tak payah kita hantar Putera ke asrama. Nadia ikut cakap Makcik," Nadia mengikut kata orang yang menjaga Putera.
Makcik Esah memegang lengan Nadia, sebagai tanda berterima kasih.
Nadia mengosok tangan Makcik Esah.
Mereka sama-sama tersenyum.
***
Nadia memanggil Makcik Esah masuk ke biliknya. Nadia mempunyai sebuah bilik di rumah Makcik Esah, Makcik Esah yang sediakan.
Makcik Esah duduk sebelah Nadia di bucu katil.
"Ada apa Nadia?" tanya Makcik Esah.
"Makcik dalam beg ini ada surat-surat yang penting. Nadia nak Makcik Esah simpan elok-elok ya," minta Nadia.
"Kenapa Nadia? Kan Nadia yang simpan surat-surat tu selama ni. Kenapa hari ni serah kat Makcik pula?" Agak kehairanan Makcik Esah dengan perubahan Nadia.
"Nadia tak tahu Makcik, tapi Nadia rasa lebih selamat surat-surat dan semua benda penting Nadia bagi Makcik simpan. Tolong simpan untuk Nadia ya," seakan merayu Nadia.
"Baiklah kalau itu kata Nadia. Makcik akan tolong simpan baik-baik," Makcik Esah mengalah, setuju untuk menyimpan pemberian Nadia.
"Terima kasih banyak Makcik," kata Nadia memeluk tubuh Makcik Esah.
Makcik Esah agak hairan dan pelik melihat tingkah laku Nadia. Tapi Makcik Esah tidak memaksa dirinya menanya secara detail kepada Nadia.
Zambri Perasan.
Dj ZambriDapatkan buku-buk u daripada penulis Zambri Perasan.
Harga-rm30 (SM)-termasuk post.
Harga-rm35 (SS)-termasuk post.
Tksh...
YOU ARE READING
Cerita Cinta Nadia
Short StoryPenulis : Zambri Perasan Page FB : Dj Zambri Nadia. Satu susuk tubuh yang akrab dengan derita dan dugaan. Bergelar yatim piatu pada usia yang muda remaja dan dipinggirkan saudara-mara yang lain, membuatkan dia pasrah digulingkan dengan segala panca...