Cerita Cinta Nadia - Siri 21

617 3 0
                                    


Nadia melambai tangan pada Makcik Esah dan anaknya. Wajah Nadia terpamer kesedihan kerana berpisah semula dengan anaknya.

Walaupun setiap minggu Nadia munculkan diri melawat anaknya namun kerinduan tetap kerinduan. Pandang Nadia masih kekal sehingga kereta Zam menjarakkan pandangannya.

"I respect betul dengan You," kata Zam tegas.

Kata-kata Zam membuat Nadia beralih pandangan.

"Respect! Tentang apa?" soal Nadia.

"Pengorbanan you, tentang anak,"

"Zam, I tak pasti apa yang I lakukan ni betul atau tidak. Apa yang I tahu, I tak sanggup membunuh. I tak sanggup! Anak tu tak bersalah. I tak kira apa kata orang. Sekarang apa yang akan berlaku I akan jaga Putera hingga besar," pengakuan Nadia

"Apa yang you buat bagi i, betul. Bukan salah you semua ni berlaku,"

Nadia hanya diam, anak matanya melihat ke depan, cermin. Berkelip-kelip matanya bagaikan berfikir.

"You kuat, sabar dan tabah. Bukan semua orang ada ketahanan begitu dalam diri mereka termasuk I," Zam melihat ke arah Nadia. Pujiannya jujur.

"I tak tahu nak cakap apa. Mungkin tragedi yang berlaku pada diri I buat I macam ni. I keseorangan selama ni," pelahan Nadia bersuara. Matanya tetap melihat ke depan.

"Sekarang I dah ada. I akan teman you sampai bila-bila,"  Zam menjeling pada Nadia, ada senyuman dibibirnya.

Nadia tersenyum juga. Kali ini matanya memandang Zam. Pantas tangannya memegang lengan Zam.

Zam bersuara perlahan.

"I masih ingat lagi. Beberapa tahun yang lepas, you cakap dengan I jangan jumpa you lagi. You nak bercuti setahun. Rupanya you cuti sebab bersalin,"

"Maafkan I, Zam. I terpaksa menipu you. I tak nak you fikir macam-macam tentang I. I tak nak you tuduh I yang negative," jelas Nadia. Ada kesedihan diwajahnya kerana menipu orang yang baik dengan dirinya.

"Tak pe, I faham. Masa tu I tak berterus-terang dengan you seperti sekarang,"

"Thanks Zam," balas Nadia.
Wajah Zam ditatap sepenuh hati.

"Sekarang semua semangat yang ada dalam diri hanya untuk anak I," jelas Nadia lagi.

"Anak kita," pantas Zam mencelah.

Cepat-cepat Nadia menoleh memandang Wajah Zam. Terukir senyuman termanis dari bibir Nadia.

Zam juga memandang Nadia. Tangan mereka saling berpegangan erat.

***

"Hello! Assalamualaikum Pak Ngah," kata Nadia.

"Waalaikumussalam Nadia. Nadia apakhabar," jawap Pak dalam talian.

"Allahamdullilah Nadia sihat. Nadia doakan Pak Ngah juga sihat hendaknya,"

"Pak Ngah, Nadia nak bagitahu ni nanti datang ya Majlis perkahwinan Nadia," berita gembira Nadia sampaikan pada Pak Ngah. Orang yang tidak pernah menghinanya.

"Ya Allah, syukur nak. Akhirnya jodoh Nadia tercapai jua. Insha Allah Nadia, bila tu Nadia," tanya Pak Ngah dengan rasa gembira.

"Beberapa bulan lagi, Nadia sengaja bagitau awal-awal. Pak Ngah. Nadia nak minta tolong Pak Ngah jadi Wali Nadia, ya," pinta Nadia.

"Ya Allah dah semestinya Nadia. Pak Ngah akan datang nanti. Apa-apa Nadia bagitau Pak Ngah ya. Biasalah dah tua-tua ni cepat lupa," ada ketawa di hujung bicara Pak Ngah.

"Hihihi. Insha Allah Pak Ngah, Nadia akan bagitau nanti. Nadia pun akan datang nanti jumpa Pak Ngah sebelum berkahwin. Terima kasih Pak Ngah,"

"Oh ya sapa lelaki yang berjaya menawan hati Nadia tu?" tanya Pak Ngah.

"Insha Allah nanti-nanti Nadia akan kenalkan pada Pak Ngah," jawab Nadia.

"Baiklah, Pak Ngah doakan kebahagian Nadia hingga ke Jannah,"

"Terima kasih banyak Pak Ngah. Nadia doakan kesihatan Pak Ngah berada dalam lindungan Nya,"

Nadia mengakhiri perbualan.

Nadia akan melangsungkan majlis perkahwinan secara sederhana saja.

Walaupun Zambri mampu menyewa dewan yang mewah dan perunding perkahwinan yang ternama. Tetapi itu tidak berlaku kerana Nadia tidak inginkan semua itu.

Zam menurut saja kata bakal isterinya.
Zam akan mengikut apa saja syarat Nadia asalkan Nadia menjadi isterinya yang sah.

Zambri Perasan.
Dj Zambri

Dapatkan buku-buku daripada penulis Zambri Perasan.

Harga-rm30 (SM)-termasuk post.
Harga-rm35 (SS)-termasuk post

Harga-rm35 (SS)-termasuk post

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Cerita Cinta NadiaWhere stories live. Discover now