Kereta Nadia bergerak perlahan dihalaman rumah Arwah Mak Long. Berdekatan pintu utama rumah kereta Nadia berhenti.Nadia membuka pintu keretanya. Spek mata berjenama "BL" (Botak Licin) dibukanya. Anak matanya merayap sekeliling halaman rumah. Segala yang di pandang semuanya mengimbas kenangan silam.
Pangkin yang selalu Nadia duduk meratap nasib dirinya masih ada. Cuma berbaki tiang saja. Papan-papan menjadi pelapik tempat duduk tidak tiada lagi. Reput dek usia.
Tidak dijaga rapi kawasan halaman. Rumput-rumput liar tumbuh meninggi sesuburnya. Merata keliling tempat.
Nadia melangkah pelahan menuju ke arah pintu Utama. Sebaik berada di depan pintu.
"Kak Nadia!" Jerit Yana sebaik membuka pintu.
"Kak, Yana rindu kak sangat-sangat. Terima kasih datang melawat Yana," tersekat-sekat suara Yana. Teresak-esak tangisan Yana.
Nadia hanya membiarkan dirinya dipeluk. Kesedihan semestinya wujud dalam diri Nadia.
"Yana macam mana hari ni?" Tanya Nadia.
"Yana macam ni saja kak," Yana mendepa tangannya seperti menyuruh Nadia melihat pada tubuh dan dirinya.
Nadia melihat tubuh Yana yang gemuk semakin gemuk. Di sisi tangan kanannya berdiri tongkat yang mempunyai kaki tiga. Tongkat yang menjadi teman Yana, membantu untuk Yana berjalan.
"Jaga diri baik-baik Yana. Kak risau kalau jadi apa-apa kat Yana," kata Nadia lagi.
Yana tidak menjawap apa-apa.
"Masuk kak, abah ada kat dalam," pelawa Yana.
"Terima kasih Yana,"
Sebaik Nadia melangkah masuk ke ruang tamu. Sekali lagi nostagia lama menginap difikirannya.
Sejak kematian Mak Long, Nadia tidak lagi menjejak kaki ke rumah ini hampir bertahun. Rumah ini tempat dirinya meneruskan kedewasaan. Nadia hanya telepon menanya khabar Yana dan Pak Long. Ada juga sesekali Nadia berjumpa mereka di luar.
Rumah yang menyimpan rahsia tersendiri tentang diri Nadia.
Rumah yang tempat dirinya meneruskan kehidupan setelah tidak ada sesiapa pedulikan dirinya.
Rumah yang juga tempat sejarah hitam berlaku pada dirinya. Di mana maruah dirinya diragut atau disentap sekasar dan seganasnya.
Semua sejarah itu bersarang di dalam diri Nadia. Tersimpan rapi oleh Nadia. Akan dibawa semua sejarah itu ke hujung hayatnya.
Nadia labuhkan dirinya di kerusi panjang. Set kerusi yang lama, masih kekal digunakan.
"Assalamualaikum Nak," suara Pak Long kedengaran di belakang Nadia.
Cepat-cepat Nadia menoleh.
"Waalaikumussalam Pak Long," Nadia menjawap salam yang dilafaskan.
Bingkas Nadia bangun melangkah ke arah Pak Long.
Dicium kulit tangan Pak Long yang berurat lagi berkedut.
"Pak Long sihat ke," soalan pertama terlontar dari mulut Nadia.
"Syukur Alhamdulillah Pak Long sihat nak. Sihat suam-suam kuku," jawab Pak Long memberi peribahasa yang agak melucukan.
Nadia tersenyum saja. Wajah Pak Long ditenung. Kedut seribu kulit Pak Long dalam tatapannya. Terjentik rasa sedih di hati Nadia melihat mimik muka Pak Long yang dalam kepenatan. Kepenatan mental dan fizikal.
"Macam mana dengan diri Nadia sekarang. Kerja macam?" tanya Ayah Yana pula.
"Syukur Pak Long, sihat. Tuhan murahkan rezeki pada saya," jawab Nadia tapi nadanya tidak menunjukkan kegembiraan.
Mungkin Nadia tidak mahu menunjuk kegembiraan pada Pak Long kerana tahu Pak Long dalam kesusahan. Kesusahan memikirkan satu-satu anak perempuannya yang sakit.
Zambri Perasan.
Dapatkan buku-buku daripada penulis Zambri Perasan.
Harga-rm35 (SS)-termasuk post.
Harga-rm30 (SM)-termasuk post.Tksh...
YOU ARE READING
Cerita Cinta Nadia
Short StoryPenulis : Zambri Perasan Page FB : Dj Zambri Nadia. Satu susuk tubuh yang akrab dengan derita dan dugaan. Bergelar yatim piatu pada usia yang muda remaja dan dipinggirkan saudara-mara yang lain, membuatkan dia pasrah digulingkan dengan segala panca...