"Banyak tu, You nak buat apa Tuti duit sebanyak itu?" tanya Zambri apabila mereka berjumpa di Botak Cafe.
"I nak pakai. Nanti i bayar. I janji," jawap Nadia tidak mahu bercerita perkara sebenar lagi.
"Bukan masalah you bayar ke atau tidak. Tapi I nak tahu untuk apa," jelas Zam.
"I nak pakai, I ada business nak buat," tipu Nadia.
"Oh mungkin you lupa kan. I kan bakal suami you. Tak baik tipu suami tau. You tahu tak, Syurga you ada pada suami. You nak masuk Neraka ke?" Zam psiko Nadia.
Zam tahu Nadia bukan begini sifatnya.
Zam tahu Nadia sembunyikan sesuatu dari dirinya.Nadia tersentap apabila Zam berkata seperti itu. Perlahan anak matanya rebah daripada bertentang mata dengan Zam. Dialih pandangan ke arah lain, kawasan meletak kereta matanya tertumpu. Mulutnya diam seribu bahasa.
Nadia tahu dirinya bersalah kerana tidak berterus terang dengan kekasihnya.
Nadia cuba untuk sembunyikan.Bagi Nadia, cukup setakat yang berlaku Zam membantunya. Nadia tidak mahu lagi meminta pertolongan daripada Zam selepas ini. Nadia tidak mahu Zam menganggap dirinya wanita bermasalah
Tapi akhirnya Nadia terpaksa mengalah jua. Terpaksa meminta bantuan Zam lagi."I nak tolong Pak Long dan Yana," perlahan ayat itu keluar dari mulut Nadia. Wajah Zam tidak dipandangnya.
"What! Say it again?," kata Zam.
Zam sengaja buat tidak dengar.
Zam mahu Nadia bertentang mata dengannya.
Nadia diam seketika. Matanya masih tertumpu di tempat meletak kereta. Berombak dadanya menarik nafas. Wajahnya serius tetapi terselit kemuraman. Berubah kedudukan mukanya, tertunduk muka Nadia melihat lantai kedai pula.
Zam hanya memandang, menunggu kekasihnya bersuara. Perlahan diangkat mukanya memandang Zam.
"I nak pinjam duit daripada you sebab I nak tolong orang membesarkan I. Pak Long dalam kesusahan. Yana sakit jantung sekarang dan Man sakit HIV," tanpa ada senyuman di wajah Nadia. Tidak berkelip kelopak mata Nadia. Serius wajah Nadia.
Zam hanya tersenyum saja. Tersenyum melihat kekasihnya. Nadia pelik melihat kekasihnya tersenyum.
"Kenapa you tersenyum?" Kata Nadia.
"Maafkan I! Bukan I nak perlekehkan family you! I simpati akan nasib family you. I tersenyum sebab I hendak you kekalkan cara ni. Berterus terang bila ada masalah. Kita hendak kahwin, nak jadi suami isteri. Kita tak boleh nak sembunyi-sembunyi bila ada masalah. Kita kena berterus terang, sama-sama berkongsi dan sama-sama tempohi. Faham tak Tuti Nur Nadia!" Tegas suara Zam nasihati kepada bakal isterinya. Tersenyum Zam di hujung bicaranya.
"Faham Zam. I minta maaf," perlahan Nadia bersuara. Wajah serius kekal.
"Kalau faham kenapa wajah kelat? Macam Milo tak cukup susu," gurau Zam.
Nadia menjeling melihat wajah Zam.
"Boleh tak berikan senyuman pada i, senyuman seperti you duduk di pelamin perkahwinan kita," gurau Zam lagi.
"Mana I tahu nak buat macam tu, I belum duduk atas pelamin lagi," Nadia bersuara manja. Kegembiraan di dalam hati Nadia mulai terbit.
"Cubalah. Kalau salah sama-sama kita belajar," gelak Zam semakin kuat.
Nadia mencubit lengan Zam. Nadia turut ketawa.
Akhirnya Nadia kembali ceria.
"Tuti mana boleh you pinjam duit dengan i. I kan suami you. Suami akan berikan saja duit pada isterinya," terburai gelak besar Zam.
Nadia turut ketawa.
Zam bersetuju membantu keluarga Nadia. Nadia tidak perlu meminjam segalanya Zam akan tanggung.
Zambri Perasan.
Dapatkan buku-buku daripada penulis Zambri Perasan.
Harga-rm30 (SM)-termasuk post.
Harga-rm35 (SS)-termasuk post.
Terima kasih.
YOU ARE READING
Cerita Cinta Nadia
Short StoryPenulis : Zambri Perasan Page FB : Dj Zambri Nadia. Satu susuk tubuh yang akrab dengan derita dan dugaan. Bergelar yatim piatu pada usia yang muda remaja dan dipinggirkan saudara-mara yang lain, membuatkan dia pasrah digulingkan dengan segala panca...