"Syukur Nadia. Ingat pada Tuhan yang memberi rezeki. Patuhi solat sebagai ucapan syukur pada Nya," pesan Ayah Yana.
"Insha Allah, saya ingat Pak Long. Maafkan saya, tujuan saya melawat Pak Long sebenarnya nak ajak Pak Long dan Yana tinggal dengan saya," terus terang Nadia berkata.
Pak Long hanya merenung ke wajah Nadia. Serius wajahnya. Tenang dirinya.
Ditarik nafas dalam-dalam. Bagai fikir sebelum memberi jawapan."Ada Yana bagitau Pak Long pagi tadi. Takpe Nadia Pak Long tak nak menyusahkan kamu. Lagipun Pak Long tak sanggup tinggalkan rumah ni. Banyak kenangan Pak Long dengan arwah Mak Long di dalam rumah ni," kata Pak Long menolak permintaan Nadia.
Nadia diam.
"Tak, Pak Long tak menyusahkan saya pun. Saya suka, suka ikhlas Pak Long duduk dengan saya," pujuk Nadia lagi.
"Tak pe Nadia. Pak Long tak nak menyusahkan kamu. Pak Long tak nak ganggu hidup kamu. Jaga kehidupan Nadia baik-baik," Pak Long masih menolak permintaan Nadia.
"Pak Long jangan cakap macam tu. Pak Long tak susahkan apa-apa pun," pujuk Nadia lagi.
Pak Long diam. Matanya di alih melihat ke arah lain. Tidak ada siapa tahu apa yang bermain difikiran Pak Long.
"Tak apa Nadia. Pak Long tak nak menyusahkan Nadia," rupanya ayat yang sama bermain difikiran Pak Long. Pak Long mengatakan kali ke 3.
Nadia yang duduk berdepan dengan Pak Long, bingkas bangun meluru didepan Pak Long. Nadia melutut di depan Pak Long. Lagak si anak yang ingin memohon maaf pada ayahnya di pagi raya.
"Demi Allah Pak Long, saya ikhlas, saya nak Pak Long tinggal dengan saya. Saya berjanji saya akan tanggung hidup Pak Long sampai saya mati. Demi Allah, jiwa saya tak akan tenang kalau saya biarkan Pak Long dan Yana dalam kesusahan. Kalau bukan kerana arwah Mak Long dan Pak Long, hidup saya terabai atau mungkin saya dah mati. Saya merayu Pak Long. Tolong penuh permintaan saya. Tolong duduk dengan saya. Biar saya jaga Pak Long pulak," Air mata Nadia deras menyusuri pipi. Nadia menangis semahunya.
Pak Long tergamam dan terkejut. Berubah wajah Pak Long kesedihan melihat apa yang Nadia lakukan.
Pak Long tahu niat Nadia jujur.Yana menangis tanpa berlindung lagi.
Bagaikan hujan di musim tengkujuh airmata yang mengalir dipipinya. Yana hanya diam, menjadi saksi perbualan antara sepupu dengan bapa saudara."Baik lah Nadia, tapi..."
"Argggg! Arggg!"
Pak Long tidak sempat habiskan bicaranya.
Bila suara orang sedang merintih kesakitan muncul tiba-tiba.Bingkas Pak Long bangun dan melangkah laju ke bilik yang berada di ruang dapur.
Bilik yang dulu didiami Nadia.Nadia turut mengekori dari belakang.
Nadia tidak tahu apa-apa. Tapi wajahnya agak cemas juga.Semua menuju ke ruang dapur.
Sampai di depan pintu.
Pak Long matikan langkah, pelahan tangannya memulas tombol pintu.Nadia hanya melihat saja. Sesekali matanya memandang ke wajah Yana.
Wajah Yana kesedihan.
"Prak!"
Pintu bilik terbuka.
Pak Long mula menapak masuk.
Diikuti Nadia dan Yana.Nadia melihat keadaan bilik agak berselerak. Juga terbau agak tidak menyenangkan. Suasana bilik dalam kesamaran. Suram.
Nadia dapat melihat sepasang kaki yang terbujur tapi wajahnya masih tidak dapat di lihat. Tubuh Pak Long melindung pandangannya.
Zambri Perasan.
Dapatkan buku-buku daripada penulis Zambri Perasan.
Harga-rm30 (SM)-termasuk post.
Harga-rm35 (SS)-termasuk postTksh...
YOU ARE READING
Cerita Cinta Nadia
Short StoryPenulis : Zambri Perasan Page FB : Dj Zambri Nadia. Satu susuk tubuh yang akrab dengan derita dan dugaan. Bergelar yatim piatu pada usia yang muda remaja dan dipinggirkan saudara-mara yang lain, membuatkan dia pasrah digulingkan dengan segala panca...