Cerita Cinta Nadia - Siri 8

1.3K 3 0
                                    

Semasa belajar di Universiti, Nadia dapat mengelak menjadi mangsa nafsu serakah tiga-tiga sepupunya.
Nadia jarang pulang hanya menelefon Mak Long saja.

Bermacam-macam helah yang Nadia gunakan untuk menipu Mak Long. Nadia berjaya tapi jauh di sudut hatinya sedih kerana berbuat begitu. Tapi Nadia tidak ada pilihan. Nadia terpaksa.

Bila cuti semester Nadia hanya pulang dalam 1-2 hari saja. Selebihnya Nadia akan menumpang rumah rakan sekuliah ataupun tinggal di asrama.

Nafsu tetap nafsu. Anak lelaki Mak Long akan menunggu peluang bila Nadia berada di rumah mereka. Nadia tetap terkena perkosaan juga walaupun tidak selalu seperti di sekolah menengah.

***

Lima tahun berlalu.

"Kau tak erti-erti ke nak berubah ke. Berapa lama kau nak rogol aku lagi. Berapa lama kau nak ugut aku lagi. Sedarlah yang kau dah berkahwin sekarang," keras nada suara Nadia.
Nadia tidak hormat pada sepupunya lagi.
Tiada panggilan abang disebutnya.

"Kau diam ALP! Selagi aku berselera dengan kau, selagi itu aku akan cari kau. Kau ingat kau dalam cengkaman aku," wajah Lan betul-betul berada di depan muka Nadia.

Nadia diam, hanya di tenung wajah salah seorang sepupu yang merosakkan maruahnya. Kencang nafas Nadia. Wajahnya serius, marah.

Nadia tergesa-gesa mengenakan pakaian lalu bergegas meninggalkan bilik hotel.

***

Di beranda rumah, Nadia merenung pemandangan di depan matanya. Daun-daun pokok, keluasan langit semua dipandang. Meliar dan tidak berhenti renungannya. Di dalam minda ligat berputar memikirkan masalah dirinya.

Nadia tidak sanggup lagi berdepan semua ini. Tidak sanggup lagi menjadi mangsa pada sepupu-sepupunya lagi.
Semua ini harus dihentikan bagai sebuah cerita yang ada penamatnya.
Namun apakan daya Nadia tangannya terikat di langit kakinya terpasak di bumi.

Orang yang selama ini menjaga dan memberi makan padanya telah jatuh sakit.
Nadia tidak berani mengeruhkan keadaan.
Ya! Mak Long telah terlantar di hospital.
Sekali lagi Nadia terpaksa telan walaupun pahit rasanya.

***

"~Antara kau dan aku telah lama bercinta~
~Nak Ku katakan dari dulu, lidah terasa kelu~
~Masih tak kau mengerti atau pura-pura tak tahu~"

Ringtone Nadia berbunyi.

Nadia melihat pada skrin. Tersenyum wajahnya.

Nadia jarang tersenyum.

Jari telunjuk runcingnya menekan pada butang Hijau.

"Hello," ringkas kata Nadia.

"Hai Dinda, sibuk ke," kata suara lelaki dalam talian.

"Kan time lunch ni, kalau I kata sibuk nampak sangat I menipu," jawap Nadia senyuman manis terukir di bibir nipisnya.

"Jom lunch," pelawa lelaki itu.

"Ok give me 10 minute ya," kata Nadia.

"Ok Dinda Kesuma Dewi," jawap lelaki itu.

"Ok Tempat biasa ya," kata Nadia

"Ok Dinda Sayang intan payung burger,"
Jawap lelaki itu bergurau.

Nadia hanya ketawa saja.

Satu-satunya Lelaki yang bisa membuat Nadia tersenyum dan gembira.

Zambri Perasan.
Dj Zambri

Dapatkan buku-buku daripada penulis Zambri.

Harga-rm30 (SM)-termasuk post.
Harga-rm35 (SS)-termasuk post.

Harga-rm35 (SS)-termasuk post

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Cerita Cinta NadiaWhere stories live. Discover now