Penulis : Zambri Perasan
Page FB : Dj Zambri
Nadia. Satu susuk tubuh yang akrab dengan derita dan dugaan. Bergelar yatim piatu pada usia yang muda remaja dan dipinggirkan saudara-mara yang lain, membuatkan dia pasrah digulingkan dengan segala panca...
"Tempoh hari you ada kata masalah. Apa masalah you yang kata belum selesai tu," tanya Zam.
Nadia merenung wajah lelaki yang ingin menyintainya kemudian pelahan dialih anak matanya memandang keluar tingkap. Lampu-lampu neon yang terang di tepi jalan menjadi perhatian Nadia.
Agak lama Nadia untuk bersuara menjawab soalan yang diajukan.
"Tak ada apa-apa Zam," perlahan kata-kata itu terlontar. Tapi pandangan Nadia masih terlontar keluar.
"Tuti! I tahu you ada masalah. Semasa study dulu lagi. You hidup tak sama dengan orang. You suka sendirian, you tak banyak bercakap dan you susah nak senyum. Seolah you paksa diri mengikut rentak kehidupan. You berada dalam dunia sendiri. You tak menikmati kehidupan yang berada di depan you. Kehidupan yang penuh warna-warni. Tuti, kita dah berkawan lama. I dapat rasa you seperti dibelunggu rasa bersalah. Kesalahan yang you tidak lakukan," tegas suara Zam. Sesekali di renung wajah Nadia.
"Tak apa Zam. Ini masalah I, biar I yang selesaikan. I tak nak menyusahkan you,"
"Susahkan apa? I sayangkan you. I cinta kan you. Selama ini i berdiam dan sanggup menunggu. Apa saja alasan you, I terima. Tapi sekarang I tak boleh biarkan you keseorangan. I kena tolong dan you kena berterus terang dengan I," tinggi dan tegas suara Zam.
"I tak nak di tolong, biarkan I sendiri. Kalau you dah jumpa wanita lain, I nasihatkan you berkahwin saja dengan wanita tu. Jangan tunggu I," suara Nadia turut keras.
Keadaan tegang.
"Sampai hati you cakap macam tu. Bertahun I tunggu you ni yang I dapat. Bencikan I, nak tinggalkan I," perlahan Zam bersuara. Zam cuba meredakan keadaan.
"Demi Tuhan. I tak bencikan you, tapi..."
Tidak sempat Nadia habiskan bicara.
"Tapi apa! Cerita pada I, I rela dan sanggup mendengar," pantas Zam mencelah. Wajah Nadia di renung dengan ikhlas.
Nadia berbalas pandangan. Kedua-dua mereka memandang satu sama lain.
Nadia mengalah, dialih muka memandang ke depan, cermin depan kereta.
"I tak tahu macam mana nak cerita dengan you. I bingung Zam. I minta maaf, kerana selalu bagi alasan bila you nak bercinta dengan I. I tak sempurna! I Kotor! I tak layak untuk you," pantas tangan Nadia mencekup ke muka. Ada tangisan kedengaran.
"Kenapa Nadia? Cerita pada I, I sanggup terima you seadanya. I tak kisah apa kesilapan dan kecacatan you," sambung Zam bersungguh.
Tangisan Nadia semakin ketara kedengaran. Air jernih jelas di pipi putihnya. Mengalir lemah.
"I sayangkan you sebenarnya. Tapi I takut! Takut you tak boleh menerima apa yang telah berlaku pada diri I. You baik Zam,"
"Tuti tolong berterus terang dengan I. Jangan buat I macam ni," Zam ulang ayat yang sama.
"I mangsa rogol, Zam! Sehingga sekarang I masih menjadi mangsa rogol," pecah terus suara tangisan Nadia. Tanpa malu Nadia menangis sepuasnya di sebelah lelaki yang mencintainya.
"Prakkk!"
Serta-merta Zam berhentikan kereta di tepi jalan. Senyap penghuni di dalam kereta, tiada bicara. Hanya tangisan yang kedengaran.
Zam memandang ke cermin depan, wajahnya terkejut bercampur sedih bila mendengar pengakuan kekasihnya. Ditarik nafasnya dalam-dalam.
Perlahan mukanya memandang ke arah Nadia. Nadia dalam keadaan menunduk muka. Tangisan kekal kedengaran.
Perlahan tangan Zam memegang dagu runcing Nadia, di angkat pelahan kemudian dengan pelahan juga ditolak agar wajah kekasihnya menghadap padanya.
Nadia menuruti, wajah Nadia berdepan dengan wajah Zam.
Zam menyapu air mata yang mengalir di pipi Nadia dengan hujung jari telunjuknya. Hilang seketika air mata bila hujung jari merayap di kulit putih Nadia. Nadia merelakan.
Zam masih memandang, bibirnya mula terukir senyuman. Senyuman kecil tapi manis.
"Sayang, apa yang berlaku pada dirimu. Bukan tembok pemisah untukku melupakanmu. Demi Tuhan, janjiku bukan palsu. Cinta Ku bukan impian," berubah segala kata-kata Zam.
Zam bersuara lagi.
"Akan aku jaga dirimu sebaik-baik seperti ibu ku menjaga ku. Malaikat yang tidak bersayap," Perlahan tangan Zam memegang erat jari-jemari runcing Nadia. Seeratnya tidak mahu dilepaskan. Akhirnya dikucup jari itu dengan penuh perasaan. Jauh di dalam hati Zam tersimpan rasa jujur dan ikhlas.
Nadia terharu dengan tindakan lelaki yang selama ini Nadia cuba menolak cintanya. Nadia menangis sepuasnya. Mukanya tersembam ke bahu Zam.
Dalam tangisan.
"Terima kasih Zam," itu saja yang mampu Nadia ucapkan. Nadia terus menangis.
Malam itu mengubah segala-segalanya dalam hidup mereka berdua.
Zambri Perasan Di Zambri
Dapatkan buku-buku daripada penulis Zambri Perasan.
Harga-rm30 (SM)-termasuk post. Harga-rm35 (SS)-termasuk post
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.