Nadia mengatur langkah perlahan, melintasi beberapa pintu wad yang berada di sebelah kirinya.
Anak matanya asyik melihat orang ramai yang lalu lalang dengan niat yang sama, melawat orang sakit. Terkadang terbias senyumannya apabila ada mak cik yang memandang kepadanya.
Di tangan kanannya menjinjing beg plastik berwarna kuning yang di dalamnya terisi bekas makanan. Mana kala di tangan kiri terdapat plastik berwarna merah yang di dalamnya terisi buah-buahan.
Sedang asyik melangkah itu.
"Kak Nadia!" Laung suara wanita dibelakangnya.
Nadia berhenti langkahnya seraya menoleh ke belakang.
"Ya Allah, Yana," terkejut Nadia melihat sepupu kesayangan yang lama tidak ke temu.
"Kak, sampai hati lama tak jumpa Yana. Lama Kak tak datang rumah," teruja Yana sambil mencium pipi Nadia.
"Maaf adik, Kak sibuk sangat. Adik sihat ke?" tanya Nadia turut teruja berjumpa dengan sepupunya.
"Yana sihat sangat Kak. Cuba tengok Yana sekarang tembam, kan," jawab Yana sambil menggayakan tubuhnya yang sebenarnya gemuk di depan Nadia.
"Yalah adik sihat, syukur sangat-sangat," jawab Nadia sambil tersenyum.
"Mak Long macam mana adik?" Tanya Nadia sambil merenung wajah sepupunya mempunyai sepasang pipi yang tembam.
"Mak macam tu je, jap ok jap tak," jawab Yana. Berubah wajahnya muram.
"Kita doakan yang baik-baik ya. Jom adik, kita kita pergi tengok Mak Long,"
Mereka berjalan seiring menuju ke wad 5A.
Sebaik sampai depan katil.
"Assalamualaikum Mak Long,"
"Waalaikumussalam. Ya Allah! Nadia! Mak Long rindu sangat dengan Nadia," jawap Mak Long sambil memeluk anak saudaranya.
Nadia membalas pelukkan dengan seeratnya. Tersentuh hati Nadia kerana lama tidak memeluk orang yang menjaganya."Nadia sihat tak?" tanya Mak long pula.
"Alhamdulilah Nadia sihat, Mak Long," jawab Nadia sambil melabuhkan duduk di sisi Mak Long.
"Syukurlah Nadia sihat," anak mata Mak Long merayap lembut melihat seluruh wajah anak saudaranya.
"Ni Nadia bawakan sup untuk Mak Long. Meh makan, Nadia suapkan ya," tangan Nadia serentak membuka penutup bekas yang terletak di meja sisinya.
Mak Long hanya diam, bersetuju.
Suapan pertama menerjah ke bibir Mak Long, perlahan Mak Long menghirup kuah sup pada sudu yang dipegang oleh Nadia.
Nadia tersenyum kecil, lalu disuap kali kedua. Mak Long menerima lagi.
Daging ayam, Nadia cubit menjadikan kecil-kecil agar senang Mak Long mengunyahnya.Yana sesekali akan menghulur air pada maknya.
"Kenapa lama tak balik rumah?" tanya Mak Long tiba-tiba. Agak perlahan nadanya. Ada sedih iramanya.
"Maaf Mak Long. Nadia sibuk sangat," tipu Nadia.
Sesekali matanya menjeling serius pada anak lelaki Mak Long yang berdiri menghadap ke katil.
Kebetulan ada dua orang anak lelaki Mak Long yang datang melawat. Lan dan Man.
"Kalau macam tu takpe Nadia, Nadia kerja elok-elok nanti dah ada duit kahwin ya. Nadia dah boleh sangat kahwin," pesan Mak Long.
"Insha Allah. Mak Long duduk dengan Nadia nak tak? Biar Nadia jaga Mak Long," tanya Nadia.
Belum sempat Mak Long menjawab.
"Hoi ALN, Mak aku ada anak lah. Tak payah kau nak susah-susah jaga Mak aku," laung anak no tiga Mak Long.
"Man! Apa ni nak marah-marah orang. Nadia cuma tanya saja. Bukan dia buat salah pun," tegur keras mak kepada anaknya.
"Bukan apa Mak, dia macam nak rampas mak daripada kami. Bukan jauh pun kalau nak datang melawat mak kat rumah," ada psiko kata-kata anak Mak Long itu.
Nadia hanya diam, tapi senyuman sinis terukir pada bibirnya. Nadia tahu muslihat yang sedang dicipta oleh Man.
Nadia tidak menjawab sepatah pun, apa lagi memandang wajah anak Mak Long.
Anak mata Nadia tetap tertumpu pada wajah Mak Long.Sejak Nadia berkerja, Nadia ada pulang sekali-kala ke rumah Mak Long tetapi tidak pernah bermalam. Nadia hanya balik hari. Semata-mata ingin berjumpa wanita dan lelaki yang menjaga dan memberi dirinya makan.
Man telah lama tidak dapat meratah tubuh Nadia. Man gagal dalam pelajaran dan duduk di kampung membantu Mak Long. Ada juga Nadia terdengar yang Man terjebak dengan najis dadah.
Anak Mak Long nombor satu dan nombor dua telah berkahwin dan duduk di Kuala Lumpur.
Mereka masih meratah tubuh Nadia. Senjata mereka dengan ugut Nadia.
Selalu mereka lakukan di dalam bilik hotel.Nadia tidak dapat berbuat apa-apa, Mak Long sakit Nadia tidak mahu mengeruhkan keadaan. Nadia tidak mahu Mak Long semakin sakit bila mendengar berita yang tidak baik.
Zambri Perasan.
Dj ZambriDapatkan buku-buku daripada penulis Zambri Perasan.
Harga-rm30 (SM)-termasuk post.
Harga-rm35 (SS)-termasuk post
YOU ARE READING
Cerita Cinta Nadia
Short StoryPenulis : Zambri Perasan Page FB : Dj Zambri Nadia. Satu susuk tubuh yang akrab dengan derita dan dugaan. Bergelar yatim piatu pada usia yang muda remaja dan dipinggirkan saudara-mara yang lain, membuatkan dia pasrah digulingkan dengan segala panca...