Nadia-Siri 25.
Nadia bergerak ke tepi. Terkejut besar Nadia bila matanya dapat melihat seluruh tubuh orang yang berbaring itu.
"Man!" Jerkah hati Nadia.
"Man! Ni Nadia datang. Man hendak apa-apa ke," tanya ayah pada anaknya.
Terbuka dan buntang mata Man bila mendengar nama Nadia. Man cuba mengangkat badannya untuk bangun melihat wajah Nadia. Namun gagal. Man tidak punyai tenaga lagi.
"Ekhh, Mmman mmmintttaa aaaammpuuun," itu ayat yang keluar daripada mulut Man.
Anak mata Man meliar melihat ke kanan dan ke kiri. Tapi pada pandangan atas ke arah siling bilik. Gerak tubuh Man menunjuk mencari-cari kelibat Nadia. Man bersuara tanpa tahu dimana Nadia berada. Suara yang keluar daripada mulut Man susah untuk difahami. Mulut man herot-herot kelihatan. Mata Man tidak dapat melihat dengan jelas lagi, Man telah rabun.
Nadia yang faham keadaan Man, pantas melangkah cepat menghampiri. Nadia berdiri didepan katil, menghadap ke kaki Man.
Di depan mata Nadia, seorang lelaki yang sebaya dengannya. Sedang menderita sakit yang amat sangat.
Tubuhnya dipenuhi dengan kudis buta dan kulat. Wajahnya hitam. Pipinya cengkung hingga tulang pipi terjojol keluar. Bibirnya hitam bagai kayu arang.
Lidahnya juga berkudis, di mana kudis itu memakan daging lidahnya hingga menyebabkan lidahnya pendek, susah untuk berkata.
"Man cakap apa ni," tanya ayah lagi.
Man dapat melihat bayang wanita didepannya pantas Man mengangkat tangan menunjuk ke arah bayang itu, Nadia. Amat payah untuk untuk Man mengangkat tangan. Mimik mukanya memperlihatkan kepayahan itu.
"Mmmaannn mmminnntaaa aaammpun," sekali lag Man berkata ayat yang sama.
Pak Long memandang ke arah Nadia.
"Man ada buat salah apa-apa dengan Nadia ke," tanya Pak Long.
Nadia diam, anak matanya tajam merenung ke wajah Man.
Berbagai perasaan dan rasa belunggu difikiran dan hati Nadia.Nadia rapat lagi ke sisi katil. Rapat seboleh pada Man.
"Nadia maafkan kamu, Man," itu ayat yang dilontarkan oleh Nadia.
Soalan Pak Long, Nadia tidak menjawap.
Serentak itu juga mengalir airmata di pipi Man. Teresek-esek tangisan Man.
Man tidak mampu berbuat apa-apa. Tubuhnya tiada tenaga lagi. Tubuhnya kurus kering, seadanya. Kesakitan mencengkam seluruh tubuh Man. Man hanya menunggu maut menjemput.Pak Long menyesat airmata anaknya.
"Man ada buat salah dengan Nadia ke?" tanya Pak Long kali kedua.
"Takde Pak Long," tipu Nadia.
"Kenapa dengan Man, Pak Long," tanya Nadia pula.
"Man sakit Nadia, sakit Hiv. Hospital dah tak mahu terima," pelahan Pak Long bersuara.
"Tak pe Pak Long kita hantar Man ke pusat Hiv. Kat sana Man akan di jaga dengan baik hingga akhir hayatnya," Nadia memberi pendapat.
"Pak Long masalah duit. Duit rawatan Yana lagi,"
"Jangan risau tentang duit Pak Long, yang penting Pak Long setuju saja. Tapi Pak Long kena berjanji. Pak Long kena tinggal dengan Nadia," Nadia psiko Pak Long.
Pak Long memandang ke wajah Nadia. Wajahnya serius. Pak Long seperti tidak ada pilihan.
"Baik lah Nadia. Pak Long tinggal dengan kamu. Terima kasih Nadia," Pak Long akhirnya setuju dengan rancangan Nadia.
Nadia berjalan rapat ke sisi Pak Long.
"Sama-sama Pak Long," tersenyum Nadia sambil memandang Pak Long. Di pegang lengan Pak Long.
Mereka semua melihat ke arah Man yang sedang tidur.
Zambri Perasan.
Dapatkan buku-buku daripada penulis Zambri Perasan.
Harga-rm30 (SM)-termasuk post.
Harga-rm35 (SS)-termasuk post
Tksh...
YOU ARE READING
Cerita Cinta Nadia
Short StoryPenulis : Zambri Perasan Page FB : Dj Zambri Nadia. Satu susuk tubuh yang akrab dengan derita dan dugaan. Bergelar yatim piatu pada usia yang muda remaja dan dipinggirkan saudara-mara yang lain, membuatkan dia pasrah digulingkan dengan segala panca...