Cerita Cinta Nadia - 12

1K 3 0
                                    

Peelahan kereta yang dipandu Nadia menyusuri jalan yang kecil. Di kiri dan kanan kelihatan pokok hutan dan semak samun.

Agak tidak lancar tayar kereta bergolek kerana jalan yang kecil itu tidak berturap. Sesekali terhentak-hentak tubuh Nadia di dalam kereta.

Nadia meneruskan perjalanan, anak matanya memandang pada cermin depan, jalan yang kecil ditatapnya penuh berhati-hati.

"Pin! Pin!"

Nadia membunyikan hon keretanya.
Di depan sebuah rumah kampung. Rumah yang beratap zink berwarna biru. Dinding rumah diperbuat daripada papan yang telah dicat warna hitam.

Di pintu depan rumah kelihatan seorang perempuan yang berusia dalam 50an sedang menanti. Dilambai tangannya ke arah Nadia yang masih di dalam kereta.

Nadia membalas lambaian itu dengan memberi senyuman. Di tepi Pokok Manggis Nadia parking kereta.

"Asalamualaikum Makcik Esah," salam Nadia lontarkan sebaik keluar daripada kereta.

"Waalaikumussalam Nadia, jemput naik," jawab Makcik Esah itu sambil mempelawa Nadia.

Nadia bersalam dan mencium tangan Makcik Esah. Di peluk, tubuh kecil Makcik Esah.

"Makcik sihat ke," tanya Nadia.

"Syukur Alhamdulilah sihat sangat," jawap Makcik Esah sambil senyum pada Nadia.

Nadia turut tersenyum. Pelukan masih berlaku di antara mereka.

Nadia menapak masuk ke dalam rumah.
Di ruang tamu dirinya berada kini. Pelahan di labuh punggungnya duduk di kerusi. Anak matanya agak meliar memandang sekeliling bagai adakan sesuatu yang dicarinya.

"Nadia dah makan ke," tanya makcik.

"Dah makan dah makcik. Pakcik mana Makcik Esah,"

"Pakcik ada kat belakang rumah sedang bagi ayam makan,"

"Tentu Ayam Belanda kan," teka Nadia.

"Ayam apa lagi, dah itu saja Ayam yang pakcik suka Bela," jawab Makcik Esah sambil ketawa.

"Syukurlah makcik, semua orang sihat," kata Nadia.

"Nadia macam mana pulak, sihat tak,"

"Nadia sihat makcik, cuma sibuk dengan kerja saja,"

"Mak Long mcm mana dah keluar hospital ke," tanya Makcik yang tahu tentang itu.

"Mak Long masih di hospital, Nadia cuba ajak Mak Long tinggal dengan Nadia tapi anaknya tak bagi,"

Makcik Esah hanya tersenyum kecil saja. Makcik Esah seperti sudah tahu kisah Nadia.

"Makcik Esah mana dia," tanya Nadia

"Oh tidur. Sekejap lagi bangun tu," jawap Makcik

"Degil tak dia minggu ni," tanya Nadia

"Biasalah Nadia, sibuk nak telepon. Rindu katanya," jawab Makcik dengan tersenyum.

Nadia turut tersenyum.

"Mama! Mama!" Menjerit satu suara anak kecil. Berlari laju terus memeluk Nadia.

Nadia tersenyum sambil mendepa tangan menyambut anak kecil itu.

Sebaik anak kecil rapat pada tubuh Nadia, pantas Nadia memeluk serapatnya dan seeratnya. Merindu Nadia pada anak kecil itu.

"Putera rindu mama," betah anak kecil itu berkata.

"Mama pun rindu Putera," jawap Nadia yang mencium berulang kali di pipi putih anaknya.

"Putera nakal tak duduk dengan Makcik," tanya Nadia lagi.

"Tak, Putera tak nakal. Putera baik. Betul tak makcik," tanya anak kecil itu sambil memandang orang yang menjaganya.

"Ya! Putera Baik," jawap makcik sambil tersenyum.

"Kan Putera dah cakap," jawap anak kecil itu yang masih memeluk Nadia.

Nadia hanya tersenyum melihat kerenah anaknya yang berumur tiga tahun.

Anak yang hasil perlakuan sumbang sepupu-sepupunya. Nadia tidak tidak sanggup membuangnya. Bagi Nadia, anak ini tidak bersalah. Atas rasa bertanggungjawab Nadia lahirkan anak ini juga.

Nadia tidak pasti apakah tindakkan yang dilakukan betul atau tidak.

Makcik Esah yang menjaga anak ini. Nadia yang minta tolong. Segala perbelanjaan ditanggung oleh Nadia.
Nadia sememangnya berterima kasih pada Makcik Esah.

Nadia tidak tahu siapa ayah anaknya. Yang Nadia pasti anaknya, cucu Mak Long.

Tidak dapat Nadia bayangkan jika perkara ini Mak Long tahu. Nekad jauh di hati Nadia, biar pecah di perut jangan perut di mulut.

Zambri Perasan.
Dj Zambri

Dapatkan buku-buku daripada penulis Zambri Perasan.

Harga-rm30 (SM)-termasuk post.
Harga-rm35 (SS)-termasuk post

Harga-rm35 (SS)-termasuk post

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Cerita Cinta NadiaWhere stories live. Discover now