Hidup baru

216 3 0
                                    

Ozlem duduk termanggu di hadapan katil pesakit. Dia menatap wajah pucat Nulus dengan hati yang sebak.

"Terima kasih pakcik. Kalau saya tak beritahu pakcik, dah tentu sampai sekarang nenek tak mahu ke hospital." Ujar Azra sedikit lega.

Ozlem hanya tersenyum tawar.
"Apa doktor cakap?" Azra memandang Ozlem dengan penuh tanda tanya.

Ozlem mengeluh lantas berdiri. Dia menarik pergelangan Azra lalu keluar dari bilik Nenek Nulus dirawat.

"Kenapa pakcik?" Tanya Azra resah. Dia dapat lihat bagaimana wajah sugul Ozlem.

Ozlem menggeleng.
"Paru-paru nenek terkena jangkitan kuman." Azra melopong terkejut. Beerti, research yang dibuatnya semalam adalah benar. Airmatanya mengalir tanpa sedar.

"Dengan usia nenek yang sudah tua, doktor tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Paru-paru nenek dah teruk"

Azra mengundur beberapa langkah ke belakang. Tubuhnya tersandar ke dinding. Perlahan tubuhnya jatuh ke lantai. Dia menangis semahunya.

"Azra.. kita hanya mampu berserah pada Allah" ujar Ozlem hiba.

"Ni semua salah Azra." Tangis Azra dengan penuh penyesalan.
"Kalau Azra paksa dan bawa nenek lebih awal ke hospital, dah tentu nenek dapat diselamatkan" Azra meraung menangis. Dia menyesal kerana terlalu ikutkan kemahuan nenek Nulus yang berkeras tidak mahu ke hospital.

"Azra, jangan salahkan diri kamu. Ini semua takdir. Pakcik kenal mama, dia memang dari dulu susah nak dibawa ke hospital." Ozlem duduk mencangkung di hadapan Azra. Dia menyentuh lembut bahu Azra.

"Kamu dah jaga nenek dengan baik. Terima kasih. Jika sesuatu terjadi pada nenek, kamu datang ke Istanbul dan tinggalkan dengan pakcik. Pintu rumah pakcik sentiasa terbuka untuk kamu" Azra mendongak memandang wajah Ozlem.

"Tapi pakcik, saya masih bertugas di falkulti." Beritahu Azra. Dia takkan tinggalkan kerjanya disini.

"Pakcik akan uruskan pertukaran kamu, jika kamu mahu." Azra menatap lekat ke wajah Ozlem.

"Azra, kamu tak ada sesiapa disini. Kamu tu masih dalam tanggungjawab pakcik. Fikirlah baik-baik. Bila kamu dah bersedia, beritahu pakcik" Azra tersenyum kelat sambil mengangguk perlahan.

Ozlem bangun dan masuk semula ke dalam bilik Nenek Nulus. Dengan tergesa-gesa dia berlari keluar.

"Azra, panggilkan doktor. Cepat!" Arah Ozlem dengan wajah resah. Azra segera bangun dan berlari mendapatkan bantuan. Dia tidak tahu apa yang terjadi. Tapi, hatinya rasa tidak sedap.

"Doktor! Tolong" jerit Azra sambil berlari. Doktor dan dua orang jururawat berlari masuk ke dalam bilik Nenek Nulus.

Dari muka pintu, Azra dapat lihat dengan jelas, pernafasan nenek Nulus tidak stabil.

"Pakcik" Ozlem datang menghampiri Azra. Dia memeluk erat tubuh Azra.

"Tenang Azra." Pujuk Ozlem lembut. Dia sesekali menoleh ke belakang, melihat keadaan Nenek Nulus. Gelombang jantung yang terpasang menunjukkan garis lurus. Ozlem memeluk Azra semakin erat.

Alat defribrilator diletakkan di dada nenek Nulus. Seperti kejutan elektrik, tubuh Nenek Nulus terangkat.

"1, 2, 3.." kira seorang jururawat. Sekali lagi doktor melakukan hal yang sama kepada nenek Nulus. Malangnya, result denyutan nadi Nenek Nulus tetap lurus.

"Maaf Tuan. Ibu Tuan tak dapat kami selamatkan" ujar doktor lelaki itu kepada Ozlem.

Mendengar kata doktor, Azra lantas melepaskan pelukkan. Dia dapat lihat dari jauh wajah kaku Nenek Nulus. Semua wayar yang terpasang, sudah dicabut dari badan Nenek Nulus.

Endless LoveWhere stories live. Discover now