Setelah tamat waktu kerja, Burak sudah siap berada di ruangan simpanan, menunggu saat ketiga orang staff Azra pulang. Malangnya, penantiannya hanya sia-sia. Ketiga mereka masih bertungkus lumus siapkan projek yang bakal dilaksanakan dalam beberapa hari lagi sehingga malam.
Dia harus bersabar. Demi wang, dia sanggup tunggu disitu seberapa lama mana pun, asalkan kerjanya tidak mengecewakan.
Sudah jam 8 malam. Dari celah pintu bilik penyimpanan yang sengaja dibiarkan sedikit terbuka, dia dapat lihat Celine bangun. Kemudian Lara. Mereka berdua bangun dan mengemas rapi meja dan melangkah keluar menuju tangga.
Hanya Sinan yang tersisa disitu. Hasratnya ingin saja dia pergi lalu memukul lelaki itu, tapi dia tahu, tindakkannya nanti akan lebih merumitkan keadaan.
Dia terus menunggu sehinggalah dia melihat Sinan mula berkemas dan mahu pulang. Lampu bilik dipadamkan, pintu dikunci. Matanya meliar mencari kelibat Sinan.
Hampir luruh jantungnya bila lelaki itu berjalan kearahnya. Dia lari dan menyembunyikan diri di sebalik kotak yang bertimbun.
Sinan masuk dan menyimpan beberapa barang di dalam bilik simpanan,
"Kenapa pintu ni tak bertutup?" Dia terdengar omelan Sinan sendirian berbicara. Seketika kemudian, terdengar pintu tertutup. Sah, Sinan sudah keluar.
Dia menarik nafas lega. Suasana terdengar sepi. Perlahan dia melangkah ke pintu lalu membukanya. Sekali lagi dia bernafas lega. Untung saja pintu itu tidak berkunci.
Langkah diatur pantas menuju ke arah bilik yang menempatkan ketiga staff Azra tadi.
BILIK FILE
Tombol pintu dipulas, kunci.
"Damn it!" Keluhnya kesal. Dia mengeluarkan sesuatu lalu cuba membuka pintu dengan berhati-hati.
Dia tersenyum.Dia perlu lakukan tugas ini dengan bersih. Langkah pertama, dia memotong wayar kamera litar tertutup. Jejaknya tidak boleh dilihat oleh sesiapa pun, jika tidak, sudah pasti dia akan tertangkap.
Kemudian, dia melangkah ke meja kerja Sinan. Sewaktu komputer menyala,
"Kata laluan?" Burak terdiam seketika. Dia memandang sekeliling kemudian tersenyum. Nasib menyebelahinya. Untungnya sekarang, dia berada di dalam bilik file. Dia tahu, selalunya, kata laluan kerap kali diambil dari data peribadi. Dia harus mencari file milik Sinan.
Satu persatu rak dicarinya.
"Gotcha!" Burak ketawa.
Cubaan kali pertamanya gagal. Dia mencuba buat kedua kalinya.
'Access'."Yes!" Semua file yang tersimpan, dibukanya satu persatu. Dan akhirnya dia temui apa yang dicari.
Segala intipati dalam komputer disalin semula lalu dimasukkan ke dalam pendrive. Usai kerjanya, dia meninggalkan ruangan seperti mana yang ditinggalkan oleh Sinan tadi.....
Azra dan pekerjanya duduk termanggu. Semuanya mati kutu. Usaha mereka selama satu minggu hanya tinggal sia-sia.
"Maafkan saya. Saya bukan ketua yang bagus, saya tak layak" ujar Azra dengan nada yang kecewa. Kepalanya serabut berfikir, bagaimana semua ini boleh terjadi? Besar sangatkah kemungkinan, hal ini boleh sama? Bagaimana bisa? Ibarat satu titik pun tidak lari dari idea asal mereka. Hal yang sangat tidak munasabah!
"Puan, jangan persalahkan diri Puan. Kami yang cuai." Sinan bersuara. Sejak semalam, dia berfikir, bagaimana semua ini bisa terjadi. Langsung tidak masuk akal. Semua data hanya ada didalam komputer ribanya. Malah, komputernya juga punya kata laluan. Aneh! Dia cuba ingat semula kejadian dua hari lepas.
YOU ARE READING
Endless Love
RomanceSetelah putus cinta dengan Ilhan dan sekali lagi Azra menerima berita duka atas kematian neneknya, Azra berpindah ke Istanbul. Saat tiba di Istanbul, dia diragut. Dalam aksi kejar mengejar, Azra dilanggar sehingga kakinya tercedera. Pemanduan turun...