Agenda

124 3 0
                                    

Sebuah kereta mewah berhenti di hadapan sebuah hotel bertaraf lima bintang.
Penyambut tetamu pantas membukakan pintu di bahagian tempat duduk belakang.

Seorang lelaki berkaca mata hitam dan berpakaian kemas turun dari kereta, berjalan masuk ke dalam lobi hotel.

Di dalam sana, seorang lelaki tampan dengan setelan hitam kemas sudah menunggu kedatangannya.

"Hoş geldiniz, merhaba" lelaki itu lantas bangun saat melihat seorang lelaki berjalan kearahnya lalu menyapa ramah.

"Merhaba. Hoş bulduk" kedua mereka bersalaman.

"Doygun Bay, buyrun" pelawa Ilhan.

"Sag ol"

Seorang pelayan lelaki datang untuk mengambil pesanan makanan.

"Ada hal penting apa yang awak nak bincangkan dengan saya?" Soal Doygun setelah selesai membuat pesanan.

Ilhan bersandar pada kerusi sambil terungging senyum.

"Saya tahu, kita sebenarnya punya musuh yang sama. Dan saya mahu kita bekerjasama" suara Ilhan mengenai hasratnya.

Doygun menanggalkan kaca mata hitamnya lalu disimpan di dalam poket blazernya.

"Maksud awak?"
Ilhan membetulkan duduknya. Kedua tangan dilipat diatas meja.

"Edric Aslan"

Mendengar nama itu meniti di bibir Ilhan, senyuman sinis terukir di bibir Doygun.

"Kenapa kita perlu bekerjasama? Apa hubungan awak dengan dia?" Kening Doygun terangkat saat mengutarakan pertanyaan kepada Ilhan.

Dia kenal Ilhan. Dia tahu, lelaki dihadapannya ini juga hadir pada malam majlis syarikat Cherrie. Cuma dia tidak tahu, mengapa Edric Aslan menjadi musuh pada lelaki ini.

"Itu awak tidak perlu tahu. Yang penting, saya mahu kerjasama dengan awak untuk jatuhkan Edric Aslan" ujar Ilhan dengan nada yang agak tinggi.

Doygun terkekeh ketawa.
Dahi Ilhan berkerut. Dia sekarang tidak bercanda. Kenapa lelaki dihadapannya ini ketawa?

"Maaf, saya tak main kerja kotor dengan budak mentah macam awak." Ujar Doygun lantas berdiri dan menapak untuk pergi.

"Saya tahu awak sukakan Azra Jebran" Doygun menoleh saat mendengar nama Azra meniti di bibir Ilhan. Dahinya berkerut.

"Awak kenal dengan Azra Jebran?" Doygun mula tertarik dengan nama yang baru disebutkan oleh Ilhan.

Ilhan menelan ludah.
"Ke..kenal" jawabnya gugup. Lain yang dirancang, lain yang jadi. Apa pun, Ilhan tetap meneruskan rencananya. Untuk dapatkan Azra, dia perlu singkirkan Edric Aslan. Kemudian lelaki dihadapannya ini. Hujung bibirnya terangkat.

Doygun duduk semula.
Perancangan diatur kemas oleh mereka berdua. Setelah mendapat persetujuan, keduanya bersurai.

...

"Edric"

"Sevgilim" sahut Edric sambil mengusap lembut rambut Azra. Keduanya terbaring kepenatan setelah lelah bercinta.

"Saya terima e-mail dari sebuah syarikat besar." Edric menundukkan wajahnya memandang Azra yang berbaring di atas dada kekarnya.

Azra mendongak.
"Mereka menawarkan saya kerja sebagai event planner." Cerita Azra lagi sambil tersenyum.

"Oh ya? Apa nama syarikat tu, boleh saya tahu?" Soal Edric sekadar mahu memeriksa.

"Axevent"

Dahi Edric berkerut. Dia cuba mengerah otak untuk mencari tahu siapa pemilik syarikat itu.

Endless LoveWhere stories live. Discover now