Balas dendam

68 1 0
                                    


Seorang wanita berjalan menghampiri ke kawasan pintu masuk sebuah bilik. Langkahnya terhenti saat melihat dua orang anggota polis berjaga di hadapan pintu.

Dia melangkah perlahan menghampiri kedua anggota tersebut.

"Cik mahu ke mana?" Soal salah sorang anggota yang menghampiri Ezgi.

"Betulkah ini bilik Ilhan dirawat?" Soalnya dengan tonasi suara yang lembut dan perlahan.

"Ya. Apa hubungan cik dengan pesakit?" Soalnya lagi.

"Saya kekasih Ilhan. Boleh saya masuk berjumpa dengannya?" Ezgi berharap anggota tersebut membenarkannya masuk melawat Ilhan.

"Boleh. Tapi, cik kena tinggalkan tas tangan disini dan sebelum masuk, saya harus periksa cik dahulu" ujarnya terus terang. Itu adalah procedure mereka sebagai anggota. Mereka tidak mahu ada kecuaian dalam tugas.

Mereka harus memeriksa dahulu pelawat yang datang, takut jikalau ada yang membawa senjata tajam yang boleh membahayakan pesakit.

"Baiklah." Demi mahu melawat kekasihnya, Ezgi sanggup diperiksa.

Ezgi melepaskan tas tangannya di kerusi menunggu. Kemudian anggota tadi memeriksa seluruh tubuh Ezgi.

"Baiklah, Cik boleh masuk" ujarnya seraya membuka pintu.

Anggota tersebut membuntuti langkah Ezgi masuk bersama ke dalam bilik dimana Ilhan dirawat. Dia berdiri tidak jauh dari mereka berdua. Sementara seorang lagi anggota berjaga di hadapan pintu masuk wad pesakit.

Tubuh Ilhan ditatapnya sayu. Lelaki itu masih tidak sedarkan diri. Kedua tangannya digari pada besi katil. Ezgi berjalan menghampiri Ilhan lalu duduk di birai katil.

"Sayang" panggilnya sambil menatap sayu ke wajah lelaki itu. Perlahan tangannya terhulur dan mengusap wajah Ilhan yang dipenuhi kumis nipis.

Dia dapat melihat Luka tembakkan pada dada lelaki itu, hatinya ikut sakit dengan apa yang menimpa Ilhan.
Tangan Ilhan digenggam.

"Aku berjanji padamu, aku akan membalas dendam atas apa yang telah mereka lakukan pada kamu, sayang" bisiknya perlahan. Satu kucupan singgah di dahi Ilhan. Dia menatap lama ke wajah tampan Ilhan sebelum berdiri dan melangkah keluar dari bilik dimana Ilhan dirawat.

Teksi meluncur laju keluar dari perkarangan hospital.

Setibanya di kondo milik Ilhan, Ezgi mula mengatur rancangan.

**

"Argh!" Percikkan air membuat baju Azra sedikit basah.

Kesemua mereka ketawa melihat riaksi Azra yang mengelak untuk mandi laut.

"Sayang, marilah temankan saya." Jerit Edric yang berada di tengah air laut. Azra menggeleng.

"Tengok ni, mereka semua berteman, takkan sayang nak biarkan saya sendirian" Edric sedaya upaya memujuk isterinya supaya ikut turun dan mandi bersama mereka.

Azra sekali lagi menggeleng. Bukan dia tidak teringin, tapi bila mengenangkan keadaannya sekarang yang sedang datang bulan, membuatkan dia membatalkan hasrat untuk menyertai mereka semua.

Edric naik ke permukaan lalu menghampiri Azra.

"Kenapa"
Azra melentokkan kepalanya ke kiri.

"Saya sedang datang bulan" jawab Azra dengan tonasi suara manja.

"Bila? Saya tak tahu pun" Edric memandang wajah Azra dengan hairan.

"Baru je tadi, waktu saya nak tukar baju" cerita Azra. Mujur dia selalu membawa tuala wanita bila travel jauh.

Endless LoveWhere stories live. Discover now