Nenek Nulus

55 1 0
                                    

Desiran angin bertiup lembut, menerbangkan sehelai daun kering yang berada tidak jauh dari sepatu hitam milik seorang lelaki yang sedang duduk di atas kerusi kayu berhadapan dengan laut.

Sut gelap dipadankan dengan kaca mata hitam, menampakkan lagi jiwa maskulin seorang lelaki.

"Dah lama tunggu?"
Lelaki tadi menoleh saat disapa.

"Saya hampir sahaja mahu menjamah aiskrim yang ada dijual disitu"

Lelaki itu ketawa lantas duduk bersebelahan dengan lelaki bersut hitam tadi.

Doygun duduk bersebelahan dengan Ilhan. Tidak jauh dari situ, ada dua lelaki bersut kemas sedang berdiri tegak seperti mengawasi kawasan sekitar.

"Ada perkembangan terbaru ke pasal Azra?" Tanya Ilhan tidak sabar. Dia tahu, Azra sekarang bekerja dengan Melissa, adik kepada Doygun.

"Nampaknya, awak tak pernah cari tahu sendiri pasal wanita kesayangan awak tu. Awak sebenarnya sudah jauh ketinggalan" bidas Doygun sinis.

Ilhan menoleh. Kacamata yang dipakainya lantas ditanggalkannya.
Dia menanti kata-kata Doygun yang seterusnya.

"Dia dah berhenti kerja dan sekarang sudah mula bekerja di syarikat Filiya" Doygun menoleh memandang Ilhan yang jelas memperlihatkan wajahnya yang sedikit terkejut.

"Tak payah nak tunjuk muka terkejut dekat sini." Sindir Doygun lagi.

"Macam mana dia boleh berhenti? Bukankah dia ditawarkan dengan gaji yang tinggi?" Ilhan seolah-olah tidak percaya dengan apa yang baru saja didengarinya. Mustahil!

"Nampaknya, Edric lebih bijak dari kita!" Tempik Ilhan geram, mengundang tawa pada Doygun.

"Dia tidak bijak. Dia sendiri sudah menjerat dirinya sendiri" balas Doygun yakin.

"Apa maksud awak?" Dahi Ilhan berkerut.

"Dia sudah tahu, Mel adalah pemilik Cherry dan aku merupakan rakan kongsinya. Dia arahkan Azra berhenti kerana takut rahsia lamanya bocor. Sebab itu dia tawarkan Azra untuk bekerja di Filiya supaya mudah dia mengawasi gerak geri Azra."

"Bravo" hanya itu yang keluar dari mulut Ilhan. Kiri bibirnya terangkat. Ternyata Edric sudah terjerat.

"Apa plan seterusnya?" Pertanyaan Ilhan hanya dibalas tatapan oleh Doygun. Keduanya terdiam sambil menikmati desiran angin dan kicauan burung yang beterbangan.

...

Edric menyandarkan tubuh tegapnya di muka pintu sambil kaki kirinya disilangkan ke kaki kanan. Kedua tangannya dilipat kemas ke dada sasanya. Matanya leka memerhati wanita kesayangannya sedang mengenakan dress berwarna hitam kembang separas lutut. Tali di bahu bersilang, mendedahkan tubuh belakangnya yang terbuka.

Edric menghampiri Azra lalu menarik zip baju yang terletak di belakang pinggang Azra. Pinggang Azra yang tadinya terdedah, kini tertutup rapi.

Azra yang tadinya leka, tersentak.
"Edric" Sapanya dengan tonasi suara yang masih lagi terkejut.

"özür dilerim (I'm sorry)" ujar Edric lantas memeluk tubuh Azra lembut dari belakang. Satu kucupan hinggap di bahu kanan Azra.

Edric memejamkan matanya. Dia menghidu aroma Ros pada leher jinjang isterinya, begitu menggoda jiwa lelakinya sehingga timbul rasa ghairah yang mula meruntun nafsu lelakinya.

Edric membaringkan kepalanya di celah tengkuk Azra manja. Kedua tangannya memeluk erat tubuh Azra dari belakang. Hati lelakinya mula meruntun. Dia benar-benar menginginkannya.

Edric menekapkan bibir dan hidungnya ke celah tengkuk Azra. Jiwanya kacau seketika.

"Edric" tegur Azra manja sambil ketawa.

Endless LoveWhere stories live. Discover now