Perangkap

109 1 0
                                    

Dah berpuluh-puluh kali mereka cuba menghubungi Azra, namun hampa.

Huri dan Ece gelisah. Mereka berjalan mundar mandir di hadapan Edric. Edric hanya memandang mereka bersilih ganti.

Ece menghentikan langkah.
"Macam ni Edric, kau cuba cari Azra di rumah pakcik Ozlem. Huri, kau ajak Ozan temankan kau cari Azra di pantai dan aku, aku cuba cari dia disekitar bandar."

Edric lantas bangun dan melangkah laju keluar dari rumah Huri dan Ece tanpa membantah. Huri dan Ece terbengong melihat sikap Edric.

"Eh, cepat!" Kedua mereka berlari masuk ke dalam bilik, menukar pakaian lalu keluar.

..

Mereka berkumpul semula di Şans. Mereka sudah habis fikir, kemanakah Azra menghilang.

"Sabar Edric. Aku tahu, Azra selamat. Mungkin dia perlukan masa untuk bersendirian. Tak mudah bagi dia bila lihat gambar kau dengan perempuan tu sedang bermesra. Kalau aku berada ditempat Azra pun, aku akan berfikir hal yang sama." Luah Ozan. Dia meneguk wine yang ada dihadapannya.

Edric memandang Ozan dengan tatapan tajam. Dia mengetap giginya geram.

"Edric, maaf jika aku mencelah. Aku tahu, aku bukan sesiapa pada korang. Aku belum sempat lagi kenal korang berdua, tapi aku tahu, dari cerita Ece ni, Azra dah salah faham. Beri Azra masa. Sekarang bukan masa yang sesuai untuk berbincang. Mungkin Azra tengah marah. Bagi dia reda dulu, baru ceritakan hal yang sebenarnya pada Azra." Ozan mengangguk setuju dengan kata-kata Fatih.

Edric nampak kembali tenang dengan kata-kata Fatih.

Drrttt..
Drrttt...

ANNEM

"Hello mama" Sapa Edric setelah mengangkat penggilan mamanya, Fusun.

"Apa yang kau dah buat pada Azra ni Edric. Dia datang jumpa mama nangis-nangis. Perempuan mana pulak yang kau bawa masuk hotel hah!" Marah Fusun di hujung talian.

Mata Edric bersinar ceria.
"Mama, Azra masih ada disana?" Tanya Edric penuh mengharap.

"Ada dibilik, dah tidur agaknya. Mama nak kamu datang ambil dia dan mama mahukan penjelasan dari kamu" ujar Fusun tegas.

"Baik mama, tolong jagakan Azra sehingga saya sampai." Pesan Edric lantas mematikan talian. Dia bergegas berlari sambil berkata,

"Jangan risau, Azra sekarang ada di Bursa, rumah mama. Aku janji akan bawa pulang Azra semula" jeritnya lantas berlalu dari situ.

Ece dan Huri menarik nafas lega.

...

Edric melangkah masuk ke dalam bilik. Dia menarik nafas lega tatkala melihat isterinya sedang nyenyak tidur. Perlahan dia menghampiri katil lalu duduk disamping Azra. Wajah Azra ditenung lama dengan perasan sayu. Separuh rambut yang menutupi wajah Azra dikuisnya perlahan. Dia tidak mahu isterinya terbangun dari tidur.

Edric bangun melangkah ke bilik mandi. Dia membersihkan diri lantas menyarung seluar pendek. Tanpa berpakaian, dia naik ke atas katil dan berbaring disebelah isterinya dengan penuh hati-hati. Dia menarik lembut tubuh Azra lalu dipeluknya erat.

"I love you, sayang" bisiknya lantas mendaratkan ciuman lembut di bibir Azra yang nyenyak tidur. Dia rindukan isterinya. Dia terlalu sayangkan Azra, mana mungkin dia ada pengganti Azra. Tidak ada satu wanita pun yang boleh gantikan tempat Azra. Hanya Azra wanita satu-satunya yang bertakhta di hati lelakinya.

Sudah jam 6 pagi. Azra mengeliat lembut membetulkan tubuhnya yang terasa pegal. Pergerakkannya terhad. Azra dapat rasakan ada sesuatu disampingnya. Dia segera membuka mata.

Endless LoveWhere stories live. Discover now