Takkan mengalah

170 2 0
                                    

Azra dan Edric tiba sebagai tetamu undangan di majlis pelancaran produk baru yang diadakan oleh Syarikat Ece. Sudah ramai tetamu yang hadir. Edric menggenggam tangan Azra sambil melangkah masuk ke dalam ruangan dewan.

"Awak yang buat semua ni?" Tanya Edric sambil memerhati ke sekeliling kemudian pandangannya terhenti pada Azra.
Azra tersenyum lebar lantas mengangguk.

"Tebrikler, aşkım. Saya tak sangka, isteri saya ni bukan sekadar cantik, tapi mempunyai bakat yang sangat besar." Azra tersengih mendengar pujian dari suaminya.

"Teşekkürler aşkım" bisik Azra ditelinga Edric.

Mereka berdua melangkah masuk. Pandangan tetamu yang hadir mula tertumpu pada mereka berdua sehingga membuatkan Azra sedikit gugup.

"Azra!" Ece berjalan menghampiri Azra dan Edric sambil tersenyum lebar. Ece memeluk tubuh Azra seraya mencium kedua pipi rakannya. Begitu juga dengan Edric.

"geldiğin için teşekkürler Edric (Thanks for coming Edric)" ucap Ece dengan senyuman yang tidak lekang dibibirnya. Sekilas dia terpandang ke arah bertentangan. Raut wajahnya serta merta berubah serius.

Azra perasan dengan perubahan Ece, lantas mahu menoleh.

"Er, Azra, Edric, mari aku kenalkan kamu berdua dengan bos aku" Ece lantas menarik tangan Azra supaya segera berlalu dari situ.

Azra dan Edric hanya menurut. Mereka membuntuti langkah Ece, berjalan ke arah empat orang tetamu yang ligat berborak sambil ketawa.

"Eda hanım, pardon (Puan Eda, maaf)" Sapa Ece lembut. Empat orang yang tadinya rancak berbual, menoleh ke arah Ece, Azra dan Edric.

"Edric Bay" Sapa salah seorang lelaki yang berada diantara mereka.

"Doygun Bay" keduanya bersalam lantas berpelukkan mengundang tanda tanya pada Azra, Ece, Eda dan dua tetamu lagi yang berada disitu.

"Eda Hanım, Azra ve eşi Edric'i tanıştırın
(Ms. Eda, introduce Azra and her husband Edric)" Azra dan Eda bersalam mesra.

"Beklenmedik bir şekilde, kişi elleri kadar güzeldir, çok minnettar. gelen tüm misafirler salonun dekorasyonunu övdü, çok güzel
(Unexpectedly, a person is as beautiful as their hands, very grateful. All guests praised the decoration of the hall, it is very beautiful)"

"Teşekkürler, Eda Hanım" sambut Azra terharu. Dia gembira bila bos sahabatnya memuji hasil kerjanya. Dia gembira kerana dapat memberi kepuasan pada pelanggannya.

"Sevgilim" Azra menoleh saat Edric menyentuh lembut bahunya.

"Aşkım" sambut Azra lembut sambil mengulum senyum kearah Edric.

"Doygun Bay, benim güzel eşim Azra Jebran.
(My beautiful wife, Azra Jebran)" wajah Azra bersemu merah saat Edric berkata demikian di hadapan lelaki yang tidak dikenalinya.

"Merhaba (Hello). hoş geldiniz (welcome)" Sapa Doygun mesra sambil bersalaman dengan Azra. Matanya tak lekang dari menatap Azra dari atas hingga ke bawah sehingga membuatkan Azra berasa kurang selesa.

"Hoş bulduk (thank you)" sambut Azra seraya memaut lengan Edric.

"Awak beruntung memiliki seorang isteri yang begitu menawan" puji Doygun tanpa membuang pandang ke arah Azra.

Azra tersenyum kekok lantas mendongak memandang wajah Edric.

Edric mengerti maksud pandangan isterinya yang nampak kurang selesa.

"Pardon (maaf)" ucap Edric lantas memaut pinggang Azra dan berlalu dari Doygun.

Kedua mereka berjalan ke arah makanan yang terhidang.

Endless LoveWhere stories live. Discover now