Takkan putus asa

282 3 0
                                    


Keesokkan harinya,

Edric berjalan menghampiri Zon Kuning. Dia berjalan ke arah kaunter.

"Ye Encik, ada apa-apa yang boleh kami bantu?" Sapa salah seorang jurujawat yang bertugas.

"Sebenarnya saya sedang mencari pesakit, mangsa kemalangan di hadapan pantai-"

"Owh, saya tahu itu Encik. Berita kemalangan beramai-ramai tu sudah kecoh disini. Pakcik peniaga aiskrim tu meninggal di tempat kejadian manakala tiga orang mangsa lagi cedera parah" ceritanya.

Edric berasa lemas berada disitu lama-lama. Nafasnya menderu dan dia cuba mengawal emosinya dari meledak.

"Bagaimana dengan pemandu yang menjadi penyebab kemalangan tu, boleh saya melihatnya?" Tonasi suara Edric lembut dan sopan.

"Encik siapa dengannya?" Soal jururawat itu sekadar mahu berhati-hati.

"Owh, saya kawan rapatnya." Jawabnya tenang.

"Baiklah, Encik boleh naik ke tingkat 4 bilik 14 A." Ujarnya ramah.

Edric mengangguk.
"Terima kasih" ujarnya dengan senyuman dibibir. Saat dia berpaling dan membelakangkan jururawat tersebut, wajahnya berubah tegang. Tangannya terkepal erat.

Pintu lift ditekannya berkali-kali.

Ting!
Edric melangkah masuk ke dalam lift. Dia lantas menekan butang 4.
Belum sempat pintu hendak tertutup,

"Nanti" tahan seseorang.
Edric dengan pantas menahan pintu lift dari tertutup.

Seorang wanita masuk.
"Huri" tegur Edric.

"Edric, kau dari mana?" Huri menjeling sekilas ke arah butang lift yang ditekan oleh Edric.

'Tingkat 4?'
"Kau nak kemana? Azra sudah dipindahkan ke wad biasa ke?" Tanya Huri sedikit senang. Dia bersyukur kerana sahabatnya itu sudah lepas dari situasi kritikal.

Edric menatap Huri lama. Wajahnya nampak sugul.

Huri seolah-olah dapat membaca cara pandangan Edric terhadapnya.

"No way!" Ujarnya kemudian.

"Aku nak tahu, siapa perempuan yang berani melanggar Azra" ujar Edric dengan wajah merah padam.

"Aku ikut" sela Huri pantas.
Edric menoleh memandang kearahnya.

"Aku juga tertanya-tanya, siapa wanita tu. Semalaman aku tak boleh tidur fikirkan hal ni" ujarnya bersungguh-sungguh.

Edric mengangguk.

Kedua mereka melangkah keluar dari lift saat tiba pada aras 4.

Mata Edric meliar mencari bilik 14 A yang dimaksudkan jururawat tadi.
Huri hanya membuntuti langkah Edric. Sesekali dia berjalan dan sesekali dia terpaksa berlari mengejar langkah Edric yang laju.

Langkah Edric mati di hadapan pintu bilik 14 A. Tangannya terkepal kuat. Dengan tidak sabar, dia menyentuh tombol pintu.

Huri dengan pantas menyentuh bahu Edric lembut.

"Jaga emosi kau. Kita bincang baik-baik" tegur Huri cuba menenangkan lelaki itu.

Tanpa sebarang riaksi, Edric membuka pintu bilik tersebut. Huri ikut membuntuti langkah Edric dari belakang.

Langkah Edric tiba-tiba terhenti.
Huri ikut hairan dengan tindakbalas Edric. Dia berjalan dan berdiri di sisi Edric. Matanya menatap lekat ke arah katil pesakit yang terbaring. Kepalanya berbalut, wajahnya memiliki luka-luka kecil. Mungkin akibat dari pecahan cermin kereta pada bahagian hadapan.

Endless LoveWhere stories live. Discover now