Pertemuan kedua

179 3 0
                                    

"Pakcik, makcik.. boleh kita bincang sekejap?" Tanya Azra lalu duduk di sofa berhampiran Ozlem dan Caroline.

Ozlem meneguk kopi panas yang berada dalam cawan. Lalu diletakkan semula di atas meja.

"Sebenarnya, Azra dah cari rumah sewa yang dekat dengan falkulti." Ozlem dan Caroline berpandangan.

"Kenapa Azra tak beritahu pakcik awal-awal?" Azra rasa bersalah.

"Azra taknak susahkan pakcik dan makcik. Lagipun, tak lama lagi kawan-kawan Azra dari Antakaya akan berpindah ke sini. Mereka akan menyewa bersama dengan Azra. Azra nak cuba hidup berdikari." Azra berharap pakcik dan makciknya mengizinkannya.

"Baiklah. Pakcik izinkan. Tapi ingat pesan pakcik, jaga diri baik-baik. Waktu cuti, datanglah tidur disini. Pintu rumah ni sentiasa terbuka buat kamu" Azra tersengih ceria.

"Pakcik izinkan. Teşekkürler, teşekkürler" ujar Azra gembira. Ozlem dan Caroline ikut tersenyum. Mereka tidak membantah dengan permintaan Azra. Mereka tahu, Azra dah besar dan mampu berfikir dengan matang. Cukuplah sekadar Azra berada dekat dengan mereka di Istanbul.

"Tapi jangan lupa, pakcik dah hire kamu untuk event party pakcik" Ozlem mengingatkan Azra.

"Tamam, tamam (okay). Teşekkürler (terima kasih)." Balas Azra berjanji.

...

Pulang saja dari falkulti, Azra sibuk di rumah Ozlem. Dia mengatur dan menyusun atur tempat dengan baik.

"Azra, tak sia-sia pakcik hire kamu. Kamu lakukan dengan baik sekali." Ujar Ozlem sambil melihat ke sekeliling. Ruang yang awalnya nampak biasa dan kucar-kacir berubah menjadi elegan dan mewah. Semuanya hasil sentuhan Azra.

"Untuk pakcik, Azra cuba lakukan yang terbaik. Azra syukur dan gembira lihat pakcik berpuas hati" luah Azra segan.

"Beruntung papa dan mama kamu punyai anak sehebat kamu" puji Ozlem bangga kerana punya anak saudara yang talented seperti Azra.

Hari event,

Semua tetamu sudah hadir. Ramai yang memuji betapa indahnya tempat yang telah dirias cantik.

"Papa" panggil Ceyda yang sudah cantik mengenakan dress labuh yang terbelah sampai ke peha sehingga memperlihatkan kakinya yang putih bersih.

Ozlem menoleh. Dia melihat seorang lelaki sedang memeluk pinggang anaknya.

Ozlem melangkah menghampiri anaknya.

"Kenalkan boyfriend Ceyda, Can"
Ceyda memandang tepat ke arah Can yang tampan mengenakan setelan hitam, sedondon dengan dress yang dipakainya.

"Merhaba, amca dayı (uncle)" Can bersalaman dengan Ozlem.

"Merhaba, Can" Ozlem memandang wajah anak muda di hadapannya.

"Dah lama kenal?" Soal Ozlem.

"Tiga tahun, papa. Sempena hari lahir papa, Ceyda bawa Can untuk kenalkan dengan papa. Tengok ni" Ceyda mengangkat tangan kanannya, terpamer cincin bertatahkan permata dijari manisnya.

Ozlem ketawa gembira. Dia tidak menyangka, anaknya sudah punya pilihan hati dan bakal menikah.

"Saya nak Ceyda jadi suri hidup saya, pakcik" ujar Can sambil tersenyum lebar ke arah Ceyda. Kemudian beralih memandang Ozlem kembali.

"Ailemize hoşgeldin (Welcome to our family)" ujar Ozlem. Dia langsung tidak membantah dengan siapa anaknya berkawan atau menjalin hubungan. Asalkan anaknya bahagia, itu sudah cukup membahagiakannya.

"Teşekkürler" ucap Can dengan wajah ceria.

"Eh, kamu ada nampak Azra?" Soal Ozlem sambil mencari kelibat anak buahnya.

Endless LoveWhere stories live. Discover now