Mempertimbangkan

167 2 0
                                    

Hari minggu, Azra keluar seawal pagi untuk melihat rumah yang telah disewanya. Pangsapuri yang disewanya berada di tingkat paling atas, di tingkat 20.

Ting! Pintu lift terbuka. Dia melangkah pergi ke hadapan pintu rumah. Dia memasukkan kunci lalu dibukanya perlahan.

Saat pintu dibuka, dia dapat lihat bagaimana susun atur perabot rumah dihias. Tampak mewah dan kemas. Mujur sahaja mereka berkongsi yuran bulanan bertiga. Jika dia menyewa sendiri, mungkin dia tidak mampu membayarnya sendirian.

Azra menjelajah ke segenap ruang rumah. Untungnya, barang sudah disediakan oleh tuan rumah. Mereka hanya perlu membawa pakaian sahaja masuk ke sana.

Pandangan Azra tertumpu pada arah balkoni luar. Perlahan dia berjalan menghampiri pintu besar. Mulutnya ternganga. Dia luar dia dapat lihat ada kolam renang serta ruang santai khusus. Azra melangkah keluar. Dia sendiri terpesona dengan keindahan yang dilihatnya dari atas. Semuanya sama seperti dalam gambar yang dilihatnya saat mahu memilih rumah ini. Tapi dia langsung tidak menyangka, lihat sendiri dengan mata kasar lebih cantik dari dalam foto.

Azra menghampiri tembok yang diperbuat dari cermin. Paras tembok itu melebihi dari ketinggiannya. Dia dapat lihat keindahan Kota Istanbul dari atas yang sungguh indah.

Pandangan Azra tertumpu pula pada ruang pemisah dengan jiran sebelahnya yang hanya dihadang oleh kerusi rotan. Bermakna, dia boleh ke rumah jirannya pada bila-bila masa, tanpa halangan. Tapi, siapa jiran sebelahnya? Azra malas hendak ambil tahu. Satu hari, dia akan bertemu juga dengan jiran sebelahnya.

Azra masuk semula ke dalam rumah. Dia sangat berpuas hati. Pilihannya tidak salah lagi. Sudah pasti Ece dan Huri juga gembira tinggal disini.

...

Bangun saja dari tidur, Edric keluar ke ruang balkoni. Dia melakukan aktiviti senam disana sambil menikmati keindahan pagi hari dari ruang balkoni.

Dia tidak suka keluar pada hari minggu. Dia lebih suka menghabiskan masanya dirumah sambil menyemak dokumen-dokumen penting syarikat.

Drtttt! Drtttt!
ANNEM (mama)

"Günaydın (good morning)" Sapa Edric terlebih dahulu.

"Günaydın Edric. Ne yapıyorsun (what are you doing)."

"Bersenam" balas Edric sepatah.

"Minggu depan kamu free tak?"

"Minggu depan.. tak pasti mama. Nanti saya semak jadual kerja dahulu." Beritahu Edric.

"Ada apa mama?" Soal Edric hairan.

"Baliklah, jumpa mama. Mama rindukan kamu" pujuk Fusun.

"Tamam, tamam (okay)" jawab Edric dengan rasa bersalahnya. Sudah lama dia tidak pulang. Fail yang menompok di atas meja, membuatkannya sentiasa sibuk di tempat kerja.

"Tapi..mama ada satu permintaan" dahi Edric berkerut. Dia berjalan menghampiri sofa rotan lalu duduk disana.

"Permintaan? Maksud mama?"

"Mama nak kamu bawa balik bakal menantu pada mama." Edric terkedu. Menantu?

"Mama bergurau ke ni?" Edric ketawa besar.

Fusun ikut ketawa.
"Tak, mama serius" tawa Edric serta merta terhenti.

"Tapi mama.. Edric belum bersedia nak kenalkan dia dengan mama." Bohong Edric.

"Mama tak kira. Dah sampai saatnya kamu kenalkan dia dengan mama. Usia kamu tu dah nak cecah 30 tahun. Sepatutnya kamu sudah menikah." Paksa Fusun kepada anak lelaki tunggalnya.

Endless LoveWhere stories live. Discover now