Parah

84 1 0
                                    

Edric disekat di hadapan pintu masuk Zon kuning. Keadaan menjadi huru hara buat seketika sehingga security terpaksa mengawal keadaan dan ketiga mereka bakal diusir keluar jika membawa kekecohan di dalam hospital.

"Edric! Sabar. Aku janji, aku akan cari tahu siapa perempuan tu. Kau tak boleh macam ni. Kalau kau kena tahan dengan polis dan dipenjarakan, bagaimana dengan Azra? Dia cuma ada kau dan kau kena kuat demi Azra" pujuk Ozan cuba memberi kata-kata semangat kepada Edric.

Edric terduduk lemah. Dia bersandar di dinding sambil meraung seperti kerasukan.

"Mari" Fatih dan Ozan mengangkat tubuh Edric sambil memapahnya ke Zon merah semula.

Huri dan Ece masih setia menunggu di hadapan pintu bilik pembedahan.
Kedua mereka berlari dapatkan Edric, Ozan dan Fatih.

Tubuh Edric yang lemah didudukkan di atas kerusi ruangan menunggu.

"Dah ada perkembangan mengenai Azra?" Bisik Ozan perlahan kepada Huri dan Ece. Keduanya menggeleng lemah.

Ozan mengeluh kecewa. Dalam hatinya tak putus-putus berdoa semoga Azra baik-baik saja.

"Korang tunggu sini, aku pergi belikan kopi panas" celah Fatih.

"Saya ikut" Ece segera menghampiri suaminya. Fatih mengangguk perlahan.
Kedua mereka segera berlalu dari situ.

**

"Kalau bukan kerana saya, mungkin Azra masih sihat berada bersama kita sekarang. Saya dah janji nak jaga Azra, tapi..hisk! hisk!" Ece terisak-isak menangis di meja makan.

"Syhh. Jangan cakap macam tu, tak baik. Semua ni sudah takdir. Sayang dan Huri tak salah." Pujuk Fatih lembut sambil mengusap airmata diwajah isterinya.

Ece kelihatan sedikit tenang.
"Bagaimana, dapat berjumpa dengan orang yang langgar Azra?" Bola mata Ece yang merah dan bengkak akibat menangis menatap sayu ke arah suaminya.

Fatih menggeleng lemah.
Gelengan dari Fatih membuatkan hati Ece bertambah tersayat.

**

Hampir 10 jam menunggu, akhirnya Azra berjaya diselamatkan. Dia dibawa ke unit rawatan rapi (ICU) dan berada dalam pemantauan doktor. Azra masih tidak sedarkan diri. Tangan dan kaki kirinya patah kerana menerima rempuhan kuat dari arah kiri. Kepalanya mengalami pendarahan dan tengkorak kepalanya terpaksa ditebuk dan dipasang tiub untuk mengelak dari darah beku berlaku.

Dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki, tubuh Azra lebam dan bengkak sementara kepala dan kakinya berbalut dan diletakkan besi.

Edric terkulai saat melihat keadaan Azra yang terlantar tidak sedarkan diri.

"Dua hari lagi, kami akan lakukan pembedahan pada tangan kiri untuk memasukkan besi." Hati Edric tersayat mendengarnya.

"Kenapa tidak dilakukan semuanya sekali! Doktor tahu tak semua ni menyakitkan!" Bentak Edric frustasi.
Ozan dan Fatih sekali lagi terpaksa menenangkannya.

"Maaf, kami tak boleh lakukannya serentak. Puan Azra kehilangan banyak darah. Jika pembedahan dilakukan serentak, mungkin akan merisikokan Puan Azra dan nyawa isteri Encik akan terancam" kata-kata doktor lelaki itu membuat Edric terdiam.

Dia terduduk di lantai. Sepi. Tiada erangan, tangisan mahupun bentakkan.

"Edric" panggil Ozan.

"Cousin, awak kena kuat demi Azra. Jangan tunjuk lemah didepan Azra. Bagaimana Azra nak lawan dari sakitnya jikalau kau sendiri tidak kuat. Kau kena tunjukkan pada Azra yang kau kuat dan berikan kata-kata semangat kepada Azra supaya dia dapat melawan sakitnya" Ozan memberi kata-kata semangat kepada Edric.

"Bangun. Lawan dengan perasaan bodoh kau tu" marah Ozan geram sambil memapah tubuh Edric supaya bangun.

**

Caroline, Ozlem dan Ceyda tiba di luar ruangan ICU. Wajah mereka tampak resah dan bimbang.

"Bagaimana dengan Azra? Apa yang berlaku? Bagaimana semua ini boleh terjadi?" Bertalu-talu pertanyaan keluar dari mulut Caroline.

Ece, Huri dan Fatih berpandangan.

"Bagaimana dengan Azra? Mana Edric?" Soal Ozlem lebih tenang dari isterinya.

"Azra masih tidak sedarkan diri dan Edric berada didalam bersama Ozan" cerita Fatih.

Sebentar kemudian, Ozan memapah Edric keluar dari bilik ICU.

Caroline lantas menerkam ke arah Edric,

Panggg!
Satu tamparan singgah di pipi Edric.
Semua yang berada disitu tergamam. Tapi Edric hanya menundukkan wajahnya. Dia mengakui salahnya kerana tidak melindungi Azra dengan baik.

"Kau tak layak jadi suami Azra! Macam-macam yang terjadi pada Azra sejak kebelakangan ini, mana tanggungjawab kau sebagai suami, hah!?" Bentak Caroline geram.

Fusun yang baru tiba ikut tergamam saat melihat anaknya ditampar oleh ibu saudara Azra. Dia menerkam kearah Edric, cuba melindungi anak kesayangannya.

"Apa yang awak cuba buat ni, hah!? Dia masih ada mama, jangan sewenang-wenangnya nak tangan-tangankan anak orang!" Bentak Fusun geram dengan tindakkan Caroline.

"Maaf atas apa yang berlaku. Sayang, boleh tak bincang baik-baik. Azra kat dalam tu sedang bertarung nyawa tau, awak kat sini jangan nak menghuru-harakan lagi keadaan." Bentak Ozlem, menegur tingkah laku isterinya.

"Ceyda" Ceyda yang faham maksud papanya segera menarik tangan Caroline lembut dan pergi dari situ.

Fusun menatap sinis ke arah Caroline yang berjalan keluar dari ruangan menunggu ICU.

Dia menoleh memandang Edric yang murung. Hatinya ikut sebak melihat perubahan anaknya.

"Sayang mama" Fusun menarik tubuh Edric erat kedalam pelukkannya.

Edric yang tadi diam, mula menangis teresak-esak. Dengan perlahan, Fusun mengusap lembut belakang Edric

"Sabar.. kita sama-sama berdoa semoga Azra terlepas dari waktu getirnya. Mama tahu, menantu mama tu kuat" pujuknya sambil menahan sebak.

Semua yang berada disitu ikut sebak.

"Fusun, lebih baik kamu bawa Edric pulang dulu. Dia perlukan rehat. Esok datang melawat lagi" arah Ozlem lembut.

Edric yang mendengar segera melepaskan pelukkan Fusun.

"Tidak! Saya tak mahu balik. Saya akan berada disini sehingga Azra sedar" ujarnya sebak dan menangis.

"Mama, Edric nak temankan Azra. Edric tak mahu balik" tangisnya.

Ozlem mengeluh.
"Baiklah. Mama tak akan paksa kamu. Nanti mama bawakan pakaian kamu" ujar Fusun, tidak mahu membantah. Dia tahu bagaimana keadaan anaknya sekarang ini dan dia tidak mahu menambahkan lagi kesedihan yang dialami Edric.

"Tak mengapa, pakaiannya sudah ada dalam kereta" celah Ozan pantas.

Ozlem mencengkam bahu Edric tanda memberi semangat kepadanya.

"Tolong jaga Azra dengan baik. Jika perlukan apa-apa, beritahu pakcik. Jangan cepat putus asa. Pakcik kenal Azra, dia tidak mudah putus ada dan pakcik yakin, dia akan kembali sihat" ujar Ozlem lembut. Dia tidak menyalahkan Edric sama sekali. Dia malah mahu Edric bangkit semula dan merawat Azra dengan sebaik-baiknya.

Semuanya sudah tertulis. Dan dia tahu sejak kecil sampai sekarang, nasib anak saudaranya itu tidak pernah menyebelahinya. Hidupnya selalu diuji dengan pelbagai ujian. Dia tahu, anak saudaranya itu kuat. Seperti mana dia kuat mengharungi hidupnya yang penuh dengan pelbagai rintangan sejak kecil sehinggalah sekarang, dia berharap Azra juga kuat bertarung nyawa untuk terus hidup.

Edric seperti diberi semangat dan kekuatan penuh saat mendengar kata-kata Ozlem. Dia menggenggam tangan Ozlem erat seraya mengangguk.

Semua yang berada disitu turut menarik nafas lega melihat perubahan Edric.

Bersambung...

Endless LoveWhere stories live. Discover now