Terbongkar

90 3 0
                                    

Huri mengejar Ozan yang telah jauh pergi.

"Ozan!" Jeritan Huri sekali lagi mematikan langkah Ozan. Huri berjalan menghampiri Ozan.

Ozan sedikit pun tidak menoleh memandang ke arah Huri.

"Saya tak sangka, awak ni lelaki yang pengecut! Pertarungan belum bermula, tapi awak sudah mengaku kalah!" Marah Huri, geram dengan sikap Ozan.

Huri berjalan memutari tubuh Ozan dan berhenti dihadapan lelaki itu.
"Awak datang jauh-jauh cari saya, kemudian pergi begitu saja? Apa sebenarnya tujuan awak, hah!?" Sindir Huri tajam dan sinis sekali.

"Saya ke sini atas urusan kerja. Bukankah sudah saya katakan sebelum ini?" Dalih Ozan dengan tenang.

"Bohong!"
"Awak ingat saya budak-budak, yang mudah untuk awak tipu? Awak check in hotel yang sama dengan saya, inap di bilik bersebelahan dengan bilik saya. Kemudian pergi ke restoran yang sama, kononnya jumpa dengan Teo, kawan lama awak tu. Awak jangan ingat saya tak tahu. Awak upah lelaki tu untuk berlakon jadi kawan lama awak."

Ozan membalas tatapan Huri. Dia seperti tidak percaya, wanita ini seperti tahu semua rancangannya.

"Kenapa? Tak boleh nak jawab? Terkejut, bagaimana saya boleh tahu rahsia awak? Bravo!" Ozan diam mematung sambil matanya masih tidak membuang pandang dari terus menatap Huri.

"Apa pulak plan awak selepas ni? Pulang ke Istanbul sebab kecewa, kononnya wanita yang awak sayang, yang awak cintai sudah ada teman lelaki, lelaki setampan dan sekaya Baris Buka, macam tu?" Huri meletakkan jari telunjuknya di dada Ozan lalu menyambung bicara,

"Awak kejar 'sesuatu' yang awak suka, bila dah hampir dapat, awak hanya lihat dan biarkan ia pergi macam tu saja"
"Wanita paling tidak suka lelaki seperti itu, Ozan. Pergi baliklah!" Huri menolak dada Ozan dengan kuat seraya pergi dari situ.

Ozan mula salah tingkah. Dia sendiri buntu dengan maksud kata-kata Huri. Adakah wanita itu juga merasai apa yang sedang dirasainya? Hatinya terasa sangat sakit bila melihat Huri pergi meninggalkannya. Dia tidak sanggup kehilangan Huri apatah lagi melihat wanita itu rapat dengan lelaki lain. Ah! Tidak. Ini lebih membuatnya cemburu dan sakit hati.

Huri menghempaskan tubuhnya di atas katil empuk. Dia kecewa dengan sikap Ozan yang tidak pernah berjuang untuk mendapatkannya. Dia sendiri tidak pasti sama ada lelaki itu benar-benar tulus mencintainya ataupun tidak. Terasa seolah-olah lelaki ini bermain tarik tali dengannya

Huri bangun dan turun dari katil. Dia menarik luggage kosong lalu diletakkan di atas katil. Dia membuka wardrobe, mengeluarkan baju-bajunya lalu dimasukkan ke dalam luggage kosong.

"Tak guna aku stay kat sini kalau dia sendiri memang tak perlukan aku." Huri membentak sambil mencampakkan baju-bajunya ke dalam luggage, seperti melepaskan segala rasa dalam hati pada baju-bajunya.

"Sakit! Sakit sangat bila hati dipermainkan." Tangis Huri, kecewa.

"Baik. Kalau kau tak perlukan aku, aku juga tak perlukan kau. Anggap saja kita tidak pernah bertemu." Ujar Huri sebak. Huri duduk di birai katil. Selama ini, dia tidak pernah menangis kerana seorang lelaki. Tapi sekarang, lelaki bernama Ozan telah berjaya menghancurkan hatinya.

Tok
Tok

Huri menoleh ke arah daun pintu. Dia menyeka pantas airmata diwajahnya. Dia bangun. Tangannya pantas memasukkan semua pakaian ke dalam luggage lalu ditutup rapat. Dia kemudian menarik luggage sehingga ke muka pintu. Dia memutar sekilas, memeriksa jika ada barang yang tertinggal.

Saat pintu terbuka, terpancul susuk Ozan berdiri di muka pintu.
Huri terkedu.
Ozan terkedu.

"Awak nak kemana?" Soal Ozan gelabah saat melihat ada luggage disamping Huri.

Endless LoveWhere stories live. Discover now