Kecewa

65 1 0
                                    

Tap! Tap! Tap!

Derapan sepatu hak tinggi bergema disekitar ruangan. Celine dan Lara yang tadinya rancak berborak menoleh memandang kearah bunyi yang mengganggu perbualan mereka.

Bukan saja mereka, kesemua mata tertumpu hanya pada satu arah.

Seorang wanita bersusuk tinggi lampai, berdress biru cerah separas lutut, bersolekan tipis serta rambutnya dibiarkan terurai hingga ke bahu masuk ke syarikat Filiya. Lagaknya persis seorang hartawan. Apa saja yang dipakainya terlihat mewah, begitu anggun dan bergaya. Disampingnya ada seorang lelaki berpakaian kemas, bersut biru gelap. Ditangannya menjinjit briefcase. Mungkin lelaki ini adalah pembantunya.

"Merhaba Aslı Hanım, Erdem Bay. Hoş geldiniz " Sapa setiausaha merangkap PA Edric, Rakin, berjabat salam sesama mereka.

"Merhaba Rakin Bay, Hoş bulduk" sambut Aslı ramah.

"Buyurun (come in)" pelawa Rakin. Ketiga-tiga mereka melangkah masuk ke dalam bilik mensyuarat.

"bir saniye bekleyin, Edric Bay gelecek (just wait for a second, Mr.Edric will come)"
Aslı dan Erdem duduk sambil menanti kedatangan Edric.

Rakin keluar seketika. Beberapa minit kemudian, dia masuk semula bersama Edric dan Tarik.

"Hoş geldiniz Aslı Hanım, Erdem Bay" Sapa Edric seraya berjabat salam. Begitu juga dengan Tarik.

"Hoş bulduk Edric Bay, Tarik Bay" Sapa Aslı sambil menatap kearah Edric dengan tatapan yang berbeza.
Edric yang perasan, sekadar meremehkan hal tersebut.

Tarik juga perasan dengan cara tatapan Aslı terhadap Edric.

"Buyurun" pelawa Edric ramah.
"Bagaimana dengan Istanbul, dah sempat pusing-pusing? Atau masih jet lag?" Soal Tarik cuba berbasa basi.

Aslı sekadar ketawa perlahan.
"Cantik dan saya kagum melihat suasana kotanya walaupun jalan agak sesak." Dia menoleh memandang Edric.

"Tempoh 2 hari saya disini, mungkin tidak sempat untuk saya pusing sekitar Istanbul. Melainkan Tuan Edric yang bawakan" satu alisnya terangkat. Dia menatap Edric dengan tatapan yang menggoda.

Tarik menelan ludahnya. Dia menjeling sekilas ke arah Edric dan Rakin.

Edric tersengih. Sekilas dia melirik ke arah Rakin. Rakin hanya mengangkat kedua alisnya, semua jawapan ada pada bosnya. Dia tidak boleh membuat keputusan.

Kemudian dia menatap ke arah Tarik. Mereka saling berpandangan buat seketika. Segera Edric melarikan pandangannya.

"Ehem!" Kerongkongnya rasa tersekat. "Err.. Rakin yang pegang jadual saya. Saya perlu semak dulu sama ada saya sibuk atau tak dalam masa dua hari ni" sekali lagi Edric menjeling ke arah Rakin.

Rakin yang faham seraya mengangguk pantas.
"I-iya. Dia segera membuka tablet dihadapannya lalu menyemak jadual Edric."

"Tak perlu susah. Kita boleh pergi pada waktu malam, boleh kita dinner sekali. Bolehkan Tuan Edric" Aslı bersuara manja sambil satu tangannya menguis lembut belakang tangan Edric.

Edric yang gugup, perlahan menarik tangannya. Aslı tersenyum. Liar-liar merpati beginilah yang dia suka. Dia pantang bila ada lelaki yang menolak pelawaannya. Dia akan mencuba sampai dapat.

"Baiklah. Mungkin kita boleh ajak Tuan Tarik bersama." jawab Edric sekilas memandang Tarik.

Tarik mengangkat kedua tangannya. "Saya dah janji dengan seorang, maaf" jawab Tarik pantas.

Edric memejam matanya rapat. Dia mula mengutuk dirinya sendiri di dalam hati. Dia silap membuat keputusan tanpa mampu berfikir panjang. Dia hanya fikir mahu tamatkan mensyuarat secepat mungkin.

Endless LoveWhere stories live. Discover now