Pengorbanan

77 1 0
                                    


Keadaan kelihatan tegang dan suram. Semuanya masih lagi berada dalam keadaan terkejut dengan apa yang telah berlaku. Mereka hanya duduk dan menunggu di pintu bilik kecemasan dan menanti ia terbuka. Azra menilik jam ditangan, sudah hampir satu jam doktor melakukan pembedahan. Mata Azra berkaca. Dia meraup wajahnya berkali-kali, tidak percaya dengan apa yang terjadi. Dia tidak menyangka, Ilhan mampu bertindak seagresif itu.

"Hisk!"
"Azra..jangan macam ni." Pujuk Huri lembut. Dia memeluk bahu Azra cuba menenangkan rakannya.

Edric yang tadi sedang memberi keterangan kepada pihak polis, menoleh ke arah isterinya. Ozan, Fatih, Ece dan Hakan juga ada disitu, menunggu berita dari doktor.

"Sayang" panggil Edric. Tangisan Azra terhenti. Wajahnya tampak sugul dan tidak berdaya. Dia bangun lantas memeluk tubuh Edric erat. Dia menangis teresak-esak dalam pelukkan Edric.

Edric mengusap lembut belakang tubuh Azra,
"Semua ni salah saya. Ilhan datang sebab saya. Dia berdendam juga kerana saya. Hisk! Kerana dendamnya, Guçlu yang menjadi mangsa."

"Hey..hey.. syhh! Jangan cakap macam tu. Sayang tak salah. Semua ni salah Ilhan. Bangsat tu tak dapat lari jauh. Polis sedang mencari dia disetiap pelusuk tempat. Sekatan jalan juga sudah dibuat." Edric meleraikan pelukkan. Dia menekap wajah Azra dengan kedua tangannya. Airmata diwajah isterinya diusap lembut.

"Kita sama-sama berdoa semoga Guçlu selamat, ya" pujuk Edric lagi.
Azra mengangguk lemah.

Ozan dan Fatih berlari dapatkan doktor saat pintu kecemasan terbuka.

"Doktor..doktor, bagaimana keadaan Guçlu?" Soal Ozan resah. Sebagai seorang bos, dia sangat mengambil berat tentang kebajikan pekerjanya.

Doktor terdiam seketika. Kemudian menjawab,
"Kami dah berjaya keluarkan peluru yang ada dalam badan dia. Tapi.."

"Tapi kenapa doktor. Tolong doktor, selamatkan kawan saya" tangis Hakan. Dia rasa bersalah kerana melaporkan hal mengenai lelaki berjaket hitam itu kepada Guçlu. Jika tidak, sudah tentu kawannya masih selamat.

"Masih berlaku pendarahan dan hatinya rosak. Kami perlukan penderma sesegera mungkin. Setelah pendarahan tu berhenti, kami akan lakukan pembedahan yang kedua"

Azra terduduk dilantai. Dia menangis semahunya. Jika sesuatu yang buruk terjadi pada Guçlu, dia tidak akan memaafkan dirinya.

"Tolong doktor, saya bersedia dermakan hati saya kepada Guçlu" ujar Azra dalam tangisnya.

Semua yang ada disitu terkedu. Edric duduk,
"Tidak sayang. Saya tak izinkan" bantah Edric.

"Saya sanggup dermakan hati saya pada Guçlu" celah Hakan pantas.

"Saya juga" Ozan bersuara. Huri menatap sendu kearah Ozan. Ozan tersenyum walaupun dia sendiri sebenarnya takut.

"Baiklah. Kamu berdua boleh ke makmal untuk diperiksa sama ada sesuai ataupun tidak hati itu dipadankan dengan pesakit." Ujar doktor seraya berlalu.

"Ozan, Hakan, terima kasih" ujar Azra sebak. Dia mengumpul kekuatan untuk bangun. Edric memangku tubuh Azra supaya berdiri dengan baik.

Ozan dan Hakan tersenyum kelat. Mereka berdua sanggup berkorban demi mahu selamatkan nyawa Guçlu. Semua pekerja di Şans sudah dianggap seperti keluarga sendiri.

Edric membawa Azra duduk di bangku yang disediakan. Manakala Ozan dan Hakan berlalu ke makmal.

Hampir dua jam menunggu, doktor menghampiri Ozan dan Hakan yang duduk dikerusi menunggu.

"Hakan. Maaf, hati kamu tidak sepadan dengan pesakit. Tapi..hati Ozan sepadan dengan pesakit."

Ozan meraup wajahnya lega. Dia berharap pembedahan ini berjaya dan Guçlu dapat diselamatkan.

Endless LoveWhere stories live. Discover now