Cari tahu

113 3 0
                                    

Jari runcing Ece mengetuk perlahan permukaan meja makan. Azra yang duduk berhadapan dengannya hanya menopang dagu menunggu kedatangan Ozan.

"Mana dia ni? Dah berjam-jam kita tunggu!" Omel Ece geram. Dari jam 8 pagi menunggu dan sekarang sudah hampir 10 pagi, bayang Ozan masih belum kelihatan.

"Kau ni..sabar la.. sekejap lagi dia sampai la tu" pujuk Azra cuba mententeramkan hati sahabatnya.

"Hah!" Azra mengangkat tinggi tangannya, melambai kearah Ozan yang tersenyum dari jauh saat melihat Azra dan Ece datang ke restorannya.

"Azra, Ece. Ada apa hal datang ke sini? Dah lama sampai?" Soal Ozan lantas duduk di sebelah Azra.

"Tak lama.. baru dua jam!" Jawab Ece sebal.

"Allah..Allah.. kenapa datang tak beritahu? Macam ada hal penting je? Kenapa tak call dulu kata nak datang sini?" Ozan memandang Azra dan Ece bergantian.

Azra menggaru kepalanya yang tidak gatal. Macam mana mereka hendak hubungi Ozan jikalau nombor telefon Ozan pun mereka tidak ada.

"Maaf, kami tak ada contact number awak" balas Azra sambil tersenyum sungging.

"Allah..Allah.. kenapa tak minta pada Edric?" Soalnya hairan. Azra nampak gugup.

"Ed..Edric tak tahu kami ke sini" beritahu Azra jujur.

"Ozan" panggil Ece. Dia tidak mahu mereka bahas hal lain yang tidak penting. Yang penting baginya sekarang adalah Huri.

Ozan memandang kearah Ece yang berada di hadapannya.

"Apa hubungan kau dengan Huri?" Soal Ece terus terang.

Dahi Ozan berkerut. Tapi wajahnya tetap nampak tampan dan tenang.

"Kenapa, ada apa-apa yang terjadi pada Huri ke?"

"Yok. Huri şimdi İzmir'de (No. Huri is now in Izmir)" celah Azra bersuara lanjut.

"evet, biliyorum (yes I know). Eei..?"
Azra dan Ece berpandangan.

"Girls?" Panggil Ozan setelah kedua wanita di hadapannya membisu.

"Ozan.. sen ve Huri...(you and Huri)" kata-kata Azra tergantung seketika.

Ozan sudah tahu kemana arah perbualan dua wanita dihadapannya ini.

"Bak (look). Ben ve Huri birbirinizi tanımaya çalışın ( me and Huri try to know each other). Huri'yi severim (I like Huri)." Jawab Ozan terus terang.

"Eei?" Celah Azra.

"ona aşığım (I'm in love with her)" jawab Ozan jujur.

"Ooha!" Azra terpegun dengan luahan Ozan yang nampak jujur.

"Eei?" Celah Ece pula.

"Ama.. o kaçmaya çalışıyor gibi (but...like she's trying to escape)" keluh Ozan perlahan. Nadanya tak ubah seperti orang yang kecewa.

"neden (why)" soal Azra dan Ece serentak.

"bilmem (I do not know)" balas Ozan buntu.

Azra kembali menopang dagu. Dia sendiri tidak mengerti apa yang sedang berlaku pada sahabatnya, Huri. Sebelum ini, dia tahu Huri tidak punya sesiapa dalam hidupnya. Tapi kenapa Huri tidak mahu menyambut baik kedatangan Ozan dalam hidupnya?

"Ozan, try harder. Awak tak boleh mengalah. Kami dah kenal Huri lama, dan kami tahu, dalam hidup Huri masih belum ada sesiapa." Jelas Azra.

"Maksud awak?" Soal Ozan yang nampak sedikit teruja dengan kata-kata Azra.

Endless LoveWhere stories live. Discover now