Filiya

83 2 0
                                    

Tasik Semora terbentang indah di hadapan Azra. Jiwanya rasa tenang saat melihat beberapa ekor itik berenang dengan riang. Terukir satu senyuman manis dibibirnya.

Tasik Semora adalah tasik buatan yang dibuat oleh ayah Edric dan diberikan nama Semora sempena nama ibunya, nenek kepada Edric.

"Azra" Azra menoleh saat namanya dipanggil dengan tonasi suara yang lembut.

"Mama" panggil Azra manja. Satu tangannya pantas terhulur lantas memeluk erat pinggang Fusun. Kepalanya perlahan dilentokkan di bahu mama mertuanya.

"Lama mama lihat anak mama termenung disini. Azra ada masalah dengan Edric ke?" Azra menggeleng pantas.

"Dah tu kenapa? Cuba kongsikan dengan mama. Hanya wanita yang faham isi hati wanita." Seloroh Fusun disambut tawa oleh Azra.

"Azra cuma rindukan Edric." Luah Azra dengan nada sayu.

Setelah selesai membayar wang denda kepada syarikat Axevent, selang beberapa hari setelah itu, Edric mengkhabarkan padanya bahawa dia harus ke Itali atas urusan kerja selama satu minggu.

Kerana terlalu risaukan isterinya yang bersendirian di rumah, Edric menghantar Azra ke rumah orang tuanya.

"Kesian anak mama. Bukankah lebih baik jika Azra ikut Edric ke sana. Boleh berbulan madu sekali."
Ujar Fusun sambil membelai lembut rambut Azra.

Azra hanya mengulum senyum.
"Edric tak benarkan. Dia pergi atas urusan kerja je ma dan dia taknak Azra duduk je dalam hotel, tak buat apa-apa. Dia taknak Azra bosan sendirian." Beritahu Azra jujur. Itulah yang dikatakan oleh Edric dua hari lepas kepadanya.

"Dan sekarang, Azra tak bosan?" Azra yang tadi memeluk tubuh mama mertuanya, lantas mendongak.

Azra menggeleng.
"Kenapa?" Soal Fusun.

"Sebab ada mama dengan Azra" balas Azra manja lantas menghulurkan satu tangan lagi, memeluk erat tubuh gempal Fusun.

Fusun hanya ketawa melihat gelagat menantu satu-satunya itu.

...

Şans

Pengunjung semakin ramai datang untuk menjamu selera di restoran milik Ozan. Rata-ratanya ingin merasai resepi terbaru yang sering meniti di bibir setiap pengunjung yang hadir.

"Golden mountain"

Ozan tidak putus-putus menyiapkan pesanan dari para pelanggan yang hadir, sambil dibantu oleh beberapa orang kakitangannya di belakang.

Seorang wanita melangkah masuk lalu menghampiri kaunter.

"Hoş geldiniz Huri Cim" Sapa penjaga kaunter. Tag namanya tertera tulisan HAKAN.

"Hoş bulduk, Hakan" balas Huri ramah.
"Ozan var mı?" Soal Huri mengenai keberadaan Ozan.

"Var. Mutfakta" balas Hakan ramah.

"Sağ ol, Hakan. Kolay iş (thanks, easy work)" balas Huri lantas melangkah masuk ke arah satu pintu yang berada hampir dengan kaunter. Dia masuk ke bahagian dapur yang terletak di sudut belakang restoran.

Wajah Huri terukir senyum manis saat melihat kekasih hatinya sedang sibuk menyiapkan pesanan dari para pelanggan.

"Merhaba aşkım" Sapa Huri lantas berjalan menghampiri Ozan.

Ozan yang tadinya leka melakukan tugas, mendongak saat mendengar suara yang sangat dirinduinya.

"Sevgilim" Sapa Ozan sambil mengukir senyum lebar. Dia menghampiri Huri lalu mencium lembut pipi kekasihnya.

"Tahniah dengan menu terbaru." Ucap Huri sambil memandang ke wajah Ozan. Itulah tujuan sebenar kedatangannya.

"çok sağ ol" balas Ozan dengan hati yang berbunga.

Endless LoveWhere stories live. Discover now