Perhatian

164 2 0
                                    

Grummmm!!! Dentuman guruh menakutkan Azra. Dia terus memeluk erat tubuh Edric.

"Edric! Saya takut" ujar Azra sambil menyembamkan wajahnya pada dada Edric. Langkah mereka terhenti seketika saat hujan rintik mulai turun. Edric berhenti di gigi jalan. Dia meletakkan motor di celah semak.

"Kita masuk ke dalam hutan ni dulu ya. Mana tahu kalau ada tempat untuk kita berteduh seketika. Lepas hujan berhenti, kita sambung semula perjalanan." Ujar Edric membuat Azra semakin takut.

"Kenapa nak masuk dalam hutan? Bukankah lebih bahaya. Tolong, saya tak mahu. Mama!!!" Tangis Azra. Situasi apakah ini?
Hujan semakin lebat.

"Azra! Azra! Percaya dengan saya. Saya takkan biarkan sesuatu yang buruk berlaku pada awak. Saya janji" Edric menangkup wajah Azra dengan kedua tangannya, cuba menyakinkan dan menenangkan Azra.

Azra memandang tepat ke mata Edric. Dia kemudian mengangguk pantas. Kedua mereka sudah basah kuyup.

"Mari" Edric menggenggam tangan Azra menyusuri kawasan hutan tebal. Edric mengeluarkan handfonenya lalu menyalakan flashlight. Hutan yang kelam tadi menjadi terang.

Azra semakin erat memeluk tangan Edric. Dia menoleh ke kiri dan kanan kerana ketakutan.

"Lihat disana. Seperti ada sebuah pondok. Mari" kedua mereka berjalan menghampiri pondok yang agak usang. Mereka berhenti berteduh buat seketika.

Tubuh keduanya menggigil kesejukkan. Edric bertindak membuka bajunya yang basah lalu disidai di tingkap pondok. Dia memandang ke arah Azra yang masih menggigil kesejukkan.

"Azra, kesini" panggil Edric. Azra terkedu melihat Edric yang tidak berpakaian menampakkan otot badannya yang tegap.

"Kenapa awak tanggalkan pakaian? Bukankah akan lebih sejuk" suara Azra hairan.

"Baju saya dah basah. Nanti akan lebih sejuk kalau saya terus memakainya." Edric memandang Azra dari atas hingga ke bawah. Baju yang dipakai Azra juga sudah basah. Azra perasan dengan cara tatapan Edric terhadapnya. Dia menyilangkan tangannya di dada.

"Awak jangan macam-macam Edric. Jangan nak suruh saya tanggalkan baju macam mana yang awak lakukan" ujar Azra dalam keadaan kesejukkan.

Edric terkekeh ketawa. Dia tidak menyangka, Azra akan berfikir sejauh itu.

"Saya takkan suruh awak tanggalkan pakaian. Awak duduk sini" arah Edric sambil menepuk bahagian kosong disisinya. Edric bangun, dia cuba mengumpulkan kayu-kayu kering yang ada di dalam pondok usang itu. Lantai simen memudahkan dia untuk cuba menghidupkan api.

Azra hanya memerhatikan pergerakkan dan tingkah laku Edric. Batu yang digeselkan Edric mengeluarkan percikkan api dan terus menyambar kayu-kayu kering yang telah dikumpul oleh Edric awal tadi.

"Impressive" puji Azra kagum dengan kehebatan Edric.

"Mari duduk disini" Edric memberikan ruang sisinya. Azra bangun, duduk bersebelahan dengan Edric. Sesekali tangannya yang dingin di dekatkan dengan api.

Tubuh Azra masih menggigil kesejukkan. Edric semakin risau. Dia bertindak menarik Azra lebih dekat padanya lalu memeluk erat tubuh Azra.

"Biar kita dalam keadaan begini buat seketika. Saya akan cuba panaskan badan awak" ujar Edric atas sikap tanggungjawabnya. Azra tidak membantah. Dia juga fikirkan perkara yang sama.

Tubuh Edric yang tidak berpakaian terasa hangat dan nyaman buat Azra. Bahang api dan suhu badan Edric yang hangat sedikit sebanyak mengurangkan rasa sejuknya.

Azra memeluk tubuh Edric semakin erat. Kedua tangannya melingkar di tengkuk Edric dengan spontan membuatkan Edric tergamam. Aderalinnya terasa mengalir keseluruh badan.

Endless LoveWhere stories live. Discover now