ALUNAN bacaan surah Yasin menyapa gegendang telingaku. Bawah bibirku digigit. Perasaan sedih semakin menyerang jauh ke kalbuku. Aku tatap wajah ibuku buat kali terakhir. Kerana, dia bakal menghadap Ilahi.
Aku menolehkan kepalaku ke belakang. Figura gadis 7 tahun jelas kelihatan. Adik saudaraku, Syahira sedang dibuai mimpi ngeri.
Sesekali nama ibuku disebut oleh Syahira. Kemudian aku memandang wajah Zara. Dia memandang wajah adiknya dengan pandangan sayu. Sesekali kepala adiknya diusap lembut.
"Maafkan Syahira, Hani. Kalau Syahira tak kena culik mesti Mak Long..." dahi aku berkerut. Nada suaranya kedengaran sedih.
"Zara. Jangan cakap macam tu. Syahira tak bersalah. Dia yang tengok pembunuhan ibu saya. Ye, saya akui yang pembunuhan tu sangat..." mataku berkaca. Hatiku semakin pedih. Aku tak tengok macam mana ibuku kena bunuh. Ibuku dibunuh sebab ibuku ingin menyelamatkan Syahira yang diculik.
"Kakak..." Aku menoleh kepalaku ke arah suara memanggilku. Sayu sahaja suara itu. Gadis yang matanya dibalut dengan kain. Ku pandang dengan perasaan sayu.
"Razia nak tengok muka ibu buat kali terakhir... Baru je ayah pergi tahun lepas. Kenapa ibu pula Allah ambil?" tangisan yang aku tahan dari tadi akhirnya mengalir laju di pipiku. Suara adikku kedengaran serak-serak basah. Lantas, aku memeluk tubuh kecil adikku itu.
"Maaf dik... Kalau adik tengok jasad tak bernyawa ibu. Mesti adik menangis. Jangan risau. Kakak ada dengan adik," air mataku semakin galak mengalir. Kenapa Allah uji aku macam ni? Tak cukup Allah ambil nyawa orang yang paling aku sayang. Dia mengambil nikmat perlihatan adikku. Disebabkan adikku ingin menolong Syahira dari kena culik. Kedua-dua matanya dicucuk dengan pisau. Kini, Razia disahkan buta selamanya!
Aku tersentak apabila seseorang mengusap lembut belakang badanku. Aku mengerling figura yang sedang mengusap lembut belakang tubuhku. Dia memandang wajahku dengan pandangan sayu.
"Kak Hani. Tolong jangan nangis. Mak Long mesti sedih kalau tengok Kak Hani menangis. Setiap yang hidup pasti akan menghadap kematian," kata-kata Mira membuatkan aku mengesat air mata. Mira tersenyum pahit. Dia memandang wajah kakak kembarnya. Mendengar esakan Syahira yang sedang tidur membuatkan Mira mengetap bibir. Mira cuba menahan diri dari nangis.
"Razia tak akan maafkan orang yang bunuh ibu," Aku memandang semula wajah Razia. Dia mengetap bibir. Dia tak boleh menangis akibat kecederaan di matanya.
"Hutang darah kena bayar dengan darah!" kemarahan Razia semakin mencurah-curah di lubuk hatinya. Bibir Razia menggigil. Sebelah tangannya digenggam kuat. Bunyi guruh kedengaran sangat kuat!
"Jangan Razia. Kita hanya bawa dia ke muka pengadilan. Bukan dengan cara membunuh," Aku cuba menenangkan kemarahan Razia. Sesekali, aku mengusap belakang badannya. Sirih berganti cahaya guruh menyinari wajah Razia penuh dendam.
"Mak Long... Hira nak Mak Long... Mak Long dekat mana...?" rintihan Syahira cukup membuatkan aku terkedu. Bibirku menggigil hebat. Melihat Syahira terjaga dari tidurnya membuatkan aku tersentak.
"Mak Long!" nafas Syahira tercungap-cungap. Peluh dingin menitis di dahinya. Dia memandang wajahku dan Zara. Kemudian dia memandang sekeliling.
"Mak Long mana? Mak Long hidup lagi kan?" pertanyaan Syahira membuatkan aku memeluk tubuh kecilnya. Pelukanku semakin erat. Esakanku semakin kuat kedengaran. Zara mengetap bibir. Dia cuba untuk menahan tangisan.
"Mak Long dah tak ada Hira... Ibu dah tinggalkan kakak..." esakan Syahira kedengaran. Dia menggelengkan kepalanya.
"Tak... Hira... Hira baru jumpa Mak Long... Mak Long ada lagi... Betul Hira tak tipu!" akhirnya, esakan yang ditahan oleh Zara dan Mira mula kedengaran. Masing-masing menundukkan kepalanya ke bawah. Syahira meleraikan pelukanku. Dia memandang jasad tak bernyawa ibuku. Dia terus berlari mendekati jasad ibuku.
"Tak... Tak mungkin... Mak Long! Bangun Mak Long... Jangan buat Hira macam ni!" Aku memandang wajah Syahira. Jelas, Syahira sedang memeluk jasad ibuku. Air mata Syahira jatuh ke kain kafan ibuku.
Masya meleraikan pelukan Syahira dari memeluk tubuh ibuku. Dia terus memeluk tubuh Syahira.
"Jangan Syahira... nanti Mak Long terseksa dekat sana." Air mata Masya turut mengalir. Dia mengusap lembut bahu adiknya. Air hujan membasahi bumi. Guruh semakin lama semakin kuat kedengaran. Cahaya guruh terpancar di tingkap rumahku.
Aku merasakan duniaku semakin gelap. Kenapa Ya Allah... Aku tak kuat untuk ujian-Mu kali ini. Ibuku, Aryana Afikaq. Wanita bekerja sebagai polis berpangkat ASP. Orang yang selalu aku mengaduh kesedihan walaupun ibuku sibuk. Orang yang jadi tulang belakangku sejakku kecil. Telah terpergi buat selamanya. Macam mana aku nak teruskan hidup tanpannya?
Bersambung...
Assalamualaikum. Maaf sekiranya ada kesilapan.
Tag:Angel_k20
YOU ARE READING
Mr.CEO & Miss.Cafe {Completed}
Short StoryShort story challenge by @Angel_k20 Hani Qistina- dia pemilik Cafe The Three Colors Rose. Perwatakan yang lemah lembut dan baik hati membuatkan pekerja selesa dengannya. Dia mempunyai sejarah hitam yang membuatkan dia kehilangan seorang insan yang p...