"RAZIA! Bangun!" dengan cemas lelaki itu memanggil Razia. Topeng muka ditarik kemudian di campakkan. Dia menepuk pipi Razia dengan lembut. Tangannya sudah berlapik dengan sarung tangan untuk mengelakkan dia menyentuh kulit dengan Razia. Razia perlahan-lahan membuka matanya. Alangkah terkejutnya apa yang dia lihat sekarang.
"Ik...Ikwan..." Ikhwan tersenyum nipis. Rambutnya sedikit serabai. Melihat wajah pucat Razia membuatkan hati Ikhwan tidak tenteram!
"Kau boleh bangun tak?" Razia hanya mampu menggelengkan kepala. Tubuhnya sangat lemah. Ikhwan melepaskan keluhan berat. Dia terus memapah Razia.
Zufar mengerlingkan matanya ke kiri. Dia terus menendang betis Ikhwan dengan kuat.
"Aduh! Kau ni tak nampak ke aku tengah papah Razia!" tempikan Ikhwan membuatkan Zufar menjulingkan matanya ke atas.
"Balasan sebab kau tendang aku betul-betul! Sakit kau tahu tak!" marah Zufar. Dah lah kena tendang dengan kawan baik sendiri. Kini, ditambahkan pula kena tikam sedalam 2 inci!
"Hoi hoi hoi. Keluarlah cepat. Kau orang nak tunggu musuh masuk buat pesta ke?" mendengar satu suara dari earphones. Zufar mengetap gigi.
"Kau Key. Dah buat salah dengan aku. Baik diam!" Zufar mengerling ke CCTV yang tersorok di bilik seksaan itu. Dia teringat kejadian 1 jam sebelumnya.
"Aku kena selamatkan Hani!" Zufar bangun dari duduknya. Baru sahaja dia ingin membuka pintu bilik perjabatnya. Langkahnya terhenti apabila satu suara dari laptop Khalif menampar-nampar gegendang telinganya.
"Khal. Kami perlukan bantuan. Target kita, Hani dan Razia masih tak dapat diculik." Muka Khalif pucat tak berdarah. Dia mengerlingkan matanya ke wajah Zufar. Jelas, wajah dingin dipamerkan oleh Zufar.
"Kau belot aku?" nada suara Zufar naik seoktaf. Wajahnya dibengiskan. Khalif bangun dari duduknya. Dia mendekati Zufar.
"Zen. Bagi aku jelaskan." Takut-takut, Khalif berkata. Zufar berlari ke arah Khalif. Baru sahaja dia ingin menumbuk Khalif. Ikhwan memengang lengan Zufar.
"Zen! Bertenang!" Zufar menarik pengelangan tangannya.
"Kau suruh aku bertenang? Dia belot kita! Kau tak tahulah perasaan aku bila saudara sendiri sanggup tikam belakang aku!" Tempikan Zufar membuatkan Khalif menundukkan kepalanya.
"Dia menyamarlah! Kau fikir dia nak jadi pembelot? Dia ni terlalu lurus bendul kalau nak jadi pembelot sebenar." Bantah Ikhwan. Walaupun Khalif pakar dalam dunia IT. Tapi dia terlalu polos hingga tak ada rahsia untuk disimpan. Khalif mencebik. Sempat pula Ikhwan kutuk dia.
"Perangai adik saudara sendiri pun lupa." Omel Ikhwan lagi. Zufar berdegus geram. Mana dia tahu yang Khalif menyamar. Dia pun tak bagitahu plan tu awal-awal.
"Sampai hati. Kau orang patut berterima kasih sikit dekat aku. Kalau tak disebabkan rancangan aku. Kau orang tak dapat masuk dekat sini." Key mencebik. Jari-jemarinya masih lagi menari-nari di keyboard.
Dia ingin memberi data musuh kepada hacker White Rose. Sesekali dia mengerling ke belakang. Jelas kelihatan musuh terbaring tidak sedarkan diri.
"Apa-apa je lah..." ujar Zufar dan Ikhwan serentak. Mereka melangkah ke pintu keluar. Namun, baru sahaja mereka ingin keluar dari situ. 20 konco-konco musuh menghalang laluan mereka.
"Damn!" Zufar mengetap gigi. Rasa sakit akibat ditikam di bahagian abdomen masih terasa. Sukar untuk bergasak. Keluhan berat terlepas dibibirnya. Nak tak naik dia kena bergasak juga.
Ikhwan dan Zufar menyandarkan tubuh Hani dan Razia ke dinding. Baru sahaja mereka ingin membuka langkah. Kedengaran seseorang melepaskan beberapa anak panah. Apabila tubuh musuh terakhir tumbang. Jelas kelihatan satu figura sedang memegang busu. Angin kencang menampar-nampar tubuh figura itu.
YOU ARE READING
Mr.CEO & Miss.Cafe {Completed}
Short StoryShort story challenge by @Angel_k20 Hani Qistina- dia pemilik Cafe The Three Colors Rose. Perwatakan yang lemah lembut dan baik hati membuatkan pekerja selesa dengannya. Dia mempunyai sejarah hitam yang membuatkan dia kehilangan seorang insan yang p...