Chapter 1

1.3K 42 5
                                    

12 tahun kemudian.
****************

LELAKI berkot hitam melangkah masuk ke dalam kedai Cafe The Three Colors Rose. Matanya mengilau mencari kawannya. Apabila matanya menangkap figura berkemeja putih dia terus mendekati kawannya.

"Hoi!" tanpa sebarang salam Zufar terus menyerbu kawannya. Bahu lelaki berkemeja putih itu terus terhinjut. Terkejut apabila kawannya menepuk meja makan.

"Kau ni Islam kan? Bagilah salam!" marah Ikhwan. Giginya diketap. Geram apabila kawannya selamba badak duduk di hadapannya.

"Ha yelah ustaz. Assalamualaikum," sinis sahaja Zufar berkata. Ikhwan memandang wajah Zufar dengan tajam. Dia berdengus geram.

"Waalaikumussalam!" dengan nada kasar Ikhwan menjawab salam. Dia terus membuka fail di atas meja. Helaian dengan helaian kertas diselak dengan kasar.

"Sabarlah Dr. Ikhwan," Zufar terus menyilangkan kakinya. Dia berpeluk tubuh. Senyuman sinis terlakar.

"Patutnya kau cakap dekat diri kau sendiri, Zufar!" marah Ikhwan. Zufar memandang wajah Ikhwan dengan pandangan tajam. Nampaknya kawannya mula memerlinya. Tahulah dia bukan seorang yang penyabar.

"Kau ni memang..." kata-kata Zufar terus terhenti apabila baju blazernya dibasahkan. Dia memandang manusia yang menyimbah air kopi di bajunya. Gigi diketap kuat apabila gadis berumur 23 tahun berdiri di hadapannya.

"Maaf Encik! Saya betul-betul tak sengaja," gadis itu terus menundukkan badannya berkali-kali. Zufar tak peduli kata maaf gadis itu terus mencampak gelas ke atas lantai.

"Masya!" Hani terus menjauhkan kaki Masya dari terkena kaca. Ikhwan terkedu dengan tindakan kawannya. Inilah! Bila orang tegur mulalah terasa. Tapi itu hakikatnya!

"Kau berapa lama kerja dekat sini hah?" nada suara Zufar naik seoktaf. Meja ditumbuk kuat. Pandangan tajam diberikan kepada Masya.

"Dahlah miskin! Kalau aku suruh kau bayar balik baju aku takkan mampulah kau!" Zufar menuding jari telunjuknya ke wajah Masya. Gigi Masya diketap kuat. Miskin? Hei! Dia hanya tolong kakak saudaranya sahaja.

Kalau mamat sombong nak mampus ni tahu yang dia saintis termuda di Malaysia. Mahu lelaki di hadapannya itu terngangap sampai subuh!

"Maaf tuan. Pekerja saya betul-betul tak sengaja," Hani cuba menenangkan hati Zufar. Kini, pandangan tajam Zufar beralih ke wajah Hani.

"Jadi engkau lah owner kedai ni? Kau ni tak reti cari pekerja ke apa? Kalau aku jadi kau. Aku pecat je pekerja kau ni! Menyusahkan orang!" kemarahan Zufar membuatkan Hani menundukkan kepalanya ke bawah. Dia tak berani melihat wajah menakutkan Zufar.

"Ma..maaf tuan. Berapa harga baju tuan ni. Biar saya bayar," dengan keberanian yang tersisa di jiwanya. Hani bertentangan mata dengan Zufar.

"30 ribu ringgit. Kau mampu? Ala. Murah je..." Zufar tersenyum sinis melihat muka terkejut Hani. Mata Hani terkebil-kebil. 30k dia kata murah?

"Mahalnya! Baju tuan ni disaluti dengan emas ke?" mendengar pertanyaan kakak saudaranya membuatkan Masya menepuk dahi. Nampok kebenor menipunya!

"Tak payah nak menipu! Baju tu tak sampai 1 ribu pun. Apasal nak kecoh sangat?" Hani menoleh kepalanya ke belakang. Alangkah terkejutnya Razia ada di belakangnya. Renungan tajam Razia dibalas dengan pandangan dingin Zufar.

"Lagi satu. Tak takut dosa ke? Kau tahu tak menipu tu dosa besar? Mentang-mentang kakak aku tak pandai fesyen!" Hani terkedu melihat Razia marah. Zufar memandang gadis berpakaian serba hitam penuh sinis.

Mr.CEO & Miss.Cafe {Completed}Where stories live. Discover now