Umar yang melihat kos pembelanjaan Masya terdiam seribu bahasa. Peluh dingin membasahi wajahnya. Air liur ditelan kelat. Sejujurnya dia sendiri terkejut bertapa borosnya isterinya!
"Sayang." Masya yang memasang langsir raya berpaling ke belakang. Mata bulatnya memandang wajah suaminya. Menanti apa yang suami ya ingin disampaikan.
"Kenapa mahal sangat barang sayang? Mesin basuh baru. Tv baru. Sofa baru. Baju duduk rumah pum baru? Sayang. Orang pun beraya juga. Tapi, tak adalah semua nak tukar baru. Kalau semua nak tukar baru. Abang nak cari bini barulah." Baru saja Umar berpaling ke belakang. Kepalany terasa dipukul dengan benda kesar. Nafas Masya turun naik. Gigi diketap kuat. Geram!
"Orang tak guna pun duit awak. Kenapa nak cari lain? Suka hati oranglah nak sedekah! Apa? Orang tak boleh buat baik ke?" Naik seoktaf suara Masya. Matanya berkaca. Hatinya snagat hancur. Nampak sangat Umar ada hati nak tambah lagi satu.
"Awak tak sayang saya kan? Saya benci awak!" Dengan kasar, Masya berpaling semula ke hadapan. Hampir menitik air matanya teringat kata-kata suaminya. Jiwanya sangat rapuh. Jangan cakap. Dia sendiri pun tak tahu, kenapa dia sangat sensitif.
Masya tersentak. Matanya terasa pedih. Ah! Habuk masuk mata!
Kaki berundur beberapa tapak ke belakang. Tanpa dia sedar, kakinya betul ke hujung meja. Tubuhnya tidak dapat diseimbangkan!
"Ahg...!" Masya menjerit nyaring. Nampaknya dia terjatuh!
"Sayang!" Dahi Masya berkerut. Terasa tubuhnya dipeluk erat dari belakang. Apabila dia mencelikkan mata. Matanya memandang tangan kekar yang memeluk tubuh kecilnya.
"Sayang tak apa-apa ke?" Masya berpaling ke belakang. Alangkah terkejutnya melihat wajah memerah suaminya. Jelas, ketakutan terpancar di wajah Umar!
"Boleh tak kalau buat kerja berat tu bagitahu abang? Kalau ada-ada terjadi dekat sayang macam mana?" Kali ini nada suara Umar sedikit kasar. Terkejut dengan situasi ini.
"Awak dah kenapa marah saya! Kalau tak ikhlas. Jangan tolong!" Mata Umar membulat besar terkejut apabila Masya meninggikan suara.
"Ahg!" Tubuh Umar tertunduk apabila Masya menyiku perutnya. Dahinya berkerut menahan kesakitan. Tak cukup dengan dada bidangnya disiku kasar!
Terbatuk keras Umar dibuatnya. Dengan lemah, Umar mencelikkan mata. Melihat Masya ingin pergi. Pantas, lengan Masya digenggam erat.
"Aa... Abang takut apa-apa ter...jadi dekat sayang..." Bersusah payah Umar meluahkan apa yang terbuku di lubuk hatinya. Mata Masya membulat besar apabila sekali lagi, Umar memeluknya dari belakang. Nafas Umar turun naik. Menahan kesakitan.
"Maaf... Abang tak berniat marah sayang..." Bibir Masya menggigil hebat. Mata berkaca mendengar suara Umar serak-serak basah. Tubuhnya masih terkaku dengan pelukan hangat Umar.
"Abang nak duakan Masya ke...?" Umar tersentak. Matanya membulat besar. Pantas, Umar mengeratkan lagi pelukannya.
"Nak jaga sayang pun abang sesak nafas. Inikan nak duakan? Hu... Abang mengalah awal ye sayang." Masta tertawa besar. Faham apa yang cuba Umar sampaikan. Dia, detektif persendirian. Sama juga dengan suaminya. Setiap kali ada misi. Memang suaminya jaga dia. Hmm... Banyak kali suami dia kena masuk hospital sebab selamatkan dia.
"Betul?" Umar mengeluh kasar. Pantas, tubuh isterinya dipusingkan menghadapnya.
"Abang nak hidup tau. Kakak awak tu pun boleh tahan garang juga. Mahu abang kena pancung." Sekali lagi, Masya tertawa besar. Zara memang garang. Teringat pula bila pekerja zara buat hal dulu. Hu... Menyeramkan!
"Dah! Jangan nak merapu lagi. Pergi dapur sekejap. Abang ada masak. Biar abang pasangkan langsir." Masya tersenyum nipis. Kepala diangguk. Tak lama kemudian suaminya memanjat meja. Dengan lincah, Umar memasang langsir. Mata Masya tidak lepas melihat Umar membuat kerja. Ah! Suaminya memang hot!
............
Masya meletakkan nasi ke dalam mangkuk kaca. Dengan berhati-hati, dia meletakkan nasi itu ke meja makan.
Terasa seseorang memeluknya dari belakang. Bau peluh menusuk ke rongga hidung Masya. Senyuman Masya semakin lebar. Dengan ekor matanya, jelas Umar meletakkan dagu ke bahunya.
"Abang pakai perfume ke bila buat kerja. Wangi." Umar mencelikkan matanya. Ekor matanya melihat wajah polos isterinya. Dengan lembut, pipi mulus isterinya diusap lembut.
"Tak... Abang tak mandi lagi." Mata Umar membulat besar apabila Masya memeluknya. Leher suaminya dihidu sepuas hatinya. Rasa tak puas!
"Sayang. Kita nak buka puasa ni. Jangan batalkan puasa abang." Umar menjauhkan tubuh Masya darinya. Risaulah dia dengan Masya ni!
"Yelah... Cepatlah duduk." Akhinya Masya mengalah. Walaupun hatinya sedikit terasa. Tapi, dia perlu faham.
"Esok nak datang rumah kak Hani, kan?" Umar tersenyum nipis. Kepala isterinya diusap lembut. Geram juga dengan wajah polos isterinya.
"Ye. Nanti..."
Kata-kata Umar terhenti apabila azan maghrib sudah berkumandang. Lantas, Umar membaca doa untuk berbuka puasa. Mendengar Umar sudah mengaminkan doa. Dengan rakus Masya meratah hidangan yang suaminya masak.
Senyuman Umar semakin lebar. Comel melihat Masya melahap.
......
Masya memandang suaminya sudah duduk di atas kerusi. Dengan penuh hormat. Masya menundukkan kepala. Tangan suaminya dikucup lembut. Dahi Umar berkerut. Terasa ada kertas di tangan isterinya.
"Dr.Gila hati Masya... Maafkan Mas kalau Mas selalu kasar dengan abang. Selamat hari raya..." Umar tertawa besar mendengar celoteh Masya. Kepala Masya diusap lembut. Kepala tergeleng. Geli hatinya melihat mata bulat Masya.
"Hais... Nasib sayang professor ego saya seorang ni. Ye... Abang maafkan. Selamat hari raya..." Mata Masya menbulat besar. Pantas, dia merapatkan jaraknya dengan Umar.
"Tahniah, jadi ayah." Mata Umar terkebil-kebil. Pantas, Umar melihat kertas di tangan isterinya. Gambar X-Ray kandungan Masya.
Tak lama kemudian wajah jelita isterinya ditatap, lama. Tangan isterinya digenggam erat.
"Betul ke sayang?" Semakin lama, senyuman Masya semakin melebar. Kepala terangguk. Meyakinkan suaminya.
Tidak dapat menahan rasa gembira, tubuh Masya dipeluk erat. Hampir tumpah air matanya mengenangkan hadiah isterinya.
"Terima kasih, bagi abang hadiah untuk hari raya ni.
"Zufar! Iqmal! Aku bakal jadi bapak!" Semua orang terkejut. Masing-masing memandang wajah Masya. Lantas, Zara memeluk erat tubuh adiknya.
"Betul ke, kak Masya?" Masya tersentak apabila Syahira menggenggam erat tangannya. Mata bulat Syahira terkebil-kebil. Tak percaya!
"Ye..." Kepala adiknya diusap lembut. Gembira apabila senyuman adiknya semakin lebar.
"Yey! Dapat duit raya lebih!" Mata Umat membulat besar. Kemudian dia memandang sampul raya yang bakal diberi pada saudaranya. Keluhan berat terlepas.
"Habislah duit raya aku..." Umar tersenyum paksa. Tak apalah. Janji, hatinya gembira.
"Anak-anak! Cepat beratur." Mendengar apa yang baru Umar ucap tadi. Panjang sudah orang beratur di hadapannya. Kalau saudara Masya saja yang beratur depan dia. Tak apalah.
Zufar! Iqmal! Kau buat apa dekat situ? Soarang CEO. Sorang lagi pengurus Syarikat. Dah kenapa nak mintak duit raya juga? Ei! Sabar jelah.
"Wei. Tahun lepas Umar bagi lima puluh, kan?"
"Haah. Bini aku pun cakap macam tu juga. Mana tahu... Rezeki kita dapat seratus pula tahun ni..." Celoteh Zufar cukup mengejutkan Umar. Ternganga Umar mendengar. Bongok! Dah kenapa nak duit raya dia pula? Ei!
Memang nak buat dia pokai ke apa? Nak marah. Tapi sayang kawan!
"Memang sepanjang hari raya aku makan buburlah..." Keluhan berat terlepas dibibirnya. Matanya memandang tajam wajah Zufar dan Iqmal rancak bergosip. Menyesal pula letak duit raya dalam sampul RM 200. Nak putar balik masa, boleh tak?
Huh! Menyesal!
YOU ARE READING
Mr.CEO & Miss.Cafe {Completed}
Short StoryShort story challenge by @Angel_k20 Hani Qistina- dia pemilik Cafe The Three Colors Rose. Perwatakan yang lemah lembut dan baik hati membuatkan pekerja selesa dengannya. Dia mempunyai sejarah hitam yang membuatkan dia kehilangan seorang insan yang p...