Assalamualaikum. Jangan pelik kenapa saya tak letak tajuk. Saya tak ada idea...😢😢😢. Pertama saya nak ucapkan terima kasih pada Kak Angel_k20 sebab sudi beri sticker dan sijil sebab saya berjaya selesaikan challenge ni. Hu... Terus terang saya dah taubat nak buat story cliche.
Kenapa dah tak nak buat? Sebab cabaran pertama ialah buat heroin lemah. Sorrylah. Dalam kamus hidup penulisan saya. Saya paling tak pernah buat heroin lemah. Tiba-tiba tulis tu memang rasa peninglah. Pelikkan? Biasanya setiap penulisan akan kata susah nak buat Heroin berlawan. Tapi saya terbaik teruk ni😂😂.
Kedua, buat hero sombong dan menyakitkan hati. Hu... Itu lagi teruk. Sampai saya seksa hero kaw kaw tu. Bukan biasa-biasa tau. Tikam 4 inci. Tembak empat butir peluru. Tikam dekat abdomen sedalam 2 inci. Memang mampus sepatutnya member tu. Tapi... Apakah daya. Kalau Zufar mati bukan saya nangis pun. Lainlah Rizwan atau Mikail saya matikan. Memang nangis setahun dibuatnya...🤧
Susah nak crush dengan Zufar ni. Setiap kata-kata dia memang buat saya marah dekat dia. Tapi, segala-galanya berubah bila saya jumpa 'kembar' dia. Malah lagi kejam tu. Akhirnya saya crush dengan Zufar walaupun tak berapa kuatlah...
Akhir sekali, fikir untuk orang ketiga. Pada mulanya saya nak buat orang yang muda dan seksi tau. Tapi, disebabkan saya rasa Syahira bakal menjadi perantara malaikat maut untuk minah seksi itu. Saya ubah plan. Akhirnya, terciptalah orang ketiga berkedut kalah nenek kebayan.
Apa-apapun. Terima kasih sangat-sangat kak Angel sebab bagi hadiah ni. Oh ya... Dah alang-alang alang ni. Saya nak promot buku terbaru. Saya tahu. Ini memang perkara yang menaikkan darah tinggi anda. Story pertama pun tak habis lagi. Gedik sangat buat story baru. Maaf... Bukan tak ada idea. Tapi masa buat saya terpaksa hiatus lama sangat...😢
Pertama sekali saya nak tunjukkan sijil dan sticker.
Sijil penghargaan.
Sticker.
Promot jap ye....✌️😁
******************
Blurb
*****Hamzah Saiffuddin- Seorang penyiasat swasta. Pada masa yang sama dia merupakan ejen bercode nama Haz di P.K.A Penyiasat Khas Antarabangsa. Dia ditugaskan untuk mencari pembunuh Inspektor Zakhwan. Namun, terdapat banyak halangan yang perlu dia tempuhi.
Zhufairah Shafiyyah- Shafiyyah atau nama panggilannya Sofea merupakan lawyer The Top 5 di Asia tenggara. Masa silamnya dipenuhi dengan kesedihan. Kejadian tragis di usianya berumur 10 tahun cukup membuatkan semangat untuk terus hidup hilang. Dia hidup sebatang kara dan hanya adik kembarnya, Zafirah sahaja bersamanya.
Sofea dan Hamzah bertemu semula setelah 7 tahun berpisah. Namun, penemuan mereka bermula apabila Zafirah hampir kehilangan 'mahkota'. Disebabkan sikap kebuayaan pak cik saudaranya.
"Jangan takut. Kakak ada."- Sofea.
Atas sebab Hamzah ingin menjadi pelindung Sofea dari ancaman The Black Dragon. Dari sahabat, mereka berdua bertukar status menjadi pasangan suami isteri tanpa ada perasaan cinta.
"Aku kahwin dengan kau sebab aku terhutang budi dengan kau dan keluarga kau."- Sofea.
Namun, lama kelamaan perasaan cinta hadir dalam diri Sofea dan Hamzah. Banyak kenangan indah tercipta. Namun, segala-galanya berubah apabila Hamzah dapat tahu dia bakal berpisah dengan isterinya.
"Aku hanya ada masa setahun je untuk hidup Khuzairi!"- Hamzah.
"Peluang kau untuk hidup masih ada, Hamzah!"- Khuzairi.
Ancaman The Black Dragon semakin hebat. Ujian mereka semakin berat. Sofea makin tertekan apabila Hamzah memaksanya berhenti kerja. Hamzah hanya mampu menitiskan air mata apabila dia dapat tahu penyakit kansernya semakin teruk. Peluangnya untuk hidup semakin nipis sekiranya dia tak menjumpai penderma organnya. Kini, masa menentukan segalanya!
Start:6/11/2021
Ending:-*Ps: Tajuk sad. Tak semestinya sad ending. Tajuk happy. Tak semestinya happy ending. Saya tak tahu nak buat ending macam mana... 😅😅*
YOU ARE READING
Mr.CEO & Miss.Cafe {Completed}
Storie breviShort story challenge by @Angel_k20 Hani Qistina- dia pemilik Cafe The Three Colors Rose. Perwatakan yang lemah lembut dan baik hati membuatkan pekerja selesa dengannya. Dia mempunyai sejarah hitam yang membuatkan dia kehilangan seorang insan yang p...