Chapter 2

1.1K 42 7
                                    

"SIAP!" Syahira tersenyum nipis. Dia terus menyimpan semula First aid kit ke tempat asal. Hani melepaskan keluhan halus. Disebabkan dia ingin menjauhkan kaki Masya dari terkena kaca. Dia berdiri betul-betul di hadapan Masya. Tanpa dia sedar, buku lalinya terkena serpihan kaca besar.

"Macam mana boleh jadi sampai macam ni sekali?" soal Syahira. Tangannya ligat menutup pintu almari. Dengan ekor matanya. Dia memandang Zara, Hani, Masya dan Razia.

"Mamat tak guna tulah pecahkan gelas tu. Padahal kakak tertumpahkan air dekat baju dia je. Kalau tak sebab Husnah tersadungkan kaki kakak memang air tu tak tertumpah pun dekat baju kononnya 30k dia tu." Omel Masya.

"Itupun sebab Husnah jealous dengan Masya sebab Raqid rapat dengan Masya. Husnah tu tak tahu yang Masya tu adik Kak Zara. Sebab itulah berani cari pasal," sambung Razia pula. Dari mana dia dapat maklumat tu? Senang. Sebab dia selalu memeriksa CCTV di Cafe kakaknya.

Jelas muka tak puas hati Husnah apabila Raqid menengur Masya. Kalau Husnah tahu yang Raqid dah kahwin. Broken tak minah Siam tu?

"Jadi Kak Zara pecat dia ke?" Syahira membuka langkah mendekati Zara. Dia menanti jawapan kakaknya penuh kesabaran.

"Ye," jawapan Zara membuatkan Syahira terkejut.

"Kalau dia buat perangai lagilah. Kakak dah bagi warning dekat minah tu. Jadi, kalau perkara yang sama berlaku. Bersedialah," sambung Zara lagi. Syahira melepaskan nafas lega. Buat takut orang je!

Syahira memandang wajah Razia. Retina mata Razia ditatap. Mata kelabu Razia mengingatkannya pada Mira.

'Kenapa sampai macam ini sekali kau berkorban Mira? Tak cukup kau derma paru-paru kau dekat aku. Kau derma mata kau untuk Kak Razia. Patutnya aku yang derma mata aku dekat Kak Razia. Bukan kau,' rintih hati Syahira. Tanpa disedari oleh Syahira. Setitis air matanya mengalir di pipinya. Syahira terus mengesat air matanya dari terus mengalir.

"Hira rindu Mira ke?" tanya Razia. Syahira hanya mampu menganggukkan kepalanya. Tak lama kemudian, nafas ditarik panjang lalu dilepaskan perlahan-lahan.

"Tapi, Hira kena terima yang Mira dah tak ada. Orang yang kita paling sayang. Tak semestinya kena ada dekat sebelah kita sampai bila-bila. Allah akan ambil juga," Syahira tersenyum pahit. Dah 9 tahun Mira menghadap Ilahi. Tak akanlah dia nak meratap kesedihan lagi? Dia perlu kuat!

"Macam inilah adik kakak..." Zara mengusap kepala Syahira yang berlapis kain selendang. Syahira mencebik kecil.

"Kak Hani. Nanti pergi klinik tau. Luka dekat buku lali Kak Hani tu dalam sangat. Hira boleh letak ubat antibiotik dan balut luka tu je," ujar Syahira. Hani tersenyum nipis. Dia menganggukkan kepalanya.

"Ye, nanti Kak Hani pergi klinik," ujar Hani.

"Pergi dengan Kak Razia tau," tegas Syahira lagi. Dia memandang Hani dengan pandangan tajam. Hani bukan boleh percaya. Selalu sangat memaksa diri.

"Ye... Kakak pergi dengan Kak Razia." Hani melemparkan senyuman manis. Sikap perihatin Syahira selalu membuatkan dia gembira.

"Baiklah. Tadi, Kak Zara dan Kak Masya kata kena pergi tinggalkan cafe sebab ada hal kan? Hira pula kena pergi juga ni. Tak fasal-fasal guru Hira marah pula." kata Syahira lagi. Hani menganggukkan kepalanya. Faham adik saudara kena pergi ke kelas taekwondo.

"KONON kata nak bayar! Aku suruh kau bayar balik baju aku! Tapi macam-macam alasan pula kau bagi! Dasar perempuan tak guna!" marah Zufar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"KONON kata nak bayar! Aku suruh kau bayar balik baju aku! Tapi macam-macam alasan pula kau bagi! Dasar perempuan tak guna!" marah Zufar. Stereng kereta dipukul berkali-kali.

"Kau ni Zufar. Betullah apa budak tu cakap. Baju kau tu tak sampai 1k pun. Lepas tu, kau suruh owner cafe tu bayar 30 kali ganda. Kau dah kenapa?" marah Ikhwan. Dengan ekor matanya. Zufar memandang tajam kawannya.

"Lagi satu. Kau basuh jelah baju kau tu. Kau dah ganti baju lain kan. Bukan kau tak prepare baju lain pun. Kecoh betul!" omel Ikhwan lagi.

"Diamlah kau!" tengking Zufar. Giginya diketap kuat. Teringat kejadian Hani menyimbah air teh tarik Ikhwan membuatkan dia bertambah bengang. Dia merasakan tindakan Hani sangat melampau!

"Bak kata budak yang tumpahkan air dekat baju kau tu. Siapa makan cili dia rasa pedaslah," Ikhwan menyilangkan tangannya ke belakang tengkuknya. Badannya disandarkan ke kusyen kereta.

Zufar terus menghentikan keretanya ke bahu jalan. Matanya merenung tajam kawannya.

"Itupun ada hati nak dapatkan Zara. Selamat Irqmal dah kebas Zara dulu. Kalau tak, hancur masa depan Zara," perli Ikhwan lagi. Dia tersenyum sinis melihat Zufar semakin marah.

"Kau sedar sikit ye. Kau pun ada hati dekat Zara dulu. Professor Dr. Ikhwan! Lagi satu, biarlah si wartawan tu nak pilih siapa. Aku dah terima kenyataan aku kena tolak!" tengas Zufar. Ikhwan terkedu apabila Zufar kembalikan buah paku keras. Alamak... dia silap bukak langkah!

"Kau cakap lagi aku campak kau dekat tengah hutan ni!" tegas Zufar lagi. Kereta terus dipandu. Sampai ke sebuah kedai elektronik. Zufar terus berhentikan kenderaan di tempat parking kereta.

"Tunggu tau. Oh ya. Nanti kau bukak file biru tu. Dekat situ ada tugasan kita seterusnya." Ikhwan terus membuka pintu kereta. Apabila dia sudah keluar dari perut kereta. Pintu kereta ditutup.

Zufar melepaskan keluhan halus. Dia terus mencari fail yang dimaksudkan oleh kawannya. Dahinya berkerut apabila file itu tidak ada di dalam keretanya.

"Bagus! Kau kan Ikhwan memang menyusahkan orang! Bijak sangat tinggalkan file tu dekat cafe tu dah kenapa!" Zufar mengetuk kuat dashboard keretanya. Dahlah banyak rahsia yang disimpannya terkandung dalam file itu. Sekali rahsianya terbongkar. Gelap masa depannya!

Tanpa berfikir panjang. Zufar terus menggerakkan keretanya pergi ke cafe itu. Ah! Pandai-pandai Ikhwan balik! Siapa suruh cari pasal!

"Wei! Zufar!" Ikhwan terus mengejar kereta Zufar yang sedang beredar dari situ. Apabila kereta itu hilang membuatkan nafas Ikhwan tercungap-cungap. Gigi diketap kuat. Dia ditinggalkan oleh kawannya sendiri?

🍰☕📚🖋️

GADIS bermata kelabu mendekati file berwarna biru yang terletak di atas meja. File terus diambil. Dia menyelak helaian demi helaian. Kepalanya digelengkan.

"Kau ni Zufar. Memang menyusahkan orang betullah! Nasib baik aku yang jumpa. Kalau Hani jumpa. Memang terbongkar teruklah rahsia kita." Omel gadis bertudung unggu cair itu. File itu terus disimpan di dalam beg sandangnya. Badannya dipusingkan ke belakang.

Dia terus melangkah keluar dari Cafe The Three Colors Rose. Helmet sarung ke kepalanya. Dia terus menunggang ke motosikalnya. Motosikal berkuasa tinggi beredar dari Cafe itu.

 Motosikal berkuasa tinggi beredar dari Cafe itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bersambung...

Assalamualaikum. Maaf kalau ada kesilapan.

Tag: Angel_k20

Mr.CEO & Miss.Cafe {Completed}Where stories live. Discover now