EPILOG

884 33 0
                                    

"ZUFAR Sayyid Bin Muhammad Saifullah." Air liur ditelan kelat apabila nama penuh disebut. Matanya memandang wajah tok kadi. Kemudian dia mengerlinkan matanya ke arah Irqmal. Jelas Irqmal sedang tersenyum mengusik.

"Ye saya."

"Aku nikahkan dikau dengan Hani Qistina Binti Zainuddin dengan mas kahwinnya 450, 0000 ringgit tunai." Debaran di dadanya semakin bermaharajalela. Namun, dia mempamerkan wajah tenang.

"Aku terima nikahnya Hani Qistina Binti Zainuddin dengan mas kahwinnya 450, 0000 ringgit tunai." Tok kadi menoleh kepalanya ke belakang. Matanya memandang wajah Ikhwan dan Umar.

"Sah?" soal Tok kadi kepada Ikhwan.

"Sah." Jawab Ikhwan.

"Sah?"

"Sah." Jawab Umar dengan teruja. Dengan sekali lafaz. Zufar dan Hani sah menjadi suami isteri. Semua orang yang ada di dewan menadahkan tangan. Doa dibaca. Zufar mengerlingkan matanya ke wajah Hani. Senyuman lebar terlakar dibibirnya. Sungguh. Isterinya sangat cantik!

HANI memandang pemandangan waktu malam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HANI memandang pemandangan waktu malam. Keluhan berat terlepas dibibirnya. Dia tak percaya dia sudah tamatkan zaman bujangnya. Hani tersentak apabila seseorang memeluknya dari belakang. Dia menoleh kepalanya ke belakang. Jelas Zufar tersenyum miang.

"Tahu tak abang rindu sayang. Jenuh abang cari sayang. Dekat luar rupanya sayang larikan diri. Bila nak mulakan..."

"Abang!" muka Hani merona merah. Aduh... Dah sampai pula perangai ulat bulu suaminya ni.

"Apa? Abang kata bila nak mulakan ujian kesihatan mental sayang. Ke situ pula sayang fikir." Cebik Zufar. Mukanya turut berubah merah. Jantungnya berdegup kencang.

"Itu kejap lagi kita cuba buat." Usik Zufar. Hani menjeling tajam wajah Zufar. Gelojoh betul! Malam masih muda lagilah! Baru pukul 8 malam.

"Gurau, gurau. Jangan marah isteriku." Zufar mengenyitkan matanya. Dia memeluk tubuh isterinya dengan lebih erat. Mata Hani membulat. Dengupan jantung suaminya dapat dirasa. Kehangatan tubuh suaminya membuatkan jantungnya berdegup kencang.

"Aa... abang... Lepas please." Senyuman lebar terlakar dibibir Zufar. Dia memeluk tubuh isterinya semakin kuat.

"Tak nak! Apa yang sayang fikirkan tadi?" lembut sahaja nada suara Zufar bertanya.

"Sayang terfikir. Apa perasaan ibu Hani bila dapat tahu Hani dah kahwin? Mesti gembira kan? Hani takut dengan ancaman pembunuh ibu Hani." Zufar tersentak. Dia meletakkan dagunya ke bahu Isterinya. Matanya mengerling ke wajah Hani.

"Dengar sini. Abang akan lindungi sayang. Dan abang janji akan pulihkan penyakit sayang. Because, you my wife. Ingat. Walaupun penemuan kita bermula dengan pertengkaran. Abang akan lindungi sayang. My Wife Miss. Caffee Latte." Zufar mengusap lembut pipi isterinya. Senyuman manis terlakar. Matanya dikenyitkan. Muka Hani mula membahang. Kepalanya menoleh ke arah lain. Kata-kata Zufar cukup membuatkan hatinya berdebar.

"Terima kasih. My Husband Mr. CEO." Hani memusingkan badannya ke belakang. Dia memeluk tubuh Zufar dengan erat. Zufar mengusap lembut kepala isterinya. Senyuman manis dilakarkan. Dia tahu. Ini baru permulaan! Akan datang, terdapat banyak cabaran perlu dia tempuhi.

 Ini baru permulaan! Akan datang, terdapat banyak cabaran perlu dia tempuhi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

THE Aconitum meletakkan gambar Syahira di papan target utama. Kemudian dia meletakkan gambar Irqmal dan gambar lelaki berpakaian serba hitam. Tertulis nama Leo di gambar itu. Dia menoleh kepalanya ke belakang. Jelas lelaki bertopeng hitam itu sedang memusing-musingkan Glocknya.

"Itu target utama I dan The Redwins. You punya target siapa?" soal The Aconitum.

"Aku target..." Lelaki bertopeng hitam itu berjalan mendekati papan target. Dia melekatkan gambar Hani dan Razia di papan target. Kemudian dia mengeluarkan gambar Zufar. Senyuman jahat terlakar dibibirnya. Dia meletakkan gambar Zufar di sebelah gambar Rizwan. Di bahagian atas gambar Hani, Razia dan Syahira.

"Mereka semua. Tapi, aku nak bunuh..." Lelaki bertopeng hitam itu menghalakan muncung pistol ke arah gambar Zufar. Peluru dimuntahkan. Kemudian dia melepaskan tembakan ke arah gambar Rizwan.

"Mereka berdua depan mata kekasih mereka!" Lelaki bertopeng hitam itu ketawa jahat. Dendam terhadap dua lelaki yang menganggu rancangannya semakin membuak-buak. Dia akan bunuh mereka berdua dahulu sebelum dia membunuh Syahira, Razia dan Hani!

"Ini baru permulaan, Ejen Leo." The Aconitum mengerling matanya ke gambar Leo. Senyuman sinis terlakar. Dia akan cari siapakah lelaki bercode nama Leo!

Lelaki berkaca mata petak memandang wajah The Aconitum. Giginya diketap kuat. Perasaan dendam hadir dalam hatinya. Namun, cepat-cepat dia padamkan perasaan dendam dengan beristighfar dalam hati. Dia tak boleh bunuh The Aconitum. Sebaliknya, dia perlu membawa The Aconitum ke muka pengadilan!

'Aku akan tuntut bela kematian kau, Aizat!' lelaki itu mengengamkan tangannya. Dia akan pastikan The Aconitum tidak akan terlepas lagi!




 Dia akan pastikan The Aconitum tidak akan terlepas lagi!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tamat...

Assalamualaikum. Begitulah pengakhiran kisah Hani dan Zufar. Berpuas hati tak? Masih tak puas hati sebab tak tahu siapa Leo? Senang. Sila baca story Secret Of The Split Identity. Karya ketiga saya. Dah completed pun... Sebenarnya saya nak buat Trailer story ni. Tengok keadaan kalau saya dapat siapkan esok atau tak. Sebelum Story ni saya ubah pada status completed. Saya nak tanya satu soalan.

Jadi tak cliche dekat story ni?

Baiklah saya nak mengucapkan terima kasih kepada Angel_k20 sebab beri saya cabaran ini. Maaf tau kak Angel kalau banyak sangat kesalahan tatabahasa 🥺. Dan saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pembaca yang sentiasa membaca story saya. Terutamanya kepada Ayish_Sufie dan FazliYana3. Dekat setiap chapter kakak-kakak vote🤭.

Baiklah. Jumpa untuk Trailer story Mr.CEO & Miss. Cafe✌️😁.

Time: 9:33 pm
Date:26.10.2021

Mr.CEO & Miss.Cafe {Completed}Where stories live. Discover now