RAZIA memutarkan stereng kereta dengan pantas. Matanya mengerling ke cermin sisi. Melihat beberapa kereta hitam tidak putus asa mengejanya membuatkan gigi Razia diketap kuat.
"Kak Hani! Bertahan!" Razia meningkatkan lagi kelajuan keretanya. Hani mengengam tali pinggang keledar. Matanya terpejam rapat. Debaran mengusai dirinya.
Pedal minyak ditekan dengan lagi kuat. Jarung meter bergerak. Dari 150km/j bertukar ke 170km/j. Pandangan Razia semakin tajam memerhati jalan raya. Dia memotong kenderaan. Bunyi hon diabaikan.
"Razia! Berhenti!" Mata Razia membulat apabila kereta mewah parking menghalang jalan. Tubuh Hani terkehadapan sedikit apabila Razia berhentikan kereta secara mengejut.
Razia memandang cermin belakang. Giginya diketap apabila kereta yang mengejarnya mengepungnya. Baru sahaja Razia ingin mengambil pistolnya seseorang menengah perbuatannya.
"Jangan lawan! Dia orang terlalu ramai. Ikut cakap aku. Sorokkan pistol tu. Lepas tu kau dan Hani serah diri." Mendengar satu suara di earphones membuatkan Razia mengenggamkan stereng kereta. Matanya memandang orang yang sedang bersandar di sisi kereta.
"Kau perangkap aku ke? White Rose." Bisik Razia. Dia tak puas hati dengan rancangan hacker yang baru menghubungi dia. Sedang dia bercakap dengan Inspektor Khalif untuk minta bantuan. Tiba-tiba suara hacker itu hadir.
"Aku tak perangkap kau! Kau salah percaturan sebab percayakan rakan setugas kau. Percayakan aku. Kau nak balas dendam dekat pembunuh ASP Aryana tak?" Razia melepaskan keluhan berat. Dia membuka pintu kereta. Tubuhnya keluar dari perut kereta. Kemudian dia mengangkat kedua-dua belah tangannya hingga paras kepala.
"Kenapa kau buat macam ni Khalif!" Razia memandang wajah Khalif dengan pandangan tajam. Giginya diketap kuat. Tak sangka, disebalik keceriaan jejaka itu. Jejaka itu mengkhianati dirinya.
"Sebab... Tawaran dia orang terlalu berbaloilah daripada aku setia dengan kerja yang membosankan ni." Razia tersenyum sinis. Setakat jadi undercover polis memanglah kata bosan! Cuba jadi macam dia ni. Memang tak cukup tangan nak selesaikan kes.
"Bertenang. Jangan pukul jantan ni sampai koma. Sekali tak jadi rancangan ni. Nyawa Hani bakal melayang." Suara White Rose kedengaran di earphonesnya. Razia cuba menahan tangannya dari melayang ke wajah lelaki itu.
"Tahan nafas!" Serentak dengan arahan White Rose. Razia menahan nafasnya. Seseorang menekup mulut dan hidung Razia dengan sapu tangan. Apabila musuh merasakan Razia sudah pengsan sepenuhnya. Mereka mengangkat tubuh Razia dan Hani ke van putih.
"KAK Hani! Bangun Kak Hani!" kelopak mata Hani dibuka perlahan-lahan. Dia memandang wajah Razia. Dari posisi baring. Diubah ke posisi duduk. Kepalanya diurut.
"Kita dekat mana ni?" Baru sahaja Razia ingin membuka mulut. Khalif menendang pagar bilik tahanan.
"Bangun juga kau." Sinis sahaja nada suara Khalif. Razia bagun dari duduknya. Kemudian dia menendang pagar penjara dengan lebih kuat.
YOU ARE READING
Mr.CEO & Miss.Cafe {Completed}
Short StoryShort story challenge by @Angel_k20 Hani Qistina- dia pemilik Cafe The Three Colors Rose. Perwatakan yang lemah lembut dan baik hati membuatkan pekerja selesa dengannya. Dia mempunyai sejarah hitam yang membuatkan dia kehilangan seorang insan yang p...