Chapter 3

1K 42 5
                                    

PINTU kereta dibuka dari dalam. Zufar terus keluar dari perut keretanya. Pintu kereta dihempas kuat. Dengan wajah yang tegang. Zufar membuka langkah untuk ke kedai cafe yang sedikit jauh dari tempat yang dia parking. Dalam perjalanan ke cafe itu. Dia terlanggar bahu seseorang.

"Ahg!" mendengar seseorang mengaduh kesakitan membuatkan matanya memandang wajah orang yang dia langgar.

"Kau lagi!" Gigi diketap kuat. Melihat Hani menundukkan kepala membuatkan hati Zufar menggelupur panas. Kejadian Hani sengaja basahkan lagi bajunya bermain di fikirannya.

"Maaf. Saya tak sengaja," ujar Hani perlahan. Dia tahu yang dia langgar orang yang sama membuat kakinya terluka. Tapi, dia tak mahu Zufar tahu. Biar dia je yang tanggung sakit sendiri.

"Itu je yang kau mampu cakap? Dalam banyak-banyak manusia! Kenapa aku kena jumpa kau hah!" Hani masih menundukkan kepalanya. Telinga ditadah. Terima dengan caci makian Zufar.

"Kau ni buta ke apa sampai langgar aku!" tengking Zufar lagi. Mata Hani dipejamkan. Tangan yang memegang palang besi digenggam semakin kuat. Kesakitan di kepalanya semakin menyerangnya. Sejarah hitam 12 tahun lepas menghantui fikirannya.

"To..tolong... ja..jangan... sebut... pe.. perkataan... tu." Muka Hani berubah pucat. Dadanya semakin sakit. Kepalanya terasa semakin berat. Akhirnya, dia hilang kesedaran.

"Budak!" Zufar dengan cemas menyambut tubuh Hani dari tumbang. Mukanya berubah pucat melihat bibir Hani berubah pucat.

"Hei!" baru sahaja dia ingin menampar lembut pipi Hani. Tangannya terhenti. Dia hampir terlupa Hani bukan mahramnya. Dia memandang buku lali Hani.

"Ya Allah." Mata Zufar terbeliak. Alangkah terkejutnya apabila darah mengalir laju di kaki Hani. Perasaan bersalah hadir dalam diri Zufar. Apa yang dia kena buat sekarang?

"SEMUA analisis kau salah! Kalau aku tahulah ini hasilnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"SEMUA analisis kau salah! Kalau aku tahulah ini hasilnya. Memang aku tak suruhlah kau buat!" bentak Ikhwan. Dia menyelak muka surat fail putih itu dengan kasar. Umar mengetap gigi. Dia menjelingkan matanya.

"Kau sedar tak? Yang kau suruh analisis tu tentang bahan kimia dan cecair misteri. Aku ni bukan macam kau! Aku ni doktor pakar psikologi! Bukan professor doktor pengkaji bahan kimia!" nada suara Umar naik seoktaf. Pandangan matanya semakin tajam memandang jalan raya. Stereng kereta digenggam kuat.

"Kau umpama pergi hospital. Lepas tu kau tanya dekat dokter perubatan cara bedah orang. Memang kau kena kejar dengan paranglah jawabnya!" omel Umar lagi.

"Aduh... Lupa pula aku," Umar menjeling sekilas wajah Ikhwan. Api kemarahan semakin membuak-buak apabila Ikhwan tersengih. Nyanyok betul!

"Kalau aku campak mamat tak guna ni dekat tengah-tengah highway. Memang satu nikmatlah wei," Ikhwan terkedu mendengar kata-kata Umar. Air liur ditelan kelat. Ah sudah... kalau Umar buat betul-betul. Siapa lagi dia nak telefon?

Mr.CEO & Miss.Cafe {Completed}Where stories live. Discover now