"KAU Syahira! Kalau dengar kata memang bukan kau lah! Aku dah beribu-ribu kali cakap. Jangan keluar! Sekali kau sakit macam mana? Aku dah kata. Biarlah aku uruskan mamat tak guna tu! Nasib tau kau tak sesak nafas. Kalau tak, kau pun jadi macam Zufar. Terbaring dengan wad kecemasan! Aku tak nak kau paksa diri kau! Kau dah banyak kali menderita kau tahu tak! Aku tahu apa kau lalui lebih dari sesiapa! Kalau apa-apa terjadi dekat kau. Aku yang susah tahu tak! Aku risaukan kau! Boleh tak sehari je kau dengar cakap aku! Nurmaira!" Syahira menggaru kepalanya apabila Syamin mula membebel. Sifat mak cik Joyah Syamin dah keluar pula!
"Diamlah!" jerit Syahira.
"Shhuuu...!" Syahira menoleh kepalanya ke kanan. Jelas Doktor Syazwana sedang meletakkan jari telunjuknya ke bibir. Syahira tersenyum sambil mencantum kedua-dua belah tangannya.
"Sorry Ummi," Syahira mengerlingkan matanya ke kiri. Matanya memandang cermin.
"Padan muka!" Ejek Syamin. Syahira mengetap gigi apabila melihat Syamin sedang menjelingkan lidah.
"Tunggu balik nanti. Aku suntik kau dengan ubat tidur kau." Ugut Syahira. Muka Syamin berubah cuak.
"Wei! Janganlah!" Syahira menjelingkan lidahnya apabila melihat Syamin mula gelabah. Dia berpeluk tubuh. Kepalanya menoleh ke arah lain.
"Kau orang berdua ni. Bergaduh je kerja." Ujar Syazwana. Syahira dan Syamin tersengih.
"Ummi. Betul ke abang Zufar dah terlepas tahap kritikal? Macam mana Ummi boleh selamatkan abang Zufar? Sepatutnya kalau ikut logik akal. Abang Zufar tak dapat diselamatkan." Syazwana tersenyum nipis apabila mendengar soalan Syahira. Matanya dilirikkan ke figura sedang terbaring di atas katil. Kini mereka berdua berada di bilik VVIP Zufar.
"Memang kalau ikut logik akal Zufar tak dapat diselamatkan. Tapi, sebab Ummi dah keluarkan peluru dekat belakang badan Zufar masa perjalanan ke Hospital. Peluang Zufar untuk hidup makin tinggi. Bukan tu je. Nasib dia bertambah baik bila Hira dan Hani derma darah dekat Zufar. Ye, dekat hospital memang selalu kehabisan darah kumpulan o. Zufar perlukan banyak darah. Zufar tak tercedera teruk dekat organ penting. Perjalanan hospital ke gudang lama tu hanya ambil masa 1 minit je. Lagi satu, Ummi kan Doktor pakar bedah the top 4 di Asia tenggara. Ummi pernah hadap lebih teruk dari sebelum ini. Bukan ajal Zufar. Itu semua kuasa Allah SWT." Syahira hanya menganggukkan kepalanya apabila mendengar penerangan panjang Syazwana.
"Dah faham kan?" Syazwana tersenyum nipis melihat wajah ceria Syahira. Kepala Syahira diusap lembut.
"Faham Ummi! Aaa... Ummi. Boleh tak Hira tidur sini? Semua orang bizzi lah... Hira tak boleh balik. Motosikal Hira pun masih rosak. Ni pun abang Khuzairi yang hantar. Tapi, abang Khuzairi ada hal pula. Ummi pula kerja sampai pagi esok." Syazwana menganggukkan kepalanya. Mereka berdua keluar dari bilik VVIP Zufar. Syahira membelok ke kanan.
Dia ingin pergi ke pejabat Syazwana untuk tidur. Syazwana pula membelok ke kiri. Dia perlu meneruskan pekerjaannya.
SYAZWANA membaca laporan pesakit yang baru dia bedah. Fail diletakkan di atas kaunter. Dia beredar dari situ. Dia menyeluk kedua-dua belah tangannya ke dalam poket kot putihnya.
"Hello Doktor Syazwana." Langkah Syazwana terhenti. Dia memusingkan badannya ke belakang. Jelas figura serba hitam sedang bersandar di dinding. Lelaki itu mengenakan baju hoodie hitam. Mukanya ditutupi dengan mask hitam. Dia menyeluk kedua-dua belah tangannya ke poket baju hoodienya.
"Kamu ni Leo. Kenapa datang sini?" soal Syazwana. Disebalik mask, Leo tersenyum sinis.
"Saja nak tanya. Bila saya boleh tamatkan misi ni, ASP Wana?" Doktor Syazwana melepaskan keluhan berat. Dia menundukkan kepalanya ke bawah.
"Masa masih tak mengizinkan lagi, Leo." Leo turut melepaskan keluhan berat. Nampaknya dia perlu menjalankan misi yang paling dia tak suka. Menyembunyikan rahsia dari pengetahuan Syahira.
"Nampaknya saya terpaksa jalankan misi Secret Of The Split Identity lagi lah?" Syazwana menganggukkan kepalanya. Leo melirikan matanya ke arah lain. Bawah bibirnya digigit. Matanya terpejam. Hatinya masih rasa bersalah terhadap Syahira.
"Maaf Leo. Sikit je lagi. Semuanya akan berakhir." Ujar Syazwana. Disebalik mask. Leo tersenyum sinis.
"Ini baru permulaan ASP Wana. Musuh tengah cari identiti saya. Dan dendam terhadap ASP Aryana, kakak kepada ASP Wana semakin teruk. Tapi, saya akan menjadi pelindung sebahagian daripada bayang-bayang Syahira. Itu janji saya." Syazwana dan Leo mengengamkan tangannya. Aura dingin ASP Wana dan aura psiko Leo bergabung. Mereka akan tuntut bela kematian ASP Aryana dan Syamira!
Assalamualaikum. Maaf. Saya tahu ramai yang rasa tak logik dalam bab terakhir. Saya pun baru terfikir nak Zufar terus hidup. Ye lah, kalau Zufar mati. Siapa yang nak pulihkan menyakit mental Hani? Baiklah. Itu sahaja yang saya ingin katakan. Maaf sekiranya banyak kesalahan sepanjang saya menaip story ini. Jumpa di Pengkhianatan Seorang Sahabat 👋.
YOU ARE READING
Mr.CEO & Miss.Cafe {Completed}
Short StoryShort story challenge by @Angel_k20 Hani Qistina- dia pemilik Cafe The Three Colors Rose. Perwatakan yang lemah lembut dan baik hati membuatkan pekerja selesa dengannya. Dia mempunyai sejarah hitam yang membuatkan dia kehilangan seorang insan yang p...