"AKHIRNYA! Ingat juga kau dekat aku. Tahu tak aku rindu kau." Syamin tersenyum sinis. Raqib memandang wajah Syamin dengan pandangan tajam. Kemarahan membara di hatinya. Dendam 8 tahun lepas masih tak boleh dipadamkan!
"Eh? Kau tak suka jumpa aku? Jap. Kau masih marah sebab aku tendang kau punya..."
"Mampuslah kau bangsat!" Raqib terus menghayunkan pisau lipatnya. Hatinya sangat panas. Libasan pisau lipat dapat dibaca oleh Syamin. Dengan tenang Syamin mengelak serangan.
"Aku ingat skill bergasak kau makin hebat. Rupanya makin sampah!" Serangan provokasi Syamin membuatkan Raqib semakin bengang. Nafasnya turun naik.
Dia masih tak boleh lupa kejadian 8 tahun lepas. Selepas dia pulang dari hospital akibat kecederaan yang sangat teruk disebabkan Syamin memukulnya. Isterinya meminta cerai setelah mengetahui dia mandul. Dan dengan akal kurang waras dia terus menceraikan isterinya dengan talak tiga.
Akibat bossnya sangat marah kerana tak dapat membunuh Syahira. Bossnya menyuruh seseorang untuk membunuhnya. Dia teru melarikan diri ke Malaysia dan melakukan pembedahan plastik.
Namun, semua wang dia telah disekat dan akhirnya dia terjerat dengan hutang Ahlong. Semasa dia hampir dibunuh oleh Ahlong. Hani datang dan tolong membayar hutangnya. Segala bunga, pokok, akar, dahan dan daun Hani bayaran. Akhirnya, dia diajak untuk berkerja dengan Hani.
"Aku akan bunuh kau dengan tangan aku sendiri!" Syamin tertawa sinis. Kepalanya digelengkan. Terasa lucu apabila Raqib berkata begitu.
"Tahniah! Kau bukan orang pertama cakap macam tu dekat aku." Sinis sahaja Syamin berkata.
"Kenapa kau nak bunuh Hani?" kali ini nada suara Syamin bertukar serius. Pelik dengan lelaki itu. Dia perasan Raqib memerhatikan tingkah laku Hani sejak dia jejakkan kaki ke Cafe. Tapi tak menyangkakan Raqid sanggup terima balik bekerja dengan boss lamanya.
"Sebab aku cintakan dia!" Syamin menahan ketawa dari terlepas dibibirnya. Namun, mendengar Syahira ketawa besar membuatkan dirinya tidak dapat menahan ketawa. Dia menekup perutnya lalu tertunduk. Sesekali dia menepuk-nepuk pehanya. Terasa senak pula perutnya apabila teringatkan jawapan putus wayar Raqib.
"Wei! Cliche gila! Penjahat jatuh cinta dekat target boss. Lepas tu, sanggup bunuh orang yang dia cinta? Berapa banyak drama melayu kau tengok ni?" Ketawa Syamin semakin kuat. Dia terduduk lalu menepuk-nepuk lantai. Tak tahu nak kesian dekat jantan tu ke, atau nak muntah hijau dekat muka jantan tu. Sadis gila hidup Raqib!
"Cinta bertepuk sebelah tangan. Itulah broken tak berlagu." Gelak Syahira. Mendengar kata-kata Syahira membuatkan Syamin semakin galak ketawa. Kali ini dia gelak sambil berguling-guling!
"Diam bodoh!" Tempik Raqib. Syamin bangun dari baringnya. Raqib dengan bengangnya melibas pisau ke tubuh Syamin.
"Bad." Syamin tersenyum sinis. Kakinya menendang pisau itu hingga tercampak jauh dari tangan Raqib. Pisau belati diambil di sisip pinggangnya. Kemudian Syamin melibas pisau itu ke abdomen Raqib. Namun, matanya terpejam kemudian pisau diputarkan. Belakang pisau menghentak kuat abdomen Raqib.
"Kenapa kau keluar!" Marah Syamin. Mata Nurmaira dicelikkan. Mata kelabu terus bertukar warna hazel. Nafas Syahira turun naik. Teringat kejadian ASP Aryana ditikam di bilik yang sedang dia berdiri!
YOU ARE READING
Mr.CEO & Miss.Cafe {Completed}
Short StoryShort story challenge by @Angel_k20 Hani Qistina- dia pemilik Cafe The Three Colors Rose. Perwatakan yang lemah lembut dan baik hati membuatkan pekerja selesa dengannya. Dia mempunyai sejarah hitam yang membuatkan dia kehilangan seorang insan yang p...