prolog

4.3K 182 22
                                    



tak minta banyak just VOTE JE





Dada Asfa tinggi selari dengan nafas dalam dan penat yang dia tarik. Baru suaranya hendak keluar meninggi, sepasang kaki pendek itu terus memecut laju selari buntut ayam itu bergegar-gegar keluar daripada ruang ini. Tidak sempat untuk dia menyejukkan, tidak sempat untuk dia memanaskan, tidak sempat untuk dia menghasilkan, perempuan pendek itu terus saja berambus konon-kononnya mahu memaktubkan.

Sial!

"Dhiya?! Nak pergi mana?!!!"

Kakinya turut sama laju ke hadapan ruang di mana perempuan itu sedang menyempurnakan selendang ala kadar di atas kepala sebelum jemari kecil itu mencapai beg yang baharu saja dicampak sebaik saja mereka pulang. Sebentar sahaja tadi. Tidak sampai sepuluh minit. Suara Dhiya naik. Sebelum suaranya sama naik. Melawan. Mendebat. Menyerabut. Dan sekarang perempuan itu memilih jalan senang; lari daripada persoalan.

Masih. Masih juga lagi.

"Lepas lah!" Dhiya menolak dada Asfa membuatkan lelaki itu terkebelakang tiga langkah daripada terus menyesakkan dadanya. "Aku taknak tengok muka kau lah! Aku benci!"

Asfa ternganga. "Kita baru dapat berita gembira kau nak blah? Ape benda?"

"Aku taknak anak ni!!!"

Diam.

Perkara itu terang tidak perlu disuluhkan lagi. Memang mereka membuat perancangan. Memang mereka mempunyai pelambatan. Memang mereka sama-sama tidak bersedia. Tetapi sudah di sini, takkan begitu senang hendak menghabiskan? Menamatkan terus tanpa pemula nya pun lagi?

"Dhiya."

Diam Asfa memandang sepasang mata Dhiya. Dia nampak perempuan itu penat. Dia nampak perempuan itu terlampau lemas dan penuh dengan segala perasaan yang dipendam dan yang disimpan. Dan dia nampak betapa Dhiya cintakan dia. Begitu juga dia. Tetapi benar... mereka sepertinya dipermainkan oleh takdir dengan berita sebentar tadi.

Dhiya sayang As.

Dhiya nampak segala-galanya itu malah terlebih daripada itu. Lelaki ini memberinya pelbagai. Tetapi lancau. Allah masih nak sakitkan mereka macam ni. Penat. Lelah. Luluh. Lerai. Ya Allah Ya Tuhanku. Lama berkerut menahan begitu sebelum akhirnya rautnya berkerut cebik. Tidak mahu air mata terlampau pesta menghadirkan ejekan dan kelemahan, segera tangan kanannya kasar mengesat pipi hingga perit yang dirasa bagai ditampar. "Aku taknak anak ni. Aku taknak." Tajam matanya memandang raut Asfa.

"Dah tu Dhiya nak buat apa?" Asfa cuba perlahan dan berlembut.

"Aku nak buang. Aku nak gugurkan."

Asfa ternganga sebelum mulutnya katup mematikan. Perlahan, kedua tangannya menyabit kedua pergelangan tangan Dhiya. "Jangan. As ada sini, kan?"

Ayat itu sudah tiada makna untuk Dhiya. Segalanya punah sebaik sahaja berita kandungannya dihamparkan oleh doktor setengah jam lepas. Dia usaha. Dia begitu usaha untuk merancang. Dengan keadaannya yang kian begini, anak memang tidak boleh ada. Tidak perlu ada. Dia tidak bersedia. Dia takut. Dia sangat takut. Dia tak hendak merosakkan sekaligus menghancurkan hidup anak ini.... yang langsung tidak minta dilahirkan. Hendak-hendak pula dia masih belajar dan mahu untuk terus belajar mengenai seorang Asfa Ziqri. Dia rasa masih tidak cukup. Dia rasa sangat tidak mampu. Dia tidak mahu merisikokan masa depan mereka. Dengan anak ini. Dia akan menjadi mak yang gagal. Asfa akan jadi ayah yang gagal. Tengok lah apa jadi kepada Imran?

Keringnya Sekeping Hati 2 (in editing)Where stories live. Discover now