10

1.7K 70 4
                                    

jangan ponteng vote! k asyeh


"Angah."

"Ha." Angah menyahut dengan mulut masih mengunyah roti john dan mata memang tidak lari daripada skrin TV.

"Kak Ngah cakap ada orang nak kenal dengan angah."

"Eii." Berkerut jijik mukanya memandang Mak. Mak pula hanya ketawa dan ketawa saja. Dia kembali mengambil sepotong roti john lagi sebelum sua ke mulut. Dalam mengunyah dia membebel. "Tadek berita tadek benda-benda, tiba nak kenal. Celah mananya kawan-kawan dia kenal angah. Patu, ei." Muka kerut jijiknya ditunjukkan lagi kepada Mak. "Kawan-kawan dia semua mesti tua 40-50! Hi tak hingin aku. Angah taknak kahwin dengan warga emas. Eii yerk."

Puan Rohaya ketawa terbahak-bahak. Ada sanak saudara mereka yang seusia dengan Dhiya, menamatkan zaman bujang dengan seorang lelaki warga emas berusia awal 60-an. Tetapi tidak kisah lah. Warga emas itu pula memang berduit. Cinta ke tidak ke, ikhlas nak menjaga ke tidak ke, yang penting berduit. Hmm.

"Raya ni angah balik lah, kan?"

Dhiya mengangguk dengan tumpuan masih pada jalan cerita Vincenzo. "Balik. Tahun lepas kan angah tak balik. Angah sewa kereta. Boleh la mak nak jumpa sesape. Kot-kot jumpa Kak Ngah tu sekali ha biar angah nak cakap sikit ke dia. Dia pun dua tiga kali kahwin asyik cerai-cerai sibuk pulak hal orang."

Puan Rohaya menggeleng kepala dengan kata-kata Dhiya. Anak perempuannya ini sekarang memang semakin lancang kata. "Dia ngusik je kot. Tak pun betul niat dia baik. Nanti jumpa dia jangan cakap gitu pulak. Cakap je lah tak suka, tak de masa, taknak."

Dhiya mengangguk-angguk saja.

"Bagi mak sejuring roti john tu."

Berkerut keningnya memandang Mak. "Benda juring?"

Puan Rohaya pun menerangkan. "Orang Pahang panggil sepotong gitu juring lah. Sejuring."

Dhiya ternganga sebelum mulutnya mencebir herot dan ketawanya berdekah-dekah keluar. Amil yang ada masih tidak siap makan memang tidak memberi reaksi langsung. Puan Rohaya pula ketawa kecil kerana dia ketawa. Kesimpulannya, memang ketawanya saja yang kedengaran di waktu Maghrib berbuka puasa begitu. JURING?! COME ON! Hahahahahahhaa.

"Apa gelak macam tu." Puan Rohaya berbunyi dengan sisa tawanya. "Apa anak orang Pahang taktahu cakap Pahang. Lain lah jiran Indon sebelah ni. Kalau mak cakap juring, dia mesti balas 'Ha? Juring apa itu, Haya?'"

Dhiya ketawa terkekek-kekek dengan tangannya menadah roti john yang dia hulurkan dengan tangan bergegar akibat ketawa masih tidak habis. "Tak lah. Kelakor. Mak cakap 'bercinta nak bangun' pun angah tak faham. Juring ni lagi lah dah macam bahasa Jerman. Ha Alan Turing yang buat komputer tu. Kena. Juring Turing. Kikikiki."

Puan Rohaya menggelengkan ketawa saja dengan mulut penuh Dhiya. Anak perempuannya ini betul lah. Sudah 39 tahun, kan. Garang sehabis garang. Ketawa sehabis ketawa. Membawang sehabis bawang. Dia di usia begitu sudah sibuk membesarkan anak-anak lah. Mana nak ke sekolah. Mana nak berak kencing. Mana nak makan milo. Mana nak korek tanah main longkang. Anaknya si Dhiya ni pula, begitu laju sekejap ke sana sekejap ke sini. Tenaga kelihatan macam banyak sangat. Mungkin begitu kot perangai andartu tak berapa andartu (anak dara tua) zaman sekarang. Zaman dia dahulu, di mana dia merupakan anak perempuan kepada lelaki yang turut serta melawan askar Jepun, memang kena kurung lah jika andartu berperangai seperti Dhiya ini. Haih Dhiya, Dhiya.

"Kerja macam mana sekarang?"

Dhiya menjawab masih dengan mulut penuh. Roti John ni banyak dan tebal, nak buat macam mana? "Dah nak habis dah buku tu. Patu, angah ingat nak rehat lah nak kerja part time dekat-dekat situ. Duit ada je masuk, so tadek hal kalau mak risau pasal ubat mak, makanan kucing, barang muka baju apa semua. Angah saja nak tukar angin."

Keringnya Sekeping Hati 2 (in editing)Where stories live. Discover now