15

2.2K 112 10
                                    

vote je k asyhe heh





Asfa masih di hadapan mata.

Membuatkan Dhiya sengih kepada lelaki itu begitu gembira dan suka sebelum dia tunduk menikmati jjajangmyun. Asfa senyum dan melayan saja; sama-sama menikmati separuh jjajangmyun yang dihantar Foodpanda tadi yang gitu-gitu saja menerima tengkingan si kecil itu.

"Kenapa tukar jjajangmyun Oiso? Kan Dhiya selalu makan DubuYo punya?" Asfa bertanya sedang dia membelek-belek mencari ketulan ayam. Dia angkat muka apabila Dhiya diam tidak menjawab. Ha? Aku salah cakap ke? "As ada salah cakap ke? Kenapa nganga gitu?"

Dhiya tersedar. Segera dia katup mulut sebelum tunduk menyuap jjajangmyun ke dalam mulut. Dia intai raut Asfa yang mengerlingnya dengan gelengan kepala. Dia kunyah-kunyah dan dia telan-telan. Kemudian, dia bertanya tiba-tiba kepada Asfa. "Mustahil awak ingat semua tu? Celah mana awak letak semua pasal saya dalam kepala awak tu? Kan kita dah lama gila tak jumpa. Dah lah putus... em." Dia tunduk agak merasa tidak betah sebelum dia angkat muka memandang Asfa. "Pendek kata, tipu lah kalau awak betul masih ingat semua benda pasal saya!"

Asfa berkerut kening sebelum kepalanya gerak geleng lagi dengan bunyi sinis (scoff). "Mekak sama je tak habis-habis. Cuba makan tu diam-diam. Jangan bercakap."

Dhiya muncung kecil. Dia makan dan makan sambil itu dia jeling dan jeling Asfa yang kelihatan selamba sahaja menikmati hidangan. Eii. Benci!


"Terima kasih la jamu As. As nak kena balik dah."

Dhiya kelam kabut memandang Asfa. "Ha? Nak balik mana?"

Kening Asfa berkerut memandang Dhiya. "Gila ke apa? Balik rumah As lah. Malam ni As ada shift."

Dhiya hendak merengek memujuk tetapi terhenti menyebabkan raut mukanya senget tidak kena. Apabila disentuh Asfa, baru lah dia tersedar dongak memandang muka lelaki itu. Segera dia tolak tangan Asfa. "Eii apa ni sentuh-sentuh? Tangan tu dah basuh belum? Zaman COVID-COVID ni. Saya ni dah lah eii kulit sensitif jangan la selalu sentuh muka! Saya penat jaga tau tak?!"

Asfa terkebelakang. "Meroyan ke? Awak tu tadi muka kedut macam kena strok tu yang As sentuh. Ingatkan strok betul."

Dhiya pandang Asfa dengan mulut muncung. Asfa menggeleng kepala malas mahu ambil kisah sudah.

"Dah lah. Benda remeh-temeh macam ni hish. Dah, As balik dulu."

Dhiya mahu bersuara tetapi Asfa sudah tunduk mencium bibirnya. Apabila mahu membalas, Asfa mengucup dahinya pula. Dan terus lelaki tinggi itu hilang di sebalik daun pintu. Kesemua itu mendadak membuat dadanya merasa berat dengan sebak sebelum air matanya jatuh bertimpa-timpa.

❦❦


Dhiya termenung memikirkan perkara yang terjadi di tiga hari lalu. Tidak tahan lagi dah. Malas berfikir panjang lagi seperti selama tiga hari ini di mana penyudahnya dia menangis saja, jalan penyelesaian tidak terjumpa juga, nak jawab "yes or no" pun tidak terjumpa, malas sudah melayan perasaan begitu maka terus dia menghubungi Adira.

"Helo, Dira. Sorry, Dhiya ni. Nak number phone As boleh?"

Adira terhenti membaca laporan pesakit. Segera dia genggam iPhone di telinga kanan. "Sorry, Dhiya but I have to ask. Kenapa ya tiba-tiba?"

Dhiya berkeluh-kesah dan menceritakan saja. "As jumpa saya tiga hari lepas. Dia— Ah, Dira. We both do have something to settle. I love him. Boleh tak kasi dia punya contacts? I want to see this time where it goes. Saya— Please, Dira."

Keringnya Sekeping Hati 2 (in editing)Where stories live. Discover now