18

2.4K 108 5
                                    

terus tekan button star dekat skrin korang tu tau. i nak vote hehehehhehe


Dhiya membuka mata.

Asfa datang. Di dalam mimpinya seperti biasa. Di waktu pagi dinihari. Kemudian, mereka solat Subuh berjemaah. Sebelum mereka tidur berpelukan di atas katil yang sama. Di dalam studio apartment nya ini lah.

Kebil-kebil matanya memandang cahaya terang mentari yang menerangi segenap ruang. Cantik cuaca hari ini. Bibirnya tersenyum terus. Dan tiba-tiba, matanya terbeliak.

Semalam bukan mimpi!

Terus laju tubuhnya bergerak bangun duduk. Dia pandang ruang di sebelahnya yang kosong. Hanya dia di atas katil ini. Mana Asfa? Dia pandang sekeliling sebelum telinganya mendengar pergerakan di luar. Di ruang balkoni. Segera dia bangun dan melangkah ke situ, menarik langsir hingga ke benar-benar hujung.

Diam dia selari penuh dengan perasaan lega yang mengepam di dalam seluruh pembuluh darahnya.

Asfa ada.

Di sisi Joro.

Sedang sama-sama membelek celah-celah pokoknya yang tertutup dengan daun merimbun.

Ha. Ha. Ha. Nafasnya laju tanpa sedar. "As."

Asfa yang hanya di dalam jeans memandang belakang. Dan terus dia berdiri mendekati Dhiya sebaik muka perempuan yang sememeh baru jaga daripada tidur pulas itu sudah berkerut hendak menangis pula. "Hei hei dah kenapa ni nak nangis pulak? As tak gi mana-mana lah." Dia tunduk selari jemarinya perlahan-lahan menyentuh kedua pipi Dhiya.

Dhiya tolak dan tolak dada Asfa walaupun muka berkerutnya dongak memandang Asfa dengan mata yang sampainya tidak berkelip. Begitu hendak percaya bahawa semua ini adalah nyata. "Isk isk..." Dia tolak dan tolak dada Asfa walau lelaki itu tidak terkebelakang langsung-langsung pun. "Awak jangan la bangun dulu daripada saya. Saya takut awak hilang... pergi, tak bagitahu apa-apa. Isk isk isk." Dia tunduk di dada Asfa. "Bangun lepas saya bangun laaa~~~ isk isk isk." Dia menangis yang benar-benar menangis. Sedu, hingus, air liur, raung, teriak, sakit kepala, kesemuanya datang satu pakej.

Asfa pandang Joro yang sudah lurus pandangan mata kuning itu terhadap dia. Pandangan makhluk berbulu itu serupa menyalahkannya pula sebab membuat si Dhiya menangis. Ye lah, Dhiya kan mummy si debab ni. Terus dia jegilkan matanya konon memberi takut.

Joro hanya lihat dan lihat saja sebelum gedeboh! baring menjilat badan sendiri.

Asfa menghela nafas sebelum dia berbunyi memujuk Dhiya di dalam dakapan. Dia gosok dan usap belakang badan dan kepala kecil si Dhiya pendek. "Ya, As tak gi mana-mana lah. As mana tahu Dhiya letak rules macam tu; kena Dhiya bangun dulu As tak boleh bangun." Dia tunduk memandang Dhiya yang menjeling walau muka itu basah licin sudah. "Benti la nangis. Bangun tidur je dah nangis, kang sederet hari jadi nangis. Orang bangun tidur kena happy, positive diri apa semua. Hish awak ni." Dhiya masih tercebik-cebik bibir. "As cakap sudah, sudah lah."

Dhiya masih tersedu-sedu walaupun esakannya sudah berhenti. Dia tunduk memandang badan atas Asfa yang bogel. Jari telunjuknya mula bodoh tidak bergerak seiring dengan cerdik otaknya menyentuh puting dada Asfa. Dia tekan dan tekan bermain. Lembut je. Dia pandang Asfa yang hanya senyap memerhati perlakuannya sebelum lelaki itu menggelengkan kepala dengan muka yang— Perbuatannya itu macam bodoh sangat tidak bertujuan langsung. Jadi dia pun diam berdiri saja tidak gerak berbuat apa sudah di hadapan Asfa.

Dia teringat panggilan Asfa di suatu masa dulu, maka dia suarakan saja dengan pipi yang masih lembap. "Saya kan baby bodoh awak."

"Ehm, ehm, ehm." Kepala Asfa menggeleng-geleng lagi serupa orang tua yang habis menyampah sudah melayan pe,el si budak kecil. Tidak menunggu, dia mencempung Dhiya dan terus masuk ke dalam. "Dah. Gi mandi. As dah mandi lepas tu As saja jenguk pokok Dhiya. Nak tengok dandelion, Dhiya pandai jaga ke tidak." Dia meletakkan Dhiya di sisi penyidai tuala. "Mandi eh? Kita sarap, As nak makan ubat." Dia berlalu ke tepi memberi ruang tetapi Dhiya menarik tangannya pula. Dia pandang muka si budak itu yang serupa in trance sudah. Haih la.

Keringnya Sekeping Hati 2 (in editing)Where stories live. Discover now